27 August 2008

~~Ustaz bakal menerima nasib sama ke??~~

Apakah mungkin nasib Ustaz Ramlang b. Porigi sama seperti Dr Osman yang berkhidmat di PUSRAWI lantas menghilang setelah mendedahkan kekejian politik Saiful.

Apakah mungkin rezeki Ustaz terjejas beberapa waktu ini jika dia juga bakal dibuang kerja? Ntah ntah ustaz dah kena ugut mungkin? Menarik balik setiap kenyataannya yang lantang sewaktu mendedahkan apa yang berlaku ketika di minta menjadi saksi pengakuan sumpah si Saiful.

Apakah mungkin Ustaz benar benar mahu membersihkan imejnya? Kasihan Ustaz Ramlang, menjadi mangsa keadaan dan kini terpaksa mengambil cuti dengan tak semena mena.

Apakah mungkin Ustaz akan diusung bersama sama Ayahnda untuk menjernihkan yang keruh, meredakan yang kusut?

Meh baca artikel dari Malaysiakini yang bertajuk 'Tindakan Disiplin : Imam Tidak Kempen Untuk Anwar"

Apa pun, Nini berikan penghormatan buat keberanian ustaz Ramlang. Semoga kebenaran itu bakal terlihat kelak. Semangat ustaz untuk membersihkan nama baik ustaz pastinya telah memberhentikan segala tohmahan buruk masyarakat sekeliling. Syabas Ustaz kerana tidak tunduk dengan manusia manusia keji seperti mereka.

p/s : Musang berkokok tak de siapa nak dengar ok!!!!!! Anyway, musang boleh berkokok ke??? Opppsss kalau namanya SAIFUL BUKHARI, jangan kata kokok.......menguek pun takde hal!

||Pengawal Peribadi Kurang Ajar???? Aduhhh Gawat Ni||

Alamak, apa cerita ni kawan kawan? Siapa pula buat hal di kala kita tengah seronok dengar kemenangan. Aku tahu, memang penting nak jaga keselamatan MP Permatang Pauh tu, tapi jagalah tertib juga agar tidak menimbulkan banyak cerita yang tak enak. Bukankah kita ini berpegang pada prinsip 'bersopan santun'?

Ni, baca warkah di Malaysiakini cukup buatkan emosi aku mula terganggu juga. Benar ke? Siapa dia? Mengapa dia begitu?

Dulu....ala tak la dulu sangat, tapi dulu dulu jugalah, sewaktu Anak Ayam 'RAHIMI OSMAN' sibuk menjaga Ayahnda Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihanraya 12 yang lalu, aku memang tahu dia tu antara si bongkak yang tak bertempat. Apa yang hebat sangat aku pun tak tahu, tapi sejak dari situlah aku mula mual malah sejak itu jugalah dia seolah punya kuasa untuk bawa sesiapa sahaja membantunya tanpa usul periksa. Nah, kerana kedangkalan minda sentengnya, MUSANG BERBULU AYAM aka SAIFUL BUKHARI berjaya memboloskan diri menjadi antara orang yang mengipas punggong Ayahnda Anwar.

Apa pun, buat teman teman yang mengawal Ayahnda Anwar, janganlah begitu kasar melayani orang awam terutamanya Pihak Media. Aku masih tabik hormat pada salah sorang Pengawal Peribadi Ayahnda Anwar kerana dia memang cool sangat! Sepanjang mengenalinya, dia nampak tenang menguruskan hal ehwal Ayahnda Anwar. Sekarang ni, aku tertanya tanya, siapalah gerangan Pengawal Peribadi yang dimaksudkan itu ya???

p/s : Aku nampak Anak AYAM aka Rahimi Osman dalam Berita Harian. Tahniah kerana telah menebalkan muka anda. Bukan itukah yang anda mahukan??? Sama jelah dengan MUSANG awwwww....



26 August 2008

~~Tahniah!!!! Kita Menuju ke Putrajaya kini~~

Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku lafazkan ketika ini. Akhirnya segala penantian untuk melihat De Facto PKR kembali menggegar Parlimen tercapai sudah, lebih hampirlah rakyat Malaysia untuk merasai segala perubahan yang menjaminkan keharmonian dan keadilan. Aku tak mampu lagi berdalih, menahan airmata syukur dan menadah tangan memohon agar Allah swt melindungi Srikandi negara ini.

