27 March 2012

MUAK....MUNTAH...ME-layu

Aku gelakkan dia kerana skripnya kontang
Tak ada humor 
Tak ada jalan cerita
Yang ada hanya pelakon
Kaku menuturi skrip
Akhirnya kandas
Bila Director kata CUT CUT CUT

Aku gelak terbahak-bahak
Permainan lakon layar sudah 'check mate'
Ada yang bawa lembu sudah dilembukan
Ada yang usung kata MELAYU sudah dikuburkan anak teruna sendiri
Ada yang perkasa Agama sudah nyanyuk akal
Bosan
Bosan
Bosan
Bla 
Bla 
Bla......

Cerita busuk Angkatan Melayu yang gagah usung nama UMNO sudah ME-layu
Tinggal hanya kisah keji kurap
Aku pasti jijik
Kekalnya jijik
Tak akan pangkah UMNO yang me-layu kan melayu!

12 March 2012

DIAM

Diam,
Kalau itu bisa buat aku semakin matang
Biar aku terus dalam membina kematangan itu

Diam,
Aku selalu dengar orang tolol berkata
Mana mungkin kau yang cetek ilmu bisa buka rongga mulut
Bercerita berkongsi rasa

Diam,
Anak muda, kanak-kanak jangan banyak cakap
Kau masih mentah menilai
Kau duduk diam-diam ikut sahaja kata yang memerintah

Diam,
Aku mula mual dan semak
Minda mencorak merangka
Melihat kezaliman bertimpa-timpa
Yang kaya terus mengaut kekayaan
Yang miskin makan sampah tepi jalan

Diam,
Kau ingat kau boleh tutup mulut aku?
Hanya kerana kau terlebih usia...oppps
Aku tak akan diam
Aku akan bogelkan kau dengan minda
Aku akan kupas aib kau dengan bukti yang ada

Dan kini kau patut DIAM
Bukan aku yang kena DIAM
Hingga kau tak akan ada kata-kata untuk terduduk DIAM
Aku akan bercakap tanpa DIAM-DIAM lagi

12 May 2010

13 MEI?? Hanya hantu kongkong sahaja~~

Salam sahabat...

Hari ini 13 Mei, hari yang sangat digeruni puluhan tahun yang lalu. Masih ingat lagi tentang Rusuhan PERKAUMAN yang berlaku di tahun 1963? Siapa sahaja yang keluar, pasti akan menjadi mangsa korban.

Hari ini dengan semangat perjuangan yang ada dalam diri kerdil ini, Nini terpanggil untuk mengupas luar dalam perbalahan ini. Banyak versi yang Nini dengar dari pelbagai pihak, pelbagai bangsa dan umur. Berlatar belakangkan keluarga yang terlibat secara langsung dengan alam politik, Nini sendiri tidak yakin dengan setiap baik kata yang terlempar seperti yang kita dengari hari ini.

Apa itu 13 Mei? Pergaduhan antara Melayu dan Cina. Perbalahan senjata antara kaum sepet dan tuan tanah. Pertumpahan darah yang tidak mengenal apa dan siapa. Kedai semua tutup sampai tidak ada yang berani keluar walau setapak dari kawasan rumah, khuatir akan keselamatan diri. Perintah Darurat dikeluarkan agar terus mematikan diri di dalam rumah.

Itu yang Nini dengar dan pelajari tentang 13 Mei. Bagaimana ia terjadi? Kononnya orang cina merendah rendahkan martabat orang Melayu, mula nak tunjuk belanglah kononnya. Orang Melayu yang pantang do cabar tidak boleh terusik dengan semangat 'bangsa' nya itu terus mengumpulkan bala tenteranya menentang setiap 'sepet-sepet' yang ada di tanah MELAYU.

Gerun dan menggigil seluruh tubuh bila kita dengari dan baca setiap insiden yang berlaku di tanah MELAYU ketika itu. Ada isteri yang terkorban, suami yang tertikam, anak yang tidak berdosa mati di atas peperangan emosi dua bangsa ini.

Sahabat,
Sejauh mana kita di bawakan cerita cerita panas oleh MEDIA yang adakalanya menjadi mainan propaganda hebat kepada kerajaan? Pernah tak kalian terdengar satu kisah di mana Tunku Abdul Rahman di bawa oleh Tun Dr Mahathir (mahazalim) melawat tapak pembinaan GENTING HIGHLANDS? bersama sama dengan Lim Goh Tong untuk mencetuskan peperangan kaum ini? Tatkala itu ala telekomunikasi bimbit tidak wujud lagi di tanah MELAYU. Kepemergiaan Tunku yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia melawat tapak perjudiaan besar yang bakal ditempatkan di tanah tinggi milik kerajaan Negeri Pahang membuatkan Tunku terpisah dari dunia rakyatnya.

Menurut sumber yang Nini perolehi, cetusan perang ini telah dirancang untuk menggugat kedudukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Tun Dr M mahu rakyat lihat bahawa Tunku bukanlah seorang yang peka pada masalah rakyat sebaliknya sedang berbaik baik dengan Cina Goh Tong untuk membina tapak perjudian terbesar di bumi Tanah MELAYU.

Rencana ini terus diperkuatkan apabila Tunku turun semula ke tanah rata, beliau melihat kesunyiaan dan kematiaan yang dilaporkan media sangat mengujakan. Terkedu hingga beliau jatuh sakit. Sumber yang Nini terima lagi, perancangan untuk melihatkan bahawa kepimpinan Tunku harus diragui oleh rakyat sudah mula meresap masuk ke dalam segelintir hati rakyat.
Ini menyebabkan Tunku sedikit terkilan dan mengundurkan dirinya.

Segala kisah ini walaupun Nini tidak yakin akan kesahihannya, namun Nini memandang dari versi keperibadiaan. Terlalu banyak versi yang didengari umum berkait isu 13 Mei namun satu pun Nini tidak pasti. Walau begitu, Nini rasakan versi yang diceritakan ini adalah versi yang sangat berbeza dari biasa maka itu Nini kongsikan bersama.

Mungkin ada yang tertanya, apa pandangan Nini sendiri mengenai isu ini? Jujurnya Nini melihat bahawa, setiap kaum bukan terkecuali MELAYU, kita ini ada sikap protektif dan proaktif. Kita sering dibawa perasaan marah, benci dan terkecam.

Jangan katakan Melayu dan Cina bergaduh dan merusuh, kita sebangsa dan seagama ini belum tentu boleh berbaik baik. Lihat sahajalah di Tanah Melayu aka MALAYSIA sekarang ini. Tikaman yang kita terima bukan dari bangsa asing, sebaliknya bangsa kita sendiri. Melayu bunuh Melayu, Melayu tumbangkan Melayu, Melayu rebut kuasa untuk kembungkan poket anak bini sendiri dan meracuni Melayu lain. Melayu fitnah Melayu walhal dia tahu akan hukum hakam agamanya yang fitnah umpama membunuh nyawa saudaranya itu.

Kita tidak harus lupa pada pertumpahan darah yang terjadi tanggal 13 Mei namun kita juga harus terus ingat bahawa tidak ada siapapun yang mahukan pergaduhan berlaku. Jika Datuk Onn Jaafar cuba untuk menyatu padukan bangsa satu ketika dulu, kenapa Tunku Abdul Rahman hanya mahu ianya dijadikan sebagai "Alliance Party"?

Hari ini kita sendiri yang sibuk diasak untuk jadikan negara ini 1Malaysia kononnya. Mana semangat Melayu terbunuh tanggal 13 Mei? Mana segala ulang tayang kesakitan tika itu? Mana dia propaganda Cina ini pembawa padah di tanah kita?

Kita ini tuhan sudah katakan bersaudara semuanya, biarpun agama telah menjurangkan kita namun tidak pada hati dan perasaan. Usah kecam bangsa lain jika bangsa kita sendiri masih menagih dan melukut di tepian gantang.

Jangan kecam Nini dengan katakan tidak punya semangat BANGSA! Nini penuh dengan perjuangan AGAMA, walhal bangsa itu sekadar tiang tiang kecil dalam perjalanan hidup sahaja. Mati Nini di atas nama ISLAM bukan MELAYU yang betuankan Raja dan Perdana Menteri.

Renungkanlah, apa kita masih mahu di momokkan oleh mereka yang punyai acara sendiri dalam mengejar segala impiannya???

Nini hadiahkan dua video yang boleh kita jadikan petunjuk siapa sebenarnya yang menjadi dalang rusuhan dan sahabat sekalian renungkanlah sendiri. Yang buruk itu pastinya datang dari insan lemah seperti Nini dan yang terbaik itu dari Allah swt yang Esa.




07 February 2010

GELOMBANG REFORMASI BERAKSI LAGI

Sebenarnya lama tidak duduk dan diskusi tentang arah jalanan perjuangan. Seringnya ia goyah dan seakan rapuh walau tidak akan rundum jatuh.

Gelombang 1998 di bangkitkan kembali, mengimbau sejarah silan yang masih panas di ingatan. Detik sejarah hitam itu dimainkan dan ditontonkan sekali lagi. Siapa yang bangkitkan kemarahan rakyat? Siapa yang bangkitkan kemaraan rakyat?

Kita tak mahu imbau yang pahit, setidak tidaknya bak kata pepatah "yang buruk jadikan sempadan", tersemat di hati namun tak usah dikupas kembali. Tapi hari ini, MEREKA itu yang membuka pekung dan membelasah kuping kuping di dada. Sakitnya masih terasa, peritnya masih berbekam!

