30 June 2008

~~MUSANG BERBULU AYAM ITU SUDAH MENJADI NAJIS~~

Salam penuh bicara kasih buat semua yang masih terus menatap dan menunggu entri entri baru dari blog ini. Tiada apa yang dapat diberikan untuk membalas kembali segala kesungguhan teman teman yang sudi berkongsi segala suka dan duka.

Kali ini ceritanya berbalik kepada perjuangan yang selama ini tak pernah usang dan lapuk. Sudah sekian lama melakar cerita indah peribadi yang boleh di lafazkan membibit warkah warkah bunga dalam hati. Cukup sekadar itu dahulu, yang lebih penting adalah pergolakkan gelora dan gelombang keji politik negara yang bara baru ini melanda kembali.

Ketika ini, aku menulis dalam gelora jiwa penuh dengan mual dan dendam pada si musang bernama SAIFUL! Siapa SAIFUL? Apa besar benarkah namanya dalam kancah politik kotor milik Barisan Nasional atau sebaliknya Parti Keadilan Rakyat? Apa SAIFUL si musang ini gila dan tidak punya maruah untuk dipertontonkan pada khalayak dunia? Mungkinkah SAIFUL ini sudah hilang harga diri dan kejantanannya bila diasak melakukan pengakuan jijik itu?

Pastinya dunia sedang bergegar ketika ini pabila LUKA LAMA DITOREH KEMBALI, apa tidaknya, cerita seksual luar tabii diungkit dan diwarnai kembali dalam perjalanan politik perwira bernama Datuk Sri Anwar Ibrahim. Hancur luluh hati bila membaca dan mengetahui musang berbulu ayam yang di gambarkan oleh temanku saudara Najwan Halimi ini benar benar tidak punya martabat dan harga diri. Kasihan keluarganya, kasihan teman temannya dan yang paling kasihan sekali kekasih hatinya yang ayu dengan senyuman, iras tak tumpah seperti penyanyi popular Amy Mastura. Pasti hati tunangnya hancur bagai kaca berderai bila membayangkan kekasih hati sanggup menggadai maruah diri dan bacul berhadapan dengan wang ringgit yang ditaburkan oleh firaun Barisan Nasional ini.

Jujurnya, aku mengenali SAIFUL hanya beberapa bulan yang lalu. Lihat dari wajah lembutnya itu pasti aku tudak banyak bicara, apatah lagi kejujuran lidah biawaknya menuturkan keikhlasan untuk membantu DSAI dalam karier politiknya terutama sekali saat genting PRU 12. Namun demikian, aku berbisik di sanubari kecil. Mengapa dia hadir tiba tiba dan tidakkah menjadi kelaziman seseorang itu bila mahu menghimpit DSAI pasti ada udang di sebalik batunya?

Perjalanan mengenali MUSANG SAIFUL itu bermula bila ANAK AYAM bernama RAHIMI OSMAN membawanya ke kamar pejabat DSAI dan mengatakan keikhlasan untuk membantu secara sukarela. Masih terngiang ngiang kata ANAK AYAM bernama RAHIMI OSMAN itu di telinga, "Saiful ni ikhlas nak bantu DSAI, malah dia ni bagus serta memang berpengalaman dalam menguruskan perkara berkaitan politik", itulah kata anak pak OSMAN yang angkuh ketika itu. Sekadar mengiyakan, aku lantas tunduk akur sahaja. Itulah kelazimanku, tak mahu berburuk sangka.

Jika mahu mengenali SAIFUL di zaman kegelapan UNITEN nya, harus sahaja kalian semua ke laman www.ainisazreen.wordpress.com untuk melapah segala cerita busuk MUSANG ini. Malah NAJWAN HALIMI, temanku itu juga sudah dari awal lagi mendedahkan identiti kejinya namun seperti kebiasaan yang berlaku, bukan mudah untuk mengadili seseorang itu dengan khabaran mulut orang lain. Aku hanya berhati hati. Semakin hari semakin kuat pula asakan NAJWAN HALIMI malah setelah aku amati pergerakkannya, hidung ini mula menghidu kejijikan taktik kotornya menyingkirkan temanku yang berkhidmat dengan DSAI sebagai setiausaha politik.