Persaingan di Permatang Pauh dari awal lagi sudah aku jangkakan bahawa DSAI bakal memenangi majoriti besar, apatah lagi jika tandingannya seorang lelaki yang tidak layak mencabar kewibawaan DSAI. Dapat kita lihat betapa kejam dan jijiknya regime BN yang sanggup menggadai maruah untuk menjinjing isu moral demi politik. Persetankan taktik kotor itu, rakyat sudah mula menghidu baunya, tinggal mencari bangkai untuk dikuburkan sahaja.

Lakonan Saiful tidak berjaya menggondoli Anugerah Pelakon Terbaik, Khairy juga gagal menjadi Pelakon Pembantu Terbaik sebaliknya yang jelas kelihatan menjuarai Pelakon Terbaik sekaligus memenangi Anugerah Skrip dan Pengarah Terbaik adalah Najib Razak. Lihat sahajalah kempennya beberapa hari lalu di media saluran elotronik, disuruhnya Anwar bersihkan moral terlebih dahulu, disarankan Anwar agar hentikan raih simpati, malah memandai pula nak jadi pakar Agama. Najib umpama ludah kelangit dan najisnya tertepek di wajah sendiri.

Aku lihat semua ini seperti satu drama yang tak berapa nak laku, modalnya agak tinggi, pelakonnya harapkan muka tapi otak kosong. Apa pun, aku tersenyum syukur dan puas kerna sekurang kurangnya aku bakal melihat pejuang bernama Anwar bin Ibrahim itu bisa berpencak kembali di dalam Dewan Rakyat. Panas lagilah punggong Najib Mongolia dan Khairy Beruk Jalanan itu.

Tahniah buat semua teman teman perjuangan yang sepanjang minggu berkampung di Permatang Pauh, pastinya lelah kalian sudah tiba dikemuncaknya. Aku mohon maaf kerna tak sempat nak menjenguk dan bersama sama memeriahkan kempen serta sokongon terhadap
perjuangan pilihanraya kecil di sana. Atas kekangan kerja yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa akur untuk melihat sahaja namun usah digegar semangaku.

Kita bakal melihat Malaysia menuju ke arah keharmonian kembali, sebentar sahaja lagi kita korekkan lubang untuk menguburkan pemimpin pemimpin jijik negara, owh jangan terlupa satu lubang untuk Saiful juga.


19 August 2008

~~Kepercayaan Aku Usah Kau Gegar...Kau Bagaimana???~~

Ramai yang bertanya lewat waktu ini tentang apa benarkah tuduhan si MUSANG itu benar belaka? Malah turut ada yang bertanyakan tentang kesanggupan MUSANG LIAR itu mengangkat sumpah laknat pada 15 Ogos lalu. Dari penyokong dan penentang, dari yang percaya kepada tak percaya, dan dari yang dalam parti hingga ke parti Alif Mim Nun Wau, semuanya turut melontarkan persoalan 'apa benarkah kejadian menujah lubung dubur ini?'.

Aku bukan tak mahu mengulas, tapi takut juga jika jika terlebih umpat maka aku pula yang disabitkan hukuman memfitnah dan mengaibkan. Jawapan aku bukan untuk melindungi mana mana pihak, malah jauh benar menyimpang dari menegakkan benang yang basah, di akhirnya pasti aku sendiri melafzkan 'wallahualam'. Gentar juga jika lidah tak bertulang meluncur bicara yang songsang.

Teman dan sahabat perjuangan (tak kiralah perjuangan apa pun), jujurnya kalian bisa melihat dari aspek kebenaran tanpa ada hujahan dari pihak penyokong tegar seperti aku dan yang lain. Tuduhan MUSANG jauh sekali dapat mencari punca keadilannya. Apakah dengan sumpah sudah membuatkan kalian terus terlupa akan kebenaran hakiki. Sumpah hari ini bukan lagi digeruni oleh mereka yang buta matanya dek wang ringgit. Lihat sahaja dari aspek politik, mengapa MUSANG harus mendapat perhatian penuh pihak kerajaan? Setiap apa yang ingin dilakukan seolah sudah dirancangkan. Malah hendak bersumpah di Masjid Wilayah pun seperti sudah ada perancangan, tak perlu 'booking' tempat pun.

Mengenali MUSANG yang baru menjadi sahabat perjuangan kurang lebih 4 bulan dari tarikh dia menjadi 'coffee boy' kepada Pak Anwar, cukup untuk membuatkan aku mengenali siapa manusia ini. Tak perlu diselindungkan sedikit pun wajahnya itu, sesungguhnya dia memiliki perwatakkan yang tidak bisa kita ramal. Akalanya sangat panjang tapi kemahirannya tipis hingga membuatkan dia sering terkandas dalam agenda yang ingin dikecapi.