KONSPIRASI dimainkan lagi, sama seperti era 1998! Moral bukan jadi satu takutan, tapi satu tuntutan untuk menjatuhkan individu yang berperwatakan alim. Apa mahu jadi kita hanya mampu hitung!

Himpunan GERAKAN GELOMBANG REFORMASI sudah mulai panas dan gelegak di hati rakyat. Biarpun kali ini yang turun ke lantai REFORMASI itu tidak sepenuh STADIUM atau DATARAN, namun dapat kita rasainya di laman web serta sembang sembang di kedai kopi.

10 tahun tidak lama kawan, masih segar masih kuat!

Siapa bisa lunturkan semangat itu?

Jangan main api dengan semangat JEBAT dan TUAH, kelak kita terpasung dan tersungkur di sebalik gerak minda yang kalut.

Aku masih terus begini, TIDAK GOYAH DI TIUP ANGIN BELIUNG YANG DITIUP OLEH SANGKAKALA UMNO. Semangat aku tak akan pernah mati!!!

TAKBIR Illahi membentengi jiwan yang gering! TAKBIR!!!

24 January 2010

APA ITU QAZAF

QAZAF?

Masih ada yang kabur pengertian QAZAF @ QAZF?

Lewat waktu yang sangat genting ini, kita cuba untuk menyatakan hasrat menyampai berita kepada rakyat berhubung isu TUDUHAN LIWAT DSAI. Setelah sekian lama kita berdiam, yang cerdik bisa lagi pintar yang bodoh akan terus dungu kerana tidak berjaya jaya lagi menjatuhkan moral DSAI.

Sudah tenat ISLAM di Malaysia, bilamana isu agama sudah jadi bahan berpolitik. Sudah tidak hirau dosa pahala, sudah tumbang dengan kuasa dan nama. Lihat sahaja bala dan amaran amaran kecil yang Tuhan tunjukkan pada kita, masih kabur lagi??

Baiklah, ramai antara rakan rakan dekat saya (yang menyokong perjuangan serta yang menentang) mengajukan soalan lanjut mengenai pengertian QAZAF. Saya bicarakan pada mereka,

"Pengertian aku mungkin tidak tepat kerana aku tidak berguru malah ilmu agama aku tidak terlalu mendalam seperti kalian, cukup sekadar mengerti paras tinggi keimanan dan ketuhanan".

"Tapi aku boleh kongsi cerita aku ini beserta faktanya sedikit sedikit, kerna aku juga masih terus belajar".

PENGERTIAN Q A Z A F

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

PEMBAHAGIAN QAZAF

1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF

Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:

i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)

ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.

iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.

Oleh yang demikian, gerakan semakin hebat dilakukan untuk menuntut QAZAF ke atas DSAI kerana hingga kini, mereka tidak dapat mengemukakan apa apa bukti dan saksi yang kononnya terlibat di dalam kes ini.

Temanku yang dimuliakan, usahlah kita terpalit dengan setitik noda yang boleh menghumban kita dalam neraka jahanam. Kalau kita tahu dan tidak mahu turut sama bersubahat, kita harus bangun dan ke hadapan menyatakan bahawa pertuduhan DSAI seharusnya di bawa ke MAHKAMAH SYARIAH bukan lagi MAHKAMAH TINGGI dan jika SAIFUL BUKHARI disabitkan bersalah di bawah pertuduhan QAZAF maka hukumannya adalah :

SESEORANG YANG DISABITKAN DENGAN KESALAHAN QAZAF BOLEH DIDENDA DENGAN TIDAK MELEBIHI RM5,000 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN ATAU KEDUA DUANYA!

Kerana desakan sebeginilah, SAIFUL dan konco konconya mula tidak senang duduk dan takut akan hukuman ALLAH swt jatuh menimpanya!

DSAI dan rakan rakan perjuangan kita diserang bertubi tubi untuk tidak bersuara dalam mengenengahkan QAZAF ini.

Apa yang anda takuti wahai manusia jahil muka bumi ALLAH swt ini?

26 August 2009

JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA AIC & SOLAT TARAWIKH BERSAMA DSAI

Salam buat teman & saudara.

Ramadhan menjelma lagi dan di bulan mulia ini, Anwar Ibrahim Club Malaysia sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk menjemput teman & saudara ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh bersama Dato Sri Anwar Ibrahim.

Majlis sebegini hanya bertujuan menjalin ukhwah justeru sama-sama berkongsi pahala berjemaah di bulan Ramadhan yang sangat istimewa ini.

Majlis akan diadakan pada 11 September 2009 (Jumaat).

Bertempat di KEDIAMAN DATO' SRI ANWAR IBRAHIM, Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Atucara adalah seperti berikut :

5.30 pm - Sembang santai bersama anak muda
6.30 pm - Gotong Royong persiapan berbuka
7.00 pm - Kedatangan tetamu dan VIP

7.30 pm - Berbuka Puasa/ Solat Maghrib
8.30 pm - Solat Isyak/ Tarawih
10.00 pm - Tazkirah oleh DSAI
10.30 pm - Suai kenal ahli baru & sesi ramah tamah
11.30 pm - Majlis Bersurai


Seandainya kelapangan waktu yang terluang dalam diari teman & saudara, sudilah kiranya bersama menjayakan Majlis ini. Sila daftarkan diri teman& saudara di www.anwaribrahimclub.com/forum atau email saya di marini@anwaribrahimclub.com untuk mengesahkan kehadiran.

Semoga Majlis ini akan mendapat keberkatan Allah swt dan kita sama sama membina ukhwah atas benteng Islam.

Wakil Anak Muda AIC,
MARINI KAMAL
marini@anwaribrahimclub.com

09 August 2009

~~Pak Muhyiddin Sampah Sarap?~~

Wow!!! Oppssss Assalammualaikum wbt,

Lama sungguh tak jengah ruang maya ni, memang kalau boleh memang nak masuk dan post new thing everyday but hurmmmmm nak buat macam mana ye???? too little time in a very big life. Huh sejak kahwin, memang tak ada banyak sangat masa untuk ketuk papan kekunci menari nari lagi dengan membidaskan seribu satu cerita.

Apa pun, sesungguhnya arena politik semakin kotor dan wayangnya hari ini. Kalau boleh si 'A" nak jatuhkan si 'B', si 'C' pula nak malukan si 'D', semuanya semata mata nak tunjuk diri tu bagus, diri bersih bak malaikat yang tak punya dosa. Apa cerita semua ini? Generasi baru hanya melihat dan tertawa, menonton dan bercerita, hakikinya mereka langsung tak tahu apa itu erti sebuah perjuangan, apa itu erti muafakat dan lebih sedihnya mereka ini ibarat bola yang tunggu masa untuk haluan hidup mereka di tendang sana dan sini. Alahai nasib anak generasi bangsaku, anak Malaysia.

Kalau ikut nak cerita, mungkin dah boleh buat satu buku setebal kitab 'Salina' karya Sasterawan Negara, Tan Sri A.Samad.Said tapi aku tak mampu nak muntahkan di sini sebab dah lama termuntah sebelum sempat melampiaskan di sini.

Isu yang paling utama nak aku kupas, isu Muhyiddin keturunan Lanun tu. Wah, inilah yang boleh disamakan dengan peribahasa "Kaduk Naik Junjung", selama ini senyap seribu bahasa, duduk bawah tempurung, duduk kat ketiak orang atasan dan cium perit pahitnya bau ketiak ketiak mereka. Kena campak ke sana, kena sepak ke sini, sang lanun senyap sahaja.

Tup tup, dah jadi TPM merangkap Menteri Pelajaran hari ini, kebiadaban yang lama tersimpan dek kusam sangat duduk bawah ketiak orang atasan, mula menampakkan ruang ruang riak yang tak keruan. Gelabah pun ye, tak sabar nak jadi Perdana Menteri kot. Tak pun mungkin cuba untuk lahirkan legasinya sendiri. Kalau Najib dengan 1Malaysia, Muhyiddin dengan Ketuanan Bangsanya.

Pengkhianat? Dalam istilah bahasa, pengkhianat tu orang yang sanggup menggadaikan hak miliknya semata mata memperolehi keuntungan peribadi. Bak erti kata lain, sanggup jual anak untuk dapat duit sara diri, atau sanggup jual kampung semata nak rasa duduk rumah besar ke, kereta besar. Mari kita skop lebih kecil dalam isu pengkhianat yang digembar gemburkan oleh Muhyiddin ni dalam akhbar utusan meloya baru baru ini, berhubung isu 'Anwar Pengkhianat Bangsa'.

Wow, terkejut beruk juga. Tang mana yang dia khianati bangsa tu? Kalau kerana keluar UMNO dan tubuh parti sendiri dikira pengkhianat, atau mungkin mengutuk para barisan malaikat di tompok pentadbiran UMNO aka BN, atau mendedahkan lurah lurah korupsi serta kejijikan individu yang mentadbir rakyat itulah yang dinamakan PENGKHIANAT, sungguh benar lanun Muhyiddin itu hebat taraf pendidikannya.

Salam Pak Muhyiddin, jawab la sikit tentang kamu itu menjual tanah milik rakyat pada CINA SINGAPURA (saya tidak racist dengan Cina ya, sekadar memberi penekanan pada Cina bukan Malaysia). Cerita jugalah isu AIR MINERAL yang kami ambil dan jual pada rakyat Singapura juga. Itu bukankah harta rakyat? Duit Rakyat? Kamu itu lanun dari keturunan mana? Keturunan yang baik baik atau keturunan yang sama peribadinya yang merompak dan menggadai maruah bangsa kamu?