Siapa Pewaris Diari Merah DSAI? Setiausaha Politk? Siapa dia? Cukup sekadar dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang baru pulang dari United Kingdom dalam menamatkan Master in Finance. Kesetiaan dan taat pada keberanian dan perjuangan DSAI, temanku ini sanggup mengambil segala risiko yang mendatang untuk memastikan impiannya melihat DSAI menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan. Sekalung tahniah buat temanku itu.

Berbalik pada isu MUSANG SAIFUL dan temannya ANAK AYAM RAHIMI OSMAN, sudah disuluh masih berselindung juga. Itulah sejarah awal dapatku kongsi amarah ini mengenai peribadi keji mereka. Aduh, rasa seperti mahu mandi air terjun tujuh tingkat untuk menghilangkan kotor di badan ini, apa tidaknya, mengenali lelaki seperti mereka berdua sudah cukup membuatkan aku rasa seperti terkena najis.

Isu berbangkit isu tidak bermoral. Apa tidak jijik kah si MUSANG ini mengaku telah dirodok punggungnya dengan seorang yang kuat pegangan agamanya? Mana pergi kewarasan fikiran? Jika MUSANG SAIFUL terbaca artikel ini, kau harus tahu dendamku dendam kesumat yang tak bisa kau padam dengan maaf. Kau turut rasa malu kerna aku memandang wajahmu seperti najis yang tiada penawarnya. Malah kalau teragak dalam dirimu untuk menentangku, silakan dengan pencak silatmu yang songsang. Aku sanggup berpatah arang berkerat rotan memastikan kau sujud di kaki DSAI memohon ampun dengan kenyataan kotormu itu.

Teman dan rakan, aku tidak mahu terus melontar amarah ini kerna implikasinya pastilah pada mereka yang membaca entri ini. Pasti ada tertanya, "marini ini hilang putisnya kah?", dengan angkuh dapat ku katakan bahawa aku hanya bisa berpuitis bila bunga cinta dalam hati namun berhadapan dengan biawak hidup seperti budak mentah bernama SAIFUL itu, tiada ruang untuk aku berikan kata kata manis.

Rakanku yang tercinta, pandanglah ke hadapan bukan dari sisi yang songsang seperti MUSANG ini dan mungkin juga buat rakan karibnya bernama RAHIMI OSMAN, tentang angkuhnya menghimpit DSAI. Mereka ini harus dimalukan bukan sekadar dibogel dan di ikat di bawah pohon penuh lebah tetapi sebaliknya mereka harus menelan segala apa yang mereka lakukan itu bisa membuatkan seluruh alam maya mencemuhnya.

SAIFUL aka MUSANG, aku cabar kau berkata jujur atas nama PENCIPTA. Kalau lahirmu sebagai anak adam dan waris pada Nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w, maka beranilah kau untuk berkata benar sebenar benarnya. Kau bukan lagi tewas dan gagal namun kau juga telah lama dikapankan oleh pejuang REFORMASI! Kau harus takut bukan dengan ku namun ketakutanmu itu seharusnya hadir pada Illahi.

Aku mahu berhenti di sini, esok sambung bicara lebih terperincu! Kau di luar sana, jauhkan segala najis yang bisa membuatkan dirimu kotor sepanjang hayat. Jika luka boleh disembuhkan walau parut kian kesan, namun tidak pada perjuangan REFORMASI ini. Sekali kita redah, kita tak pusing 360 darjah untuk mengiyakan yang salah!

Tunggu khabar dariku mengapa SAIFUL ini harus direjam dan apa kelakuannya sepanjang mengenali kami di AIC. Muka yang bersalut topeng tetap akan terbuka juga!

Sampai sini salam kasih kusertakan, harap teman teman AIC teruskan perjuangna yang tak mungkin bisa selesai selagi DSAI tidak berada di puncak PUTRAJAYA! TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!


06 June 2008

~~aKu DaH BoSaN dEnGaN KrOnI PaK LaH~~

Salam semua,

Lama kita tak bicarakan tentang keruncingan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang semakin hari semakin menyekat kerongkong ini dari terus bersuara, menjerit, dan menelan juadah harian. Mana tidaknya, asyik diasak dengan paksaan demi paksaan walaupun hati tak ingin menerima.