Maafkan aku jika aku tidak mampu untuk mengangkat sumpah mengiyakan sebarang perlakuan sumbang yang digembar gemburkan. Cukup sekadar aku katakan bahawa Pak Anwar itu insan sangat istimewa hinggakan ALLAH swt tidak mahu henti henti mengujinya. Kecekalannya menghadapi segala dugaan membuatkan aku terpana dan mengangkat tangan menadah langit, memohon agar ALLAH swt sentiasa melindunginya sekeluarga. Wajah tenang yang di paparkan oleh Pak Anwar setiap kali aku bertemu dengannya, malah merenung sayu raut bersih isteri serta anak anaknya membuatkan aku sayu. Penderitaan dan keaiban yang diterima adakalanya terlalu menekan hingga tidak berbaloi untuk diuji. ALLAH maha mengetahui, hanya itu yang berbisik di hati kecil bila aku sering buntu dalam pertanyaan ini.

Apa benarkah SAIFUL dizalimi? Mengapa harus aku percayakan lelaki ini yang hadirnya tidak diundang, perginya tidak dihalang. Isu 1998 tidak lahir dengan bukti, maka aku sedikit pun tidak hairan isu ini dipetik kembali. Apa benarkah Pak Anwar lelaki luar tabii? Selagi tidak ada satu bukti yang mirip menghampiri ke arah itu, aku sangkal segalanya. Aku tak mahu lagi percaya apa pun politik mereka.

Cukup aku percayakan diriku sendiri, percayakan perjuangan yang tulus ini, percaya pada Pak Anwar yang aku kenali dan aku hormati serta percaya pada setiap qadaq dan qadar yang telah disiratkan padanya. Harus ditekankan di sini, aku tidak sekali kali berjuang atas batang tubuh Pak Anwar, apatah lagi janji janji manisnya, sebaliknya aku berjuanga bersama beliau untuk memastikan anak bangsaku benar benar tidak terjajah mindanya dan terbela generasinya. Mungkin kataku agak retorik bagi mereka yang tidak mengenali apa itu ketulusan perjuangan, tapi aku yakin benar akan diriku dan semangatku. Kau harus lihat sebelum memcau lidah untuk melontarkan nista padaku.

Jawapannya hampir kalian ketahui, aku tidak sekali kali tegar mempercayai MUSANG LIAR yang ketagihkan wang ringgit sebaliknya keteguhan iman Pak Anwar sering membawa aku melihat dunia ini sebenarnya penuh pancararoba. Keamanan pada dirinya dikorbankan, maruahnya digadaikan demi untuk memerdekan jiwa anak bangsa yang sudah mati ditelan janji palsu UMNO. Kasihan pada Pak Onn Jaafar, pasti meleleh airmata darahnya meilihatkan perjuangannya satu ketika dulu menjadi sampah hari ini. Semangat keris di permainkan, semangat bangsa dipijak pijak, yang tinggal hanya semangat emosi pada nama 'aku melayu'.

Bagi kalian yang ingin tahu lebih khusus cerita musang, aku mahu syorkan kalian untuk menjengah laman maya teman teman perjuanganku seperti Najwan Halimi, Matkeri, Adi Hamka dan Khairil Azuar. Kami ini lahir sebagai 'PEMANGKIN PERJUANGAN BANGSA', maka tidak gentar sekali jika dihunus keris keramat UMNO yang tiada hikmat.

17 August 2008

~~ANAK AYAM MENGIPAS LAGI~~

Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi..
Sekejap ada sekejap takde
Sekejap timbul sekejap tenggelam
Shhttt jangan bising nanti dia lari

Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi...
Kali ini lebih rapat lebih dekat
Berlari dengan ligat
Tiba tiba hilang senyap

Eh kawan kawan...
Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi...
Jangan biar dia terus terlepas
Jagalah pungkoknya baik baik
Nanti ada pula drama baru

Anak ayam malu tersipu
Melihat 'PEMANGKIN PERJUANGAN RAKYAT' kencang bersatu
Wajahnya pucat lesu
Mencari mungkin ada musuh mungkin tergambar keluh

ANAK AYAM HIMPIT LAGI...
Mana ada Pak Syeikh situ ada kelibatnya
Sudah lah menempel
Aku mual melihat
Hentikan mengipas
Aku dah lemas
Aku dah lemas

Kawan kawan
Hati hati lepas ini
Mungkin kita semua bakal digempari
Sebuah pungkok mungkin digemparkan lagi
Tak percaya tunggu sebentar nanti
Satu lagi makhluk bertopeng mengangkat sumpah

09 August 2008

~~Laporan Ringkas Aktiviti BOWLING AIC~~

Maaf teman teman AIC,

Terlewat pula mengemaskini gambar sekitar pertandingan bowling AIC beberapa minggu nan lalu. Di atas kesibukan yang tak dapat dikawal, maka makin kurang masa untuk mengemaskini pelbagai cerita. Berserta dengan ini, Nini lampirkan juga sedikit rencana sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut.