Kamu laung slogan seolah kamu itu jiwanya bersih, perut buntal kamu itu datang nya dari rezeki rezeki yang halal belaka (wallahualam), tapi kamu sedar tak kamu sedang cuba mencari ruang untuk membuka pekung dada busuk kamu? Pak Muhyiddin, selayaknya kamu tak ada pun tokoh menjadi ketua tapi sebab kroni, sebab mungkin dah tak ada yang lebih layak untuk menutup rahsia rasmi pemimpin korup sebaris kamu, maka kamu itu diangkat dan dibaptiskan untuk menjadi TPM.

Tapi kamu jangan lupa, cermin tu kalau dah tak muat untuk lihat diri kamu, saya boleh tolong belikan yang besar sedikit. Cuba jangan terlalu gelojoh, jangan terlalu riak, orang nampak bro oppsss bukan bro, pak tua lanun dah. Nak tunjuk pandai jangan tunjuk cerdik, nak tunjuk pintar jangan tunjuk bijak sedangkan kamu itu tak lah terlalu bijak seperti mana kamu rasa kamu itu bijak.

Pergi balik Johor nun, terangkan pada sekumpulan besar lanun lanun yang tak reti nak cermin muka sendiri pasal apa kamu jual tanah rakyat Johor kat Singapura dan makan sonyap sonyap jo.

Kalau Pak Anwar itu pengkhianat, layaknya kamu itu apa? Pembela nasib rakyat? Betul??? Betul ke???

Dah la, jijik tengok Utusan, menyampah tengok lanun yang cakap hanya lantang tak berfikiran. Rakyat generasi baru di bawah pimpinan kamu mungkin lah boleh terpedaya, tapi aku ini bangun di zaman Pak Anwar menjadi Menteri Pendidikan, dan aku rasa kamu itu belum lagi layak menduduki takhta yang kamu miliki sekarang. Angkat tangan cepat, bersyukurlah pada Illahi agar kamu tidak terpesong jauh lagi dan menerima nasib sama seperti mahafiraun.

p/s: at least Najib Al-Tantuya belum lagi melatah jauh cuma penguin bunting dok panas pungkok sampai sibuk benar lancarkan blog sendiri. Apa tidaknya, nak counter back soemthing kot.

meh jengah kat sini jap. BACA DAN AMBIK TAHU! JANGAN BIAR LANUN DOK KEBAS LAGI!

~~jangan jadi sampah kalau boleh jadi benda bernilai, jangan biar diri disampahkan selagi umat tak memandang kejelekkan tabiat kamu lalu disepak sampahkan~~

02 June 2009

~~Aku Sudah Sembuh~~

Salam teman,
Adakalanya kita mahukan yang terbaik buat diri sendiri namun tak kesampaian hajat itu, bukan bererti tiada restu diiringi namun ia sekadar tidak sampai rezeki mengecapinya. Adakalanya kita tertanya tanya apa lagi dugaan yang menanti, bakal melanda bakal meledak sedang kita tidak rela walau dalam redha menadah segala dugaan tentang diri ini.
Beberapa hari aku di tahan di wad 5 kamar 256, Subang Jaya Medical Centre atas demam yang tidak kebah selama 3 hari lantas diagnosis doktor menjangkakan aku disering demam nyamuk yang bisanya menyerang tulang serta sendi. Semalam bergelak ketawa, hari ini dililit wayar untuk melancarkan perjalanan air dalam badan yang semakin kurang. Semalam masih mampu berjalan, hari ini kamarku sepi dan dingin sambil diselimuti bau bau dettol sebagai penghalang menolak bakteria.
Teman, hari terakhir aku khabarkan tentang diriku pada lembaran lalu merupakan sehari sebelum aku menjadi penghuni wad tingkat 5 kamar 256 SJMC. Andaianku hanya demam biasa rupanya bercanggah dari realiti.
Namun, hari ini aku sudah mula bekerja dan sedikit sihat dari rehat yang panjang. Walau segala sendi masih tidak baik lagi. Kesakitan terusan dirasai, namun aku bersyukur kerna masih mampu lagi menyediakan segala keperluan suami tanpa sebarang masalah terutama sekali masak dan cuci baju.
Melangkah alam rumahtangga bukanlah satu lembaran yang hadir untuk bersuka ria dan berseronokkan sahaja. Ia sebuah alam yang penuh dengan tanggungjawab dan keprihatinan. Selamanya kita tak akan pernah rasakan alam ini selagi tidak menempuhinya.
Buat teman yang baru berkahwin, Nini ucapkan SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN BARU + SELAMAT MENEMPUH HARI BAHAGIA + SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. Maaf buat temanku Raja Yasmin (Essie) dan suami, Nasreen ( Darling) dan suami di atas ketidakhadiran ke majlis kalian. Bukan sengaja sebaliknya Nini tak berapa sihat untuk melihat kalian berada di atas pelamin nan indah. Namun, doa Nini sentiasa ada dalam perjalanan hidup kalian selamanya. InsyaALLAH.
Buat teman yang sering bertanyakan ke mana Nini menghilang, sebenarnya tak ke mana mana cuma sekadar ingin berehat dan mendapatkan kembali kesihatan yang baik selepas pulih dari dakit yang menyiksakan.
Sampai di sini dahulu, khabar tak bisa putus selagi nyawa dikandung badan. Keletah tak bisa buntu selagi jemari terusan meneman.
p/s : rumah Nini dah ada internet connection, so bolehlah selalu update blog...hoooreeey!!!!

05 April 2009

~~Syair Si Penguin Bunting~~

Salam teman...Kali ini Nini nak menyampaikan sebuah Syair Penguin Bunting. Sila nyanyikan dalam nada syair ya. Nyanyi kuat kuat....1,2...mula!

Ada seekor haiwan puaka
Gempal dan bulat berkaki dua
Berjalan di tengah bak gaya raja
Sedangkan hanya isteri memanda

Seluruh negeri tersebar cerita
Puakanya kental setanding maharaja
Impikan nama darjat dan harta
Hingga keluarga tersisih dihina

Penguin Bunting diberi nama
Sangatlah kaya harta berjuta
Seisi negeri ada yang menjaga
Salah sedikit C4 la jawabnya

Wajahnya ngeri bak nenek kebayan
Bomohnya keliling berkeliaran
Disumpah suami anak dan taulan
Untuk memiliki keramat kerabat

Aduhai pilu nasib si anak
Dicerca ibu dijampi serapah
Perkahwinan tak direstu lantas dihalang
Menantu diserbu jampi sang mertua

Ini cerita bukan seloka
Benar terjadi di Hutan Malaya
Menangis rakyatnya buntu dan hiba
Cerita puaka menghantui alamnya

Sekian terima kasih......

26 March 2009

Perhimpunan Babun Babun Sedunia

Salam Reformasi

Kesejahteraan teman teman semua sentiasa tak putus dalam doa Nini. Akhir akhir ini, kita lihat makin cacar marba angin ahmar politik Malaysia. Ia bukan sekadar melumpuhkan sendi sendi telinga, malah melemahkan otot otot minda untuk semakin percaya akan kejujuran yang seolah raihan simpati dari pucuk pimpinan UMNO aka BN.

Sedih Nini pandang, pilu Nini dengar. Mata hati terus gelap dan buta, bukan kabur lagi. Yang menangis lepaskan jawatan seperti mati bini pun ada, yang tersengih bak babun meroyan dapat takhta pun ada, yang berdegar degar mendabik dada ingin pulihkan semangat bangsa pun ada, malah yang lebih sadis lagi, bila ada sorang hamba ALLAH swt tu punyalah 'confident' memegang takhta tapi BINI dok lebih lebaqkan punggungnya.

Medan Perhimpunan dijadikan aset penting untuk meraih simpati. Saranan demi saranan, sentimen berbalas sentimen, airmata dan senyum pilu semuanya digambarkan. Apa mereka ini cuba untuk menjadi peminta sedekah? Miskin kepercayaan dari rakyat jelata?

Makin di asak, makin meluat dibuatnya. Perjuangan hari ini lebih kejam dari PERANG JEPUN! Apa tidaknya, suara suara sumbang mula lontarkan peluru racun, tapi berjaya ditepis oleh minda mencerna anak muda. Kita lihat sejauh mana babun bisa mengangkat tangan setinggi langit, mencium keris pusaka. Tak kurangnya juga pada si mamak yang gantikan montel. Bak kata Budin.....Pi Mai Pi Mau Tang Tu juga....PIIIIIIIRAH.

Nini mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya buat barisan pimpinan baru (yang rasanya lebih kejam dari zionis). Nini tak sabar untuk tempur saf saf kuat mereka. Sudahlah, kalau sekali orang tak percaya....sampai mati pun tak akan percaya.

Next, Nini nak sembang panjang sikit pasal si pungkoq lebaq yang jalan macam penguin bunting tu. Geli sungguh dok tengok kuah lebih dari sudu. Awat muka dia macam susuk terkeluar? Rasanya lupa makan tempe kot... dush dush dush....(nini kena baling bom C4)

Chiow!!!!


12 March 2009

Jelek....

Yuhuuuuu
Salam reformasi teman seangkatan. Lewat waktu ini isu isu politik sangat memualkan, ada yang mengujakan. Buka peti tv,kisah politik. Dengar radio, carca marba politik. Baca surat khabar lagilah menjelekkan. Apa ni? Tak habis dengan angkat sana jatuhkan sini, tindas atas himpit bawah. Apa sahaja yang keluar dari mulut mereka boooooooohong belaka.

Ramai teman teman semakin prihatin dengan keadaan semasa hingga tak terbalas aku dek pertanyaan yang menujah fikiran mereka. Memandangkan aku juga tak punya waktu untuk diskusi kisah politik ini, lemparan pertanyaan tak putus putus menujah peti email dan ruang ruang maya.