Lihat saja beberapa waktu ini (selepas pilihanraya), kita bukan menjadi sebuah negara yang lebih harmoni, apatah lagi merasakan bahagia, sebaliknya kita dikecam pelbagai masalah kewangan yang tak putus putus seolah negara ini tak mampu lagi untuk meneruskan jangka hayatnya.

Apa semua ini? Sudah kita jalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan akhirnya ini yang kita dapat? Mengapa kita dibebankan sedang kita semua tahu hak kita. Lihat sahaja mereka yang ditindas, mereka juga punya anak bini yang harus di sisi perut dan tekak. Mereka juga punya cita cita dan masa depan. Malah mereka juga punya impian untuk merasa ketenangan.

"Ubah gaya kehidupan", satu ayat yang dipaculkan dari mulut Menteri tak sedar diri. Ukurlah baju di badan sendiri sebelum sibuk mengukur baju di badan orang lain. Apa selama ini rakyat Malaysia ini hidupnya mewah ke? Adakah rakyat miliki harta pusaka berkoyan koyan seperti menteri menteri perampok ini? Gaya hidup sederhana yang macam mana lagi harus kita patuhi?

Cakap dengan agenda sendiri bukan dengan kepentingan orang awam boleh membunuh jiwa jiwa yang sarat dengan dendam.

Tak perlu nak dibandingkan lagi harga minyak bagi pelabur pelabur negara luar, pastinya ramai yang celik mata dan hati dalam perihal ini. Tapi apa marhaen boleh lakukan? Perang? Mogok? Demo besar besaran? Boleh ke?

Teman perjuangan, kita ini saban hari ditekan semakin kuat. Sangat kuat sehingga kita tak bisa bernafas lagi, yang semput mungkin terus mati, yang mati tak tertanam jasad diri. Mengapa masih terus merungut? Rungutan itu siapa dengarinya? Wakil Rakyat? Ahli Parlimen? Ketua Kampung? Jangan mimpilah mereka punya kuasa besar menggoncang keputusan Perdana Menteri, sebaliknya kita di kecam pencetus provokasi!

Rakan Reformis yang cintakan negaranya, cintakan bangsanya, cintakan generasinya dan paling utuh cintakan Agamanya, marilah kita bersatu menentang pengganas pengganas ini. Kita tak mahu duduk dan belenggu lagi! Kita tak mahu diasak sebegini kuat lagi. Apa kamu mahu?

Kalau nyeri belantan itu membuatkan kamu takut, aku sanggup menjadi penghadangnya. Kalau gerun wajah polis dan FRU berhati binatang itu yang membuatkan kamu bingung, biar aku sahaja tentang matanya dan kalian utuh di balikku. Kalau gari besi yang ngeri itu menjadi bayang malam malammu, nah aku sanggup menjadi bidadari menemani mimpi indahmu.

Kita harus LAWAN! Kita harus pecahkan ruyung kekejaman! Kita tak harus melengu dan tunggu hingga tibanya harus pembalasan! Kita harus BANGKIT dan LAWAN! Jangan lagi duduk dan sepi di balik fantasi bahasa, sembang kedai kopi hingga jam 3, merungut dalam bicara lembut bersama keluarga. JANGAN TUNGGU LAGI! Jangan diam lagi, kita harus jatuhkan PAK LAH itu dengan beruk beruk belaannya! Kita harus lihat Pak Lah itu tak lalu makan dan tak lena lagi tidurnya.

Kita harus bangkit tentang kezaliman ini. Minyak di lombong bukan harta mereka tapi harta kita, padi melata yang membunting padat bukan tok nenek mereka punya tapi warisan buat kita, tumpahnya darah ini ke bumi nusantara membuktikan kita anak MALAYA! Segala kekayaan kita harus kongsi bersama bukan kembungkan PERUT ANAK BINI MEREKA!

Teman AKTIVIS, mari jangan lari lagi! Ikut ku berlari dalam landasan mengejar ketenangan ini! Aku takkan biar kau bersendiri, dengan semangat yang ada, aku akan sentiasa menemani perjuanganmu! TAKBIR!!!!