Lebih kurang jam 3 petang, kelihatan berduyun duyun anak muda yang memakai baju-T berlogo kan wajah Anwar Ibrahim mula merentasi ruang legar Ampang Point lantas menuju ke tingkat 3 bangunan tersebut.

Petang Sabtu 28 Julai, bertempat di pusat membeli belah Ampang Point (lantai 3) itu, hampir
40 orang anak anak pemangkin perjuangan rakyat mula tidak sabar untuk menunjukkan bakat mereka dalam sukan santai bowling. Diketuai oleh saudara Fareez bersama Setiausa ALK (AIC Lembah Klang) Saudari Ida, urusan pendaftaran dan mengemaskini kawasan yang disediakan oleh pihak bowling berjaya diuruskan dengan sungguh dedikasi.

Aktiviti AIC ini, buat kesekian kalinya di rasmikan oleh Ketua Angkatan Muda Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar. Dengan balingan mautnya di 'lane 12', maka bermulah perlawanan antara teman teman AIC yang dipacu semangat membuak. Rasanya, lebih menarik kalau biarkan gambar gambar bercerita dari Nini menuturkan segalanya.

Apa pun, pertandingan ini berjalan dengan sangat baik dan juara kita pada hari tersebut adalah saudara 'pit76' dan siapa lagi kalau bukan MUS (Ketua Sukan ALK). Aduh, Nini mendapat nombor yang agak corot juga. Hehehe...

Permainan yang bermula dari jam 3 dan berakhir lebih kurang jam 8 malam itu, mendapat perhatian dari setiap pengunjung yang hadir di pusat rekreasi Bowling itu. Terima kasih buat semua teman teman yang hadir, buat Exco ALK dan teristimewa buat Saudara Sam (Ketua AMK Malaysia).

InsyaALLAH, bakal menyusul selepas ini lebih banyak lagi aktiviti yang akan membina ukhwah antara kita...Hidupkan semangat PEMANGKIN PERJUANGAN RAKYAT!!!

Thanks to : Faiz, Ida, Fadhil, Jaja & Rina, Pit, Emyrul, Aithe, Azim, ADI HAMKA, HIRO, MATKERI, TAN, Minoel, teman teman baru... teman teman yang Nini tak sempat senaraikan di sini dan terutama sekali buat En Boyfriend Nini...hehehehehe


Terima Kasih Rakan Rakan!!!

Terima Kasih Semua!!

Team JUARA!!! Aduh...Mus ni asyik bawa balik hadiah je :(

Team No 2. Alamak, macam mana En Boyfriend boleh terror gila hari ni??

Team dari Selatan..menggondol tempat ke3. Tahniah...

Sesi Ucapan Dari Saudara SAM, masuk jugalah bab politik :D

Antara AJK AIC yang hadir. ||Tan~Hiro~Shuk~Nini||

Taiko ALK.. ||Ida~Faiz~Ajex~Aji||

Cayolah ALK!!!!

En Boyfriend pun posing ;)

p/s : Banyak lagi gambar, nanti Nini link kan semua gambar tu. Tunggu tau...

06 August 2008

~~Saiful dan Punggongnya~~

Saiful mula resah punggongnya
Di toleh kiri dan kanan
Kelihatan hanya momok gelap
Bakal menoyakkan setiap inci kulit kulitnya

Saiful kian resah
Di balik tabir malam menggila
Jiwanya dikerumuni kepialu
Saraf saraf ditujah gelisah

Saiful meraba punggongnya
Terasa kesal di dada mungkin?
Terasa bangga di jiwa?
Punggung punya cerita
Kini dia bergelar jutawan

Saiful oh Saiful
Kalau bukan kerana punggong itu
Aku tak mahu kejari kamu
Aku tak usung keranda perjuanganmu
Aku tak terusik hati kebencian dalam jiwaku

Saiful oh Saiful
Berkata benarlah kamu sebenar benarnya
Tidak terlambat untuk aku maafkan kamu
Tidak terlambat seisi maya mengampuni kamu
Usah nanti diceraikan nyawa dan badanmu
Tak tertanggung azab itu!