Aku akan bangkit sikit waktu lagi....kalian nantikan ya isu isu panas yang bakal dipetik oleh anak muda AIC.

28 December 2008

~~Sorry lama sangat menyepi~~

Hey lama tak post new story!

I was busy! Seriously, to the max. 24 hours seems not well enough for me to updating anything! Will be back soon. Very soon!!!

Banyak nak kongsi ni. Citer tentang messed up political news kat Malaysia ni! Rimas betul la.

Aku tak akan berhenti kejar Saiful walaupun ada sindiran sindiran sinis dari entah sape sape ntah. I dun give them a .....!!!

Nak cari bukti? Sabar la, sementara nak cari tu nak nasihat juga. Bukan fitnah, bukan mengata.

Senyap bukan bererti kelu lidah wei! Senyap bukan bererti kalah dok! Senyap menyusur menjalar seperti ular, tunggu ketika untuk membelit, mematuk dan menelan kalian yang masih buta mata hati.

Ehem ehem... I wont stop tho u send me to hell! I am who I am..

13 October 2008

~~Rumah Terbuka DSAI~~

Dalam kesibukkan waktu yang sangat mencengkam, ditambah pula dengan rencah politik negara yang semakin menyengitkan, aku makin terus rasa mual. Melihat berita tentang kemercuan Najib bakal menerajui Malaysia sebagai President Umno lantas menjadi Perdana Menteri Malaysia sedikit waktu lagi membuatkan aku bingit dan terus mual.

Aku tak suka bukan membabi buta, aku benci bukan sebab cemburukan Kak Mah yang lantang terus mem'botox' kan wajah dan badan gempalnya tapi aku menujah nujah kezaliman mereka terhadap apa yang telah terjadi. Malas nak sembang pasal gadis Mongolia persis model, semua sudah tahu malah semua benar yakin tentang komplotan menghapuskan gadis ayu itu.

Aku akan pastikan Kak Mah tak duduk diam, montelnya akan bisa ke'laser' dengan sumpahan hingga menjadi sekurus gadis Mongolia. Aku tak mahu pedulikan apa itu ISA, aku persetankan apa itu ketelusan polis dan mahkamah yang kononnya MESRA CEPAT BETUL!!!! Aku akan terus haramkan kaki Kak Mah memijak kediaman rasmi Perdana Menteri.

Sabar....aku sering redakan hati amarah ini dengan bayu kesabaran dan istighfar banyak banyak. Sikit waktu lagi, akan aku mulakan serangan ini. Kita harus hentikan kezaliman itu, hentikan niat dan angan angan kak Mah tidur berlandaskan bantal emas permata hak milik rakyat. Aku malu nak gelar dia isteri Perdana Menteri Malaysia kelak. Aku mual...

Oh ya, mari aku kongsi sedikit kemeriahan dan kehangatan majlis rumah terbuka Pak Anwar dan Yb-Yb PKR ahad lalu. AIC dihadiri dengan rakan rakan serta AJK tertingginya. Dari jam 11pagi hingga ke angka 5 petang, semuanya turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Aku mahu kongsikan gambar sekitar majlis bersama kalian semua.

Tulang belakang AIC, dua dari kiri (Nini dan Farhash) berhempas pulas menghidupkan AIC UK di awal penubuhan Kelab manakala dua lagi itu pula berpatah arang berkerat rotan mengangkat dan merealisasikan AIC Malaysia sejak dari benihnya.


Dari kiri: Saudara Saiful Asyraf (Ask), Saudara Hiro Anwar, Saudari Nini (reformasigirl), Saudara Syukri (matkeri) dan Saudara Niccotyne.


Di mana sahaja, kami sering mengambil peluang untuk membincangkan kemantapan dan srategi AIC di masa akan datang. Keyakinan dan semangat yang disuntik oleh rakan rakan AIC telah menghidupkan Kelab ini.


Nini dan Matkeri sering bertegang urat untuk memastikan AIC terus mantap. Bukan mudah menerajui AIC, banyak rintangan dan kepayahan mendapatkan respon anak muda sejak dari awal hingga kini.


Ha!!!! Najib bakal menang tanpa bertanding? Itulah sms papa buat aku. Spoilt mood raya.

Inilah wajah wajah tulang belakang AIC United Kingdom. Seorang lagi masih di UK dan kami belum pernah gathering bersama. Now we back in town and perkara utama adalah memastikan AIC terus aktif dan berada di paksi perjuangannya. Anyway, AIC UK juga bergerak sangat aktif sepanjang diterajui oleh kami berempat (julailey tidak ada dalam photo kerana masih di UK).
Dari kiri : Hiro Anwar (now still president AIC UK), Farhash & Nini


Bergambar bersama YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu. Selain dari Anwar Ibrahim, aku juga menyokong perjuangan saudara Tian Chua!


Bersalaman dengan bondaku Datuk Sri Wan Azizah. Ucapan pertama yang keluar dari bibirnya ialah "Congratulation Marini. Aunty betul-betul tidak sempat untuk hadir ke majlis pertunangan kamu. InsyaALLAH kahwin nanti aunty hadir. Jaga diri baik-baik dalam menjadi tunangan orang", itulah ucapannya sebelum sempat aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Gambar ini sangat unik bagiku. Tak sangka, Ask sempat merakamkan detik ini. Seperti Datuk Sri Wan Azizah, Pak Anwar juga dari jauh sudah memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis pertunangan aku ahad lepas. Aku tertawa besar bila Pak Anwar 'warning' Mr Kekasih.
Sambil bersalaman, Pak Anwar berkata "Jaga elok-elok ya. Jangan main-main. Ni kira deal la ni? Ingat tu".
Wow!!!! Mr Kekasih sudah kena warning dengan boss. Tersipu malu dia dan menyodong ke tepi menahan segan terhadap DSAI. Manakala Boss pula tak henti henti mengingatkannya agar jangan persia-siakan aku.
Aku mampu gelak besar....hahahahahaha padan muka!!!

10 October 2008

~~Sekitar Jamuan Hari Raya Rumah Nini~~

Kita redakan sekejap amarah politik aku ni, kalau tak mahu membuak buak dan meletup terus. Nini nak ucapkan terima kasih buat teman teman AIC dan juga rakan rakan perjuangan yang hadir ke rumah Nini pada jamuan Hari Raya serta Majlis Pertunangan pada raya ke 5 lalu.

Ramai juga yang terkejut, ingatkan hanya jamuan Hari Raya rupanya ada majlis pertunangan juga. Cerita di meja makan kurang sedikit dengan gemuruh politik, al maklumlah mood raya.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat En Ask kerana menjadi photographer Nini pada hari tersebut. Gambar gambar yang diambil memang mantap dan hebat. Tak sia sia Pak Anwar 'hired' jejaka tampan bernama Saiful Asraf ni sebagai photographer rasminya. Ini bukan Saiful Bukhari ok, itu budak tak guna. Otak letak kat lutut.

Buat kawan kawan ALK, terima kasih ye sebab hadir. Nini hargai sangat kehadiran you all semua. Sayangnya, tak ada gambar yang dirakamkan malam tersebut bersama kalian. Sob sob sob.


"Ask, Mr Kekasih, Nini, Mr President AIC dan isterinya tercinta"

President & Vice President AIC bersama pasangannya yang monyokong perjuangan kami!

~~AJK AIC in house~~

~~ Mr Najwan & Kekasih, Nini, Farhash, Shuk, Isteri~~

~~Nat menikmati juadah while Shuk bercerita tentang agenda dunia :)~~

~~Photographer yang memang sangat berbakat. Tak rugi hired dia ni~~

~~Now I know why Boss memang suka ngan Ask, kerja memang superb beb~~

~~Anak kecil ini sentiasa bersamaku~~

Opppsssss ada satu lagi kisah :

Huh....ada tetamu jemputan khas malam itu juga. Hey, I spot him! Papa bawa dia. Ermm, Pak Anwar kata, kita kena buat baik kalau orang tu baik dengan kita. So, mean time belum ada cerita yang boleh buatkan aku menyampah tengok dia, maka dengan baiknya aku bersalam dan bergambar dengannya.

Ada juga hantar pesanan pada Pak Anwar dan keluarga agar hadir ke rumahku malam itu tapi Mak Zah tak sihat so tak dapat hadir.

Aku belum nak 'run' Ku Li Club lagi, jangan risau! hehehehe

Daddy with Ku Li

09 October 2008

~Gaya anak muda benci Lintah Negara~~

Apa da....
Kalau bab bagi gula gula getah pada rakyat memang korang paling terror sekali!
Cakap tak de yang boleh dipercayai!
Kosong dan melopong bagi rakyat nganga!

Apa da.....
Ingat kami sedih ke ko nak turun?
Ko ingat ko bagus?
Senyum sokmo macamlah ko tu bakal ditangisi seisi alam!
Konon kami nak sedih dan halang?
Ko turun ke ko kat atas ke...
KAMI NAK REGIME BARISAN NASIONAL MUSNAH!!!
AKU DAH MEMANG SEMBAHYANG HAJAT SUPAYA KORANG LINGKUP!

Apa da....
Ko tak jawab lagi isu Altantuya!
Mongolia dah nak bangkit dan gegar
Ko ingat ko boleh duduk diam?
Kalau ko jadi Perdana Menteri...
Ko nak hapuskan Mongolia dari peta dunia?
"Berapa banyak C4 nak pakai?"

