24 January 2010

APA ITU QAZAF

QAZAF?

Masih ada yang kabur pengertian QAZAF @ QAZF?

Lewat waktu yang sangat genting ini, kita cuba untuk menyatakan hasrat menyampai berita kepada rakyat berhubung isu TUDUHAN LIWAT DSAI. Setelah sekian lama kita berdiam, yang cerdik bisa lagi pintar yang bodoh akan terus dungu kerana tidak berjaya jaya lagi menjatuhkan moral DSAI.

Sudah tenat ISLAM di Malaysia, bilamana isu agama sudah jadi bahan berpolitik. Sudah tidak hirau dosa pahala, sudah tumbang dengan kuasa dan nama. Lihat sahaja bala dan amaran amaran kecil yang Tuhan tunjukkan pada kita, masih kabur lagi??

Baiklah, ramai antara rakan rakan dekat saya (yang menyokong perjuangan serta yang menentang) mengajukan soalan lanjut mengenai pengertian QAZAF. Saya bicarakan pada mereka,

"Pengertian aku mungkin tidak tepat kerana aku tidak berguru malah ilmu agama aku tidak terlalu mendalam seperti kalian, cukup sekadar mengerti paras tinggi keimanan dan ketuhanan".

"Tapi aku boleh kongsi cerita aku ini beserta faktanya sedikit sedikit, kerna aku juga masih terus belajar".

PENGERTIAN Q A Z A F

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF

1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF

Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:

i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)

ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.

iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.

Oleh yang demikian, gerakan semakin hebat dilakukan untuk menuntut QAZAF ke atas DSAI kerana hingga kini, mereka tidak dapat mengemukakan apa apa bukti dan saksi yang kononnya terlibat di dalam kes ini.

Temanku yang dimuliakan, usahlah kita terpalit dengan setitik noda yang boleh menghumban kita dalam neraka jahanam. Kalau kita tahu dan tidak mahu turut sama bersubahat, kita harus bangun dan ke hadapan menyatakan bahawa pertuduhan DSAI seharusnya di bawa ke MAHKAMAH SYARIAH bukan lagi MAHKAMAH TINGGI dan jika SAIFUL BUKHARI disabitkan bersalah di bawah pertuduhan QAZAF maka hukumannya adalah :

SESEORANG YANG DISABITKAN DENGAN KESALAHAN QAZAF BOLEH DIDENDA DENGAN TIDAK MELEBIHI RM5,000 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN ATAU KEDUA DUANYA!

Kerana desakan sebeginilah, SAIFUL dan konco konconya mula tidak senang duduk dan takut akan hukuman ALLAH swt jatuh menimpanya!

DSAI dan rakan rakan perjuangan kita diserang bertubi tubi untuk tidak bersuara dalam mengenengahkan QAZAF ini.

Apa yang anda takuti wahai manusia jahil muka bumi ALLAH swt ini?