Saiful derita kerana punggongnya?
Atau...
Saiful bahagia kerana punggongnya?

04 August 2008

~~Aku Terus Persiapkan Senjata!!!SERANG....~~

Sebenarnya wadah politik Malaysia sudah kian sumbang. Topik demi topik yang tidak lepas dari cengkaman melarikan diri dan menampal rompong bocor seringnya menjadi isu hangat. Saiful dan punggongnya, Pak Anwar dan pilihanraya kecil Permatang Pauhnya, Raja Petra dan ayam buruannya (Rosmah), Pak Lah dan angan angannya, macam macam macam hal lah lagi.

Penat menjengah laman maya teman bloggers yang seangkatan dalam perjuangan ini, senarionya masih berbaur sama dan berceritakan kepunahan kerajaan Malaysia. Anak muda gelombang Reformasi98 benar benar terbentuk dari acuannya. Ini sesungguhnya membimbangkan bagi pucuk pimpinan kerajaan, kononnya budak mentah berusia awal 20an tidak petah bicarakan tentang ekonomi dan penstukturan negara. Silap besarlah jika percaturan mereka sedemikian. Usah digegar gerbang reformasi, pasti terpacul semangat srikandi. Lagipun anak anak yang bangkit dalam era reformasi sudah mula mengenali dan mempelajari apa itu erti keadilan dan kebenaran!

Apa yang menarik lewat ini? Kecamuk membaca ulasan mengenai Saiful Bukhari, lagak sudah seperti 'superstar', gaya saling tak tumpah seperti cendiakawan, hakikatnya hampas yang tidak berguna untuk disimpan. Baik di letupkan sahaja budak hingusan Saiful ini dengan bom C4 (bom popular selepas diarwahkan Altantuya). Merangka susunan cerpen buat si Saiful ni, hati seolah diasah pedang tumpul. Bukan dengan emosi, tapi geram percaturan keji.

Gelakkan aku kalau benar Saiful itu dianiaya. Jangan malu untuk semburkan kata jijik padaku jika benar Idola Anak Muda Pemangkin Perjuangan Rakyat (DSAI) benar menghunus pedang tumpulnya ke punggong Saiful. Aku mahu sekali kamu mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua dua mangsa ini.

Tapi lebih merasa terkilan, mengapa ANAK AYAM RAHIMI OSMAN itu masih terus menjilat ludahnya sendiri? Tak sudah lagi ke permainannya untuk membawa setan pertualang ke dalam pejabat dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah sudahlah RAHIMI, tak usahlah sibuk menghimpit lagi. Kalau benar memberikan sokongan pun, tak perlulah sentiasa mengapit Pak Anwar. Kejujuran kami itu sudah pun menerbitkan kesangsian di hati masyarakat. Bukankah kamu pernah kata padaku dulu, kerja dengan Pak Anwar itu seperti machai, kuli batak dan orang suruhan? Kalau sudah sampai ke situ pemikiran kamu, mengapa lagi mahu menghimpit beliau? Aku geli dengan kejujuran dan semangat kamu. Apa yang menujah pemikiran kamu untuk terus menjilat jilat ludah kamu sendiri? Tak usahlah menempel lagi, kamu itu ibaratnya langau yang entah dari mana datang menghingapi dan membawa virus taun!

Berapa Saiful bayar kamu? Berapa ringgitkah maruah kamu yang mereka cuba beli dengan harta dunia? Berapa nilai yang kamu terima untuk bersengkongkol dalam menjatuhkan lagi Pejuang Reformasi itu? Kamu buat aku gelak dan terus gelak setiap detik. Mengenali peribadimu yang suka menjatuhkan maruah orang lain sudah masak bagiku, omong kamu kosong belaka. Sekarang aku cabar kamu untuk tunjukkan kejujuran kata katamu dalam perjuangan REFORMASI ini. Usahlah sibuk menjadi langau, membawa musang menghampiri lagi. Bukankah Pak Anwar sudah bilang, sambung pengajianmu yang tersangkut itu. Apa kamu mahu buktikan, tiada pelajaran bisa menjadi Menteri? Seperti siapa? Owh seperti mamak Zainuddin Cendol, Mantan Menteri Penerangan? Huhuhu!!!! Kau memang tak makan saman!