Apa da.....
Kata 12 tapi 3
Ko tu banyak sangat signifikasi nombor 3
Plat kete pun no 13
Ko ada line ke?
Mesti 013 kan?
Nak turun....turun je la...
Nak tunggu fung shui ko tiba?
Konon dapat la songlap sikit sikit harta rakyat jelata
Tiga tiga tiga...
Jadi Lagu TIGA KUPANG la!!!!

Apa da....
Ko dah malu la sebenarnya kan?
Pakcik Mongolia pun dah mula tunjuk taring besi
Minah botox bernama Kak Mah pun makin tinggi la susuknya
Aku mual la

Aku anak muda hati kental
Bahasa mana ko nak
Bahasa indah lagi berbunga
Atau bahasa kurang ajar lagak mak bapak ko ajar

Bosan tahap langit ke lapan
Kalau boleh nak aje kau ku kapan
Kalau hati dah menggila aku kerat 48
Tapi tak lagi sebusuk perangai korang~~

Aku anak muda hati kering
Aku respect orang kalau orang respect aku
Aku tabik polis kalau polis pakai tali pinggang keledar
Ini aku tengok polis pun tak pakai tali pinggang keledar
Aku tunduk kalau FRU pertahankan rakyat bukan menghentam macam anjing liar
Aku pantang dicabar
Aku geli tengok Kak Mah dengan lagak botoxnya

Aku dah mual jadi rakyat Malaysia bawah pimpinan regime Barisan Nasional
Aku Mual
Aku Muallllllllllll
AKU DAH MUALLLLLLLLL

KO DENGAR TAK DOLAH?
KO DENGAR TAK ANAK PERDANA MENTERI KEDUA?????

02 October 2008

~~Sok Sek Sok Sek Ramadhan~~

Lama juga tak update itu dan ini, sana dan sini mengenai POLITIK. Sebenarnya, masa tidak mengizinkan untuk aku dan ceritaku belayar di alam maya. Apa tidaknya, sebulan berpuasa sungguh pantas ia berlalu. Terlalu banyak perkara yang ingin aku lakukan tidak juga kesampaian dalam meniti Ramadhan kali ini.

Nah, walaupun sibuk sehingga tak bisa menghitung waktu tapi Anwar Ibrahim Club berjaya juga menganjurkan majlis berbuka puasa buat rakan rakan. Walau kehadiran ahli tidak begitu memberangsangkan, namun kemeriahan dan kegirangan tetap wujud dengan kuntum kuntum bunga.

Atas usaha Zon Lembah Klang AIC, majlis tersebut dihadiri hampir 50 orang ahli dan diimamkan oleh Saudara Khalid Ali. Bermula dengan majlis berbuka puasa, sembahyang maghrib, isyak dan seterusnya disusuli Solat Terawih, ia disudahi dengan moreh serta sembang santai sehingga hampir jam 12 tgh malam.

Aku merasa terharu dengan sikap gotong royong dan juga semangat bersatu padu yang ditunjukkan dalam AIC. Alhamdulillah, akan terus lahir minda anak muda berdedikasi tinggi jika kita mampu memandang jauh kehadapan. Kalau aku panjangkan bicara perjuangan, pasti ada yang membidas dengan menujah bahawa aku dan perjuangan ini retorik semata.

Jika ingin tahu dan turut serta dalam Kelab Anwar Ibrahim ini, jangan segan segan daftar ke www.anwaribrahimclub.com dan..... segala aktiviti akan di'update' di www.anwaribrahimclub.com/forum

Aku sertakan gambar sekitar majlis berbuka puasa AIC pada 20 September lalu! Selamat menonton :-)

Mr President sembang santai bersama rakan rakan otai AIC

Menikmati juadah berbuka hingga terlupa berposing di hadapan kamera. Cayo lah!

Sebelum azan berkumandang! Sempat juga berposing....

Rajin rajin srikandi AIC ni! Masih available, ada yang nak isi borang? hehehehe jg mare

Mr Kekasih dan juga Saudara Khalid bual santai sambil menantikan waktu untuk bersolat tarawih

12 September 2008

Dialog orang Ngantuk dan Menantu Perompak

Bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit apa yang ko merepek ni, cakap tak paham langsung? Ko ni masuk air ke masuk angin?

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Ko ni mengong ke bangang? Aku nak tidur pun tak boleh. Ko nak apa ni? Jadi nyamuk kat telinga aku? Dah dah, pergi dodoikan anak aku tu, jap gi mak mertua tiri ko nak dodoikan aku

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit! Tak paham cakap orang budak ni. Nak apa? Kalau aku tak cukup tidur malam ni, esok macam mana nak susun strategi makan semua duit orang kampung. Buat leceh la hang ni Khir.

Daddy Dari, esok kawan Khir nak discuss pasal beli tanah kat Kampung Ulu Negeri Jahari tu. Tapi dia nak cagaran sikit la Daddy Dari.

Kau ni tak habis habis pasal projek, projek projek. Ok ok citer lagi...

Kita akan dapat lebih dari apa yang Uncle Det tu ada waktu dia jadi ketua kampung. Uissshhhhh Daddy Dari, macam ni kita tak payah fikir apa apa untuk keturunan kita selama errmmmmm (sambil mengira pakai jari kaki dan tangan dan juga jari Daddy Dari) adalah dalam 35 keturunan. Fuyoohhhhh kita kalahkan Orang kaya Ke 99 tau!!!!!

Ermmmm zzzzzzzzzzzzzz

Daddy Dari ni dengarlah. Jangan buat buat ngantuk. Ni ada dokumen ni nak tunjuk. Ermmmmmm sain teruslah Daddy Dari, senang nak deal esok!

Ermmmmmmmm kui kui kui (batuk kering), ok lah. Kalau selagi aku tak sain kang, selagi tu ko meroyan kat sini, membebel sampai 5 pagi. Esok aku yang tersengguk sengguk dalam sidang rakyat. Ko takpelah, boleh makan pil kuat tenaga batin. Aku ni kalau makan nanti gatal gatal kulit. Lepas tu asyik nak terkencing dalam seluar je.

Daddy Dari ni memang bapa mertua yang terbaik dalam dunia ni lah. Nasib saya tak kawin dengan anak kawan Daddy Dari tu, kalau tak mesti hidup saya terus dirundung malang.

Hahahahahahahahahahaa >> ketawa si Dari
Hahahahahahahahahahah >> berdekah dekah di sambut si Khir

Maka ketawa besarlah kedua beranak tu menceritakan tentang kampungnya yang bakal dimiliki selama 35 keturunan. Maka makin berkepak kepaklah sayap mereka sedang orang kampung mati kelaparan. Maka makin teranglah dunia mereka sedang dunia orang lain kacau bilau. Maka itulah cerita dinihari seorang menantu dengan bapa mertuanya yang sering tidur dalam sidang rakyat, pesta dan keramaian serta perasmian kampung!

Apa nak jadi daaaaaaa.....

~~Oppppppsssss Lalang kat mana?~~

Opssssss Lalang II
Rumah siapa lalang tak bertebas
Rumah siapa lalang dah menyimpan ular
Rumah siapa lalang dah tumpul parang

Opsssssssssssss Lalang II
Tingginya lalang takut nak lintas
Tingginya lalang berduri belukar
Tingginya lalang calar balar

Oppppsssssssssssss Lalang II
Apa susah panggilah Pak Musa kasi tebang
Tetas sampai keras
Cantas deras deras
Kerjanya memang si penebas lalang

Opppsssss Lalang II
Dah tangkap tiga dah
Lepas ni tangkap lagi
Lepas tu tangkap Pak Nuar Berahim
Jangan kasi lepas
Sebab kasi tumbuh lalang tinggi tinggi

Takut dengan ular
Takut dengan cacing
Takut dengan serangga berbisa
Takut dengan sesiapa sahaja dalam belukar
Takut dengan apa sahaja di sebalik semak lalang

Opppppsssssssssss Lalang II
Pak Musa keluar hospital kan kena buat senaman
Kalau tak jantung boleh padam
Kalau tak jantung boleh pitam
Senam la senam....
Senam tanam pokok tebas lalang
Senam sampai lebam
Sampai tak payah masuk sepital

Opppssssssss Lalang II
Aku takut ke?
Kau takut?
ISA?
Isa mana pula
Isa anak siapa
Isa cucu siapa...
Lecehlah ISA ni
Buat kacau bilau negara

Kau takut ISA?
Peeeeeerghhhhhhh tak takut langsung!
Simpan dalam rumah besi
Tenung kiri tenung kanan siapa pun takde

Kau takut ISA????????
Kalau duduk dalam lalang kena tebas dengan ISA
Tak dapat raya puasa, raya hindu, raya haji, raya cina, raya krismas
Tak takut lagi....

Aku?
ISA?
Lalang?
Takut?
Sikit pun tak gentar
Tebaslah...
Pak Nuar nak bagi rumah baru untuk semua
Tak payah duduk dalam tempurung lagi

Sebab takut Pak Nuar
Pak Dol dan Pak Ajib
Pak Mus dan Pak Khai
Pak Mid dan Pak Beri
Semua gugup....
Mimpi ngeri belaka...

Opppppsssssss Lalang II
Kejap je tu
Nanti hapuslah ISA
Bila Pak Nuar luku kepala Pak Dol

11 September 2008

~~Melayu Tak Akan Mati Di Tanah Melayu~~

Dari posting yang lalu, ternyata ramai yang mempunyai pandangan berbeda beda mengenai isu perkauman di Malaysia. Jujurnya, kita dapat lihat bahawa di Malaysia lebih tegang isu perkauman berbanding dari negara luar. I've been studied in UK for several years but couldn't find racist issued made by the government neither people. Bukan nak buat perbandingan ke apa, tapi rasa malu juga sebab orang Melayu sendiri mengajar kita membanding bandingkan kaum itu dan ini.

Lepas sekor, sekor pemimpin kita putarkan isu kaum. Baik yang Melayu totok, atau yang Melayunya campuran. Siapa ajar kita jadi racist ni? Adakah mak ayah kita yang dok jolok isu kaum dan bangkitkan semangat Melayu dengan cara yang songsang? Pasti tidak kan? Apa guru kita di sekolah ajar kita jadi insan yang tak bertamadun dan memperkecil kecilkan kaum lain? Juga tidak kan? Maka siapa lagi yang harus dipersalahkan?

Dangkal kalau menunding jari sepenuhnya kepada tentera Barisan Nasional aka UMNO tentang isu ini, jahil juga bila menyerbu tanpa usul periksa, tapi renung dan lihat kembali siapa yang sibuk mengankgat dan menjulang keris yang kononnya simbol orang Melayu pantang di cabar? Kepala bersongkok, pinggang berlilit sampin, tangan menjulang keris namun hati kontang dengan pendekatan semangat Melayu.

Jenguk jiran sebelah rumah, ada yang berbangsa Cina, ada yang berbangsa India dan sebagainya, apakah kita harus merasa sangsi dengan kehadiran mereka? Terfikirkah minda cetek kita tentang keupayaan mereka untuk membungkuskan kita?Lecehlah kalau itu yang kita fikirkan walhal, bila ada apa apa perayaan pastinya kita menjadi sangat harmoni dengan menerapkan isu menziarahi sesama insan. Bukankah budaya sopan dan beradat ini seharusnya terus dibendung dan di semai?

Hak orang Melayu tak akan tergugat jika orang Melayu tahu apa itu semangat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat jika kerajaan dan barisan pimpinannya utuh mengangkat martabat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat dengan memberikan makan dan pakai pada bangsa lain malah hak orang Melayu tak akan langsung tergugat jika bangsa lain itu dijadikan seperti saudara sendiri.

Kita ini takut pada bayang bayang hitam yang dilakar oleh mereka yang tak bertanggungjawab sahaja. Kita yang belum merdeka minda ini akan terus kolot disemai api marak pemimpin kerajaan yang bebal. Walau apapun, Malaysia past i terus menjadi Negara Islam dan tidak ada dolak dalihnya untuk mengangkat orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan Malaysia. Pada saya, usah takut dengan bayang bayang sendiri. Hentikan termakan setiap gula gula getah yang disuap oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional ini.

Melayu tetap akan kekal menjadi Melayu di tanah Melayu dan ia pasti tidak luntur dengan semangat kemelayuaan yang ada dalam diri! Bak kata Pak Anwar, "anak Cina ke, anak India ke, anak Melayu ke, semua anak anak kita". Maka untuk apa kita terus mencari perbalahan jika pembentukkan itu tidak pesong?

06 September 2008

~~Debat bersama Papa yang penuh semangat UMNO nya~~

Aku bicara tegang bersama papa yang sibuk menggerakkan semangat perjuangan orang Melayu malah UMNO yang masih lagi relevan padanya. Sukar untuk mengubah persepsi kekentalan dan semangat perjuangan kemerdekaan 1957 dalam darah dan nadinya.

Apa derhakakah aku mengusung perjuangan baru untuk menyedapkan rasa beda hatinya yang masih mahu segala susah payah kemerdekaan 51 tahun yang lalu terus menjadi api semarak meniup nadi nadi anak bangsanya?

Isu siapa perintah negara tidak menjadi begitu serius buat aku dan papa. Selama ini, aku terus dengan perjuangan yang aku pilih, kerna bagiku era alaf 2000 ini tidak lagi relevan sepertimana yang pernah dilalui keperitan melepaskan takuk pemerintahan British di Tanah Melayu. Aku sedar, jika aku sudah wujud pastinya semangat ini kental menyokong UMNO kerna paksinya hanya mahu membebaskan Melayu dan tanah ini dari cengkaman orang asing.

Papa turut bersetuju dengan perjuanganku, malah aku tidak sekali kali perlekehkan alasan papa tidak mahu keluar dari kemelut UMNO jahanam. Tapi bicara kami menemui ketegangan apabila aku dengan dangkalnya mengasak papa dengan persoalan "mengapa harus takut dengan bangsa lain". Ini bukan satu dogengan bilang papa, bukan juga isu siapa takut dan siapa berani. Ia lebih kepada menjadikan tanah Melayu ini benar benar milik orang Melayu.

Aku mula tidak bersetuju isu ini menjadi topik perbualan sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa. Papa tegas menyuruhku menyelidiki setiap bait bicaraku, usah tergadai dek kerana kekentalan lantang bicara tidak berasas yang aku lemparkan pada pendapatnya.

"Dont forget to look the dark side of politics. We are not afraid of them, but we must protect Tanah Melayu for our generation", lantang papa bicara.

"Why people are so afraid and felt threatened with other races? This is Malaysia, which belong to other races too.", aku bertanya penuh buntu.

"Dear daughter (dengan nada sedikit lantang), before Merdeka we never ask them to leave this country, we even treated them equally tho they were 'pendatang'. During Merdeka, kita dah highlight pada mereka bahawa jangan ganggu hak orang Melayu coz this is our land. Kita bagi kerakyatan pada mereka, apa lagi mereka mahukan. Takkan sekarang ni kita nak angkat depa jadi pemimpin pula?", papa berhujah.

"Now, memang isu bangsa bukan jadi isunya, tapi jaga jaga. Jangan pula kita bersekongkol sampai lupa tanah ini tanah kita. Mereka mahu sikit demi sikit hak kita dihapuskan. Mengapa isu 121 menjadi hangat lewat waktu ini? Mereka ambil kesempatan di kala kita kesempitan dek pemimpin Melayu yang bangang tak reti bahasa (ditujukan buat PM kesayangan rakyat Malaysia > Pak LAH dan kuncu kuncunya)", lagi ditujahnya minda aku.

"Papa, minda kita belum merdeka. Yang merdeka hanya Tanah Melayu ini sahaja. Can't we put our hand together with them? Berat sama dipikul ringan sama dijinjing?. I don't see what you mean by the other dark side of politics", aku mula tone down.

"Listen here my daughter, kenal dulu jatidiri kita dan jangan cepat melatah dengan segala support yang depa dok bagi kat kita. Ni nak tanya sikit, esok kalau PR dok jadi kerajaan, sapa agaknya ANWAR tu nak ambik jadi TPM lantas menjadi PM selepas dia turun takhta?", tergantung persoalan itu minta aku menjawab.

"Ermmmm ramai lagi candidates yang kita boleh asuh pa.....Well, Husam ada, Azmin ada, eeerrmmmmm sapa sapa pun ok tinggal lagi kena well trained la", aku mula kelu nak bidas.

"Ha......do you think DAP will say OK when Husam becoming the next PM? or do you think that Azmin is there right candidates untuk diasuh? Don't you see what happened in Penang?", papa bertanya.

"Penang ok je", aku mula jawab ringkas

"Apa janji PR pada bangsa lain? Apa mahu ke Malaysia ni diperintah oleh Cina atau India? Bebaskah kita dari tampuk pemerintahan bangsa asing?", sindir papa.

"I wouldnt mind as long as kita bebas korupsi and Malaysia will be better than what I've seen now", aku bidas.

"Please study lagi what does it means by MERDEKA or FREEDOM, then kita debat lagi!. Yang pasti, generasi depan yakni anak bangsa kita takkan lah nak diperintah oleh Cina kot? Merdeka kot mana yang kita pakai ni? Sudahlah minda tak bebas lagi, now TANAH MELAYU nak di perintah oleh bangsa lain pula. This is not racist statement tapi kita sebagai orang Melayu kena pertahankan TANAH kita. Faham?", papa sindir.

Aku hanya diam tak nak kata apa apa. Well, its true juga apa yang papa kata. Semangat Melayunya bukan untuk menjadikan bangsa lain itu sebagai perempat. Tapi kita kena pastikan tanah ini milik Orang Melayu dan kita jaga sama hak bangsa lain.


02 September 2008

Siapa ajar kita jadi MUSUH?

Malas nak mengumpat dalam bulan Ramadhan ni, tapi tak tahan pula bila terbaca kisah "RACIST" Ketua Umno Bukit Bendera. Sebenarnya bukan sekali dua kita dengar cakap cakap begini, tinggal nak ambil pakai atau tidak.

Perasan atau tidak, memang UMNO ajar kita bersikap RASICT atau lebih sedap didengari PERKAUMAN. Sedar atau tidak, kita ini seringkali diajar secara langsung untuk mengangkat dan menjulang Bangsa Melayu, bukan Martabat Orang Melayu. Ada dua perbezaan di situ, kita angkat bangsa atau maruah bangsa??? Kalau tengok pada perjuangan menjulang keris si UMNO ni, memang tak lari dalam menyedapkan tembolok sendiri. Apa nak jadi ni?

Lihat pada intipati luarnya, wahhhhhhh manis bila berbicara, kalau iklan tu siap ada tag 'MALAYSIA TRULY ASIA'. Gambar siap berbilang warna kulit, berbilang kenegerian tapi hakikatnya tak kita sedar bahawa kita ditindas sedalam dalamnya oleh mereka. Itu sekadar menarik perhatian dunia luar, selebihnya kita tak di layan seperti yang digambarkan. Ini barulah kena dengan pepatah, kera di hutan disusukan sedang anak dirumah mati tak makan.

Dalam Malaysia ni, Melayu sendiri tikam Melayu, Melayu sendiri rompak harta Melayu, Melayu sendiri Membelit orang Melayu. Kenapa dangkal benar benak mereka yang disuap dengan gula gula getah dari UMNO ni? Malu melihat bangsa sendiri dipijak oleh bangsanya sendiri tanpa disedari.

Usahlah di beza bezakan dengan warna kulit, tanah ini milik orang Melayu dan semua keturunan yang sudah wujud di zaman purba kala lagi. Kalau nak kata Cina tu menumpang, India tu merempat di tanah milik Melayu ini, apa hebat sangatkah Melayu di tanah Melayu sendiri?

Jangan jadikan bangsa sebagai permusuhan, yang sudah berlalu tetap menjadi sejarah dan kita tidak boleh menghukum rakyat hari ini dengan kesan sejarah yang lalu. Jangan ajar aku dan generasiku bagaimana rupanya keris milik Melayu. Jangan ajar aku macam mana nak bertutur dalam Bahasa Melayu. Jangan sekali kali ajar aku berpencak dengan manis bahasa jijikmu kerna aku lebih tahu apa itu MELAYU dari kamu yang menjulang keris sedang akal kosong belaka.

Aku pencinta Bangsa, jangan ajar aku jadi MUSUH untuk kepetingan kamu!

27 August 2008

~~Ustaz bakal menerima nasib sama ke??~~

Apakah mungkin nasib Ustaz Ramlang b. Porigi sama seperti Dr Osman yang berkhidmat di PUSRAWI lantas menghilang setelah mendedahkan kekejian politik Saiful.

Apakah mungkin rezeki Ustaz terjejas beberapa waktu ini jika dia juga bakal dibuang kerja? Ntah ntah ustaz dah kena ugut mungkin? Menarik balik setiap kenyataannya yang lantang sewaktu mendedahkan apa yang berlaku ketika di minta menjadi saksi pengakuan sumpah si Saiful.

Apakah mungkin Ustaz benar benar mahu membersihkan imejnya? Kasihan Ustaz Ramlang, menjadi mangsa keadaan dan kini terpaksa mengambil cuti dengan tak semena mena.

Apakah mungkin Ustaz akan diusung bersama sama Ayahnda untuk menjernihkan yang keruh, meredakan yang kusut?

Meh baca artikel dari Malaysiakini yang bertajuk 'Tindakan Disiplin : Imam Tidak Kempen Untuk Anwar"

Apa pun, Nini berikan penghormatan buat keberanian ustaz Ramlang. Semoga kebenaran itu bakal terlihat kelak. Semangat ustaz untuk membersihkan nama baik ustaz pastinya telah memberhentikan segala tohmahan buruk masyarakat sekeliling. Syabas Ustaz kerana tidak tunduk dengan manusia manusia keji seperti mereka.

p/s : Musang berkokok tak de siapa nak dengar ok!!!!!! Anyway, musang boleh berkokok ke??? Opppsss kalau namanya SAIFUL BUKHARI, jangan kata kokok.......menguek pun takde hal!

||Pengawal Peribadi Kurang Ajar???? Aduhhh Gawat Ni||

Alamak, apa cerita ni kawan kawan? Siapa pula buat hal di kala kita tengah seronok dengar kemenangan. Aku tahu, memang penting nak jaga keselamatan MP Permatang Pauh tu, tapi jagalah tertib juga agar tidak menimbulkan banyak cerita yang tak enak. Bukankah kita ini berpegang pada prinsip 'bersopan santun'?

Ni, baca warkah di Malaysiakini cukup buatkan emosi aku mula terganggu juga. Benar ke? Siapa dia? Mengapa dia begitu?

Dulu....ala tak la dulu sangat, tapi dulu dulu jugalah, sewaktu Anak Ayam 'RAHIMI OSMAN' sibuk menjaga Ayahnda Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihanraya 12 yang lalu, aku memang tahu dia tu antara si bongkak yang tak bertempat. Apa yang hebat sangat aku pun tak tahu, tapi sejak dari situlah aku mula mual malah sejak itu jugalah dia seolah punya kuasa untuk bawa sesiapa sahaja membantunya tanpa usul periksa. Nah, kerana kedangkalan minda sentengnya, MUSANG BERBULU AYAM aka SAIFUL BUKHARI berjaya memboloskan diri menjadi antara orang yang mengipas punggong Ayahnda Anwar.

Apa pun, buat teman teman yang mengawal Ayahnda Anwar, janganlah begitu kasar melayani orang awam terutamanya Pihak Media. Aku masih tabik hormat pada salah sorang Pengawal Peribadi Ayahnda Anwar kerana dia memang cool sangat! Sepanjang mengenalinya, dia nampak tenang menguruskan hal ehwal Ayahnda Anwar. Sekarang ni, aku tertanya tanya, siapalah gerangan Pengawal Peribadi yang dimaksudkan itu ya???

p/s : Aku nampak Anak AYAM aka Rahimi Osman dalam Berita Harian. Tahniah kerana telah menebalkan muka anda. Bukan itukah yang anda mahukan??? Sama jelah dengan MUSANG awwwww....



26 August 2008

~~Tahniah!!!! Kita Menuju ke Putrajaya kini~~

Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku lafazkan ketika ini. Akhirnya segala penantian untuk melihat De Facto PKR kembali menggegar Parlimen tercapai sudah, lebih hampirlah rakyat Malaysia untuk merasai segala perubahan yang menjaminkan keharmonian dan keadilan. Aku tak mampu lagi berdalih, menahan airmata syukur dan menadah tangan memohon agar Allah swt melindungi Srikandi negara ini.

Persaingan di Permatang Pauh dari awal lagi sudah aku jangkakan bahawa DSAI bakal memenangi majoriti besar, apatah lagi jika tandingannya seorang lelaki yang tidak layak mencabar kewibawaan DSAI. Dapat kita lihat betapa kejam dan jijiknya regime BN yang sanggup menggadai maruah untuk menjinjing isu moral demi politik. Persetankan taktik kotor itu, rakyat sudah mula menghidu baunya, tinggal mencari bangkai untuk dikuburkan sahaja.

Lakonan Saiful tidak berjaya menggondoli Anugerah Pelakon Terbaik, Khairy juga gagal menjadi Pelakon Pembantu Terbaik sebaliknya yang jelas kelihatan menjuarai Pelakon Terbaik sekaligus memenangi Anugerah Skrip dan Pengarah Terbaik adalah Najib Razak. Lihat sahajalah kempennya beberapa hari lalu di media saluran elotronik, disuruhnya Anwar bersihkan moral terlebih dahulu, disarankan Anwar agar hentikan raih simpati, malah memandai pula nak jadi pakar Agama. Najib umpama ludah kelangit dan najisnya tertepek di wajah sendiri.

Aku lihat semua ini seperti satu drama yang tak berapa nak laku, modalnya agak tinggi, pelakonnya harapkan muka tapi otak kosong. Apa pun, aku tersenyum syukur dan puas kerna sekurang kurangnya aku bakal melihat pejuang bernama Anwar bin Ibrahim itu bisa berpencak kembali di dalam Dewan Rakyat. Panas lagilah punggong Najib Mongolia dan Khairy Beruk Jalanan itu.

Tahniah buat semua teman teman perjuangan yang sepanjang minggu berkampung di Permatang Pauh, pastinya lelah kalian sudah tiba dikemuncaknya. Aku mohon maaf kerna tak sempat nak menjenguk dan bersama sama memeriahkan kempen serta sokongon terhadap
perjuangan pilihanraya kecil di sana. Atas kekangan kerja yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa akur untuk melihat sahaja namun usah digegar semangaku.

Kita bakal melihat Malaysia menuju ke arah keharmonian kembali, sebentar sahaja lagi kita korekkan lubang untuk menguburkan pemimpin pemimpin jijik negara, owh jangan terlupa satu lubang untuk Saiful juga.


19 August 2008

~~Kepercayaan Aku Usah Kau Gegar...Kau Bagaimana???~~

Ramai yang bertanya lewat waktu ini tentang apa benarkah tuduhan si MUSANG itu benar belaka? Malah turut ada yang bertanyakan tentang kesanggupan MUSANG LIAR itu mengangkat sumpah laknat pada 15 Ogos lalu. Dari penyokong dan penentang, dari yang percaya kepada tak percaya, dan dari yang dalam parti hingga ke parti Alif Mim Nun Wau, semuanya turut melontarkan persoalan 'apa benarkah kejadian menujah lubung dubur ini?'.

Aku bukan tak mahu mengulas, tapi takut juga jika jika terlebih umpat maka aku pula yang disabitkan hukuman memfitnah dan mengaibkan. Jawapan aku bukan untuk melindungi mana mana pihak, malah jauh benar menyimpang dari menegakkan benang yang basah, di akhirnya pasti aku sendiri melafzkan 'wallahualam'. Gentar juga jika lidah tak bertulang meluncur bicara yang songsang.

Teman dan sahabat perjuangan (tak kiralah perjuangan apa pun), jujurnya kalian bisa melihat dari aspek kebenaran tanpa ada hujahan dari pihak penyokong tegar seperti aku dan yang lain. Tuduhan MUSANG jauh sekali dapat mencari punca keadilannya. Apakah dengan sumpah sudah membuatkan kalian terus terlupa akan kebenaran hakiki. Sumpah hari ini bukan lagi digeruni oleh mereka yang buta matanya dek wang ringgit. Lihat sahaja dari aspek politik, mengapa MUSANG harus mendapat perhatian penuh pihak kerajaan? Setiap apa yang ingin dilakukan seolah sudah dirancangkan. Malah hendak bersumpah di Masjid Wilayah pun seperti sudah ada perancangan, tak perlu 'booking' tempat pun.

Mengenali MUSANG yang baru menjadi sahabat perjuangan kurang lebih 4 bulan dari tarikh dia menjadi 'coffee boy' kepada Pak Anwar, cukup untuk membuatkan aku mengenali siapa manusia ini. Tak perlu diselindungkan sedikit pun wajahnya itu, sesungguhnya dia memiliki perwatakkan yang tidak bisa kita ramal. Akalanya sangat panjang tapi kemahirannya tipis hingga membuatkan dia sering terkandas dalam agenda yang ingin dikecapi.

Maafkan aku jika aku tidak mampu untuk mengangkat sumpah mengiyakan sebarang perlakuan sumbang yang digembar gemburkan. Cukup sekadar aku katakan bahawa Pak Anwar itu insan sangat istimewa hinggakan ALLAH swt tidak mahu henti henti mengujinya. Kecekalannya menghadapi segala dugaan membuatkan aku terpana dan mengangkat tangan menadah langit, memohon agar ALLAH swt sentiasa melindunginya sekeluarga. Wajah tenang yang di paparkan oleh Pak Anwar setiap kali aku bertemu dengannya, malah merenung sayu raut bersih isteri serta anak anaknya membuatkan aku sayu. Penderitaan dan keaiban yang diterima adakalanya terlalu menekan hingga tidak berbaloi untuk diuji. ALLAH maha mengetahui, hanya itu yang berbisik di hati kecil bila aku sering buntu dalam pertanyaan ini.

Apa benarkah SAIFUL dizalimi? Mengapa harus aku percayakan lelaki ini yang hadirnya tidak diundang, perginya tidak dihalang. Isu 1998 tidak lahir dengan bukti, maka aku sedikit pun tidak hairan isu ini dipetik kembali. Apa benarkah Pak Anwar lelaki luar tabii? Selagi tidak ada satu bukti yang mirip menghampiri ke arah itu, aku sangkal segalanya. Aku tak mahu lagi percaya apa pun politik mereka.

Cukup aku percayakan diriku sendiri, percayakan perjuangan yang tulus ini, percaya pada Pak Anwar yang aku kenali dan aku hormati serta percaya pada setiap qadaq dan qadar yang telah disiratkan padanya. Harus ditekankan di sini, aku tidak sekali kali berjuang atas batang tubuh Pak Anwar, apatah lagi janji janji manisnya, sebaliknya aku berjuanga bersama beliau untuk memastikan anak bangsaku benar benar tidak terjajah mindanya dan terbela generasinya. Mungkin kataku agak retorik bagi mereka yang tidak mengenali apa itu ketulusan perjuangan, tapi aku yakin benar akan diriku dan semangatku. Kau harus lihat sebelum memcau lidah untuk melontarkan nista padaku.

Jawapannya hampir kalian ketahui, aku tidak sekali kali tegar mempercayai MUSANG LIAR yang ketagihkan wang ringgit sebaliknya keteguhan iman Pak Anwar sering membawa aku melihat dunia ini sebenarnya penuh pancararoba. Keamanan pada dirinya dikorbankan, maruahnya digadaikan demi untuk memerdekan jiwa anak bangsa yang sudah mati ditelan janji palsu UMNO. Kasihan pada Pak Onn Jaafar, pasti meleleh airmata darahnya meilihatkan perjuangannya satu ketika dulu menjadi sampah hari ini. Semangat keris di permainkan, semangat bangsa dipijak pijak, yang tinggal hanya semangat emosi pada nama 'aku melayu'.

Bagi kalian yang ingin tahu lebih khusus cerita musang, aku mahu syorkan kalian untuk menjengah laman maya teman teman perjuanganku seperti Najwan Halimi, Matkeri, Adi Hamka dan Khairil Azuar. Kami ini lahir sebagai 'PEMANGKIN PERJUANGAN BANGSA', maka tidak gentar sekali jika dihunus keris keramat UMNO yang tiada hikmat.

17 August 2008

~~ANAK AYAM MENGIPAS LAGI~~

Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi..
Sekejap ada sekejap takde
Sekejap timbul sekejap tenggelam
Shhttt jangan bising nanti dia lari

Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi...
Kali ini lebih rapat lebih dekat
Berlari dengan ligat
Tiba tiba hilang senyap

Eh kawan kawan...
Aku nampak ANAK AYAM menghimpit lagi...
Jangan biar dia terus terlepas
Jagalah pungkoknya baik baik
Nanti ada pula drama baru

Anak ayam malu tersipu
Melihat 'PEMANGKIN PERJUANGAN RAKYAT' kencang bersatu
Wajahnya pucat lesu
Mencari mungkin ada musuh mungkin tergambar keluh

ANAK AYAM HIMPIT LAGI...
Mana ada Pak Syeikh situ ada kelibatnya
Sudah lah menempel
Aku mual melihat
Hentikan mengipas
Aku dah lemas
Aku dah lemas

Kawan kawan
Hati hati lepas ini
Mungkin kita semua bakal digempari
Sebuah pungkok mungkin digemparkan lagi
Tak percaya tunggu sebentar nanti
Satu lagi makhluk bertopeng mengangkat sumpah

09 August 2008

~~Laporan Ringkas Aktiviti BOWLING AIC~~

Maaf teman teman AIC,

Terlewat pula mengemaskini gambar sekitar pertandingan bowling AIC beberapa minggu nan lalu. Di atas kesibukan yang tak dapat dikawal, maka makin kurang masa untuk mengemaskini pelbagai cerita. Berserta dengan ini, Nini lampirkan juga sedikit rencana sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut.

Lebih kurang jam 3 petang, kelihatan berduyun duyun anak muda yang memakai baju-T berlogo kan wajah Anwar Ibrahim mula merentasi ruang legar Ampang Point lantas menuju ke tingkat 3 bangunan tersebut.

Petang Sabtu 28 Julai, bertempat di pusat membeli belah Ampang Point (lantai 3) itu, hampir
40 orang anak anak pemangkin perjuangan rakyat mula tidak sabar untuk menunjukkan bakat mereka dalam sukan santai bowling. Diketuai oleh saudara Fareez bersama Setiausa ALK (AIC Lembah Klang) Saudari Ida, urusan pendaftaran dan mengemaskini kawasan yang disediakan oleh pihak bowling berjaya diuruskan dengan sungguh dedikasi.

Aktiviti AIC ini, buat kesekian kalinya di rasmikan oleh Ketua Angkatan Muda Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar. Dengan balingan mautnya di 'lane 12', maka bermulah perlawanan antara teman teman AIC yang dipacu semangat membuak. Rasanya, lebih menarik kalau biarkan gambar gambar bercerita dari Nini menuturkan segalanya.

Apa pun, pertandingan ini berjalan dengan sangat baik dan juara kita pada hari tersebut adalah saudara 'pit76' dan siapa lagi kalau bukan MUS (Ketua Sukan ALK). Aduh, Nini mendapat nombor yang agak corot juga. Hehehe...

Permainan yang bermula dari jam 3 dan berakhir lebih kurang jam 8 malam itu, mendapat perhatian dari setiap pengunjung yang hadir di pusat rekreasi Bowling itu. Terima kasih buat semua teman teman yang hadir, buat Exco ALK dan teristimewa buat Saudara Sam (Ketua AMK Malaysia).

InsyaALLAH, bakal menyusul selepas ini lebih banyak lagi aktiviti yang akan membina ukhwah antara kita...Hidupkan semangat PEMANGKIN PERJUANGAN RAKYAT!!!

Thanks to : Faiz, Ida, Fadhil, Jaja & Rina, Pit, Emyrul, Aithe, Azim, ADI HAMKA, HIRO, MATKERI, TAN, Minoel, teman teman baru... teman teman yang Nini tak sempat senaraikan di sini dan terutama sekali buat En Boyfriend Nini...hehehehehe


Terima Kasih Rakan Rakan!!!

Terima Kasih Semua!!

Team JUARA!!! Aduh...Mus ni asyik bawa balik hadiah je :(

Team No 2. Alamak, macam mana En Boyfriend boleh terror gila hari ni??

Team dari Selatan..menggondol tempat ke3. Tahniah...

Sesi Ucapan Dari Saudara SAM, masuk jugalah bab politik :D

Antara AJK AIC yang hadir. ||Tan~Hiro~Shuk~Nini||

Taiko ALK.. ||Ida~Faiz~Ajex~Aji||

Cayolah ALK!!!!

En Boyfriend pun posing ;)

p/s : Banyak lagi gambar, nanti Nini link kan semua gambar tu. Tunggu tau...

06 August 2008

~~Saiful dan Punggongnya~~

Saiful mula resah punggongnya
Di toleh kiri dan kanan
Kelihatan hanya momok gelap
Bakal menoyakkan setiap inci kulit kulitnya

Saiful kian resah
Di balik tabir malam menggila
Jiwanya dikerumuni kepialu
Saraf saraf ditujah gelisah

Saiful meraba punggongnya
Terasa kesal di dada mungkin?
Terasa bangga di jiwa?
Punggung punya cerita
Kini dia bergelar jutawan

Saiful oh Saiful
Kalau bukan kerana punggong itu
Aku tak mahu kejari kamu
Aku tak usung keranda perjuanganmu
Aku tak terusik hati kebencian dalam jiwaku

Saiful oh Saiful
Berkata benarlah kamu sebenar benarnya
Tidak terlambat untuk aku maafkan kamu
Tidak terlambat seisi maya mengampuni kamu
Usah nanti diceraikan nyawa dan badanmu
Tak tertanggung azab itu!

Saiful derita kerana punggongnya?
Atau...
Saiful bahagia kerana punggongnya?