12 September 2008

Dialog orang Ngantuk dan Menantu Perompak

Bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit apa yang ko merepek ni, cakap tak paham langsung? Ko ni masuk air ke masuk angin?

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Ko ni mengong ke bangang? Aku nak tidur pun tak boleh. Ko nak apa ni? Jadi nyamuk kat telinga aku? Dah dah, pergi dodoikan anak aku tu, jap gi mak mertua tiri ko nak dodoikan aku

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit! Tak paham cakap orang budak ni. Nak apa? Kalau aku tak cukup tidur malam ni, esok macam mana nak susun strategi makan semua duit orang kampung. Buat leceh la hang ni Khir.

Daddy Dari, esok kawan Khir nak discuss pasal beli tanah kat Kampung Ulu Negeri Jahari tu. Tapi dia nak cagaran sikit la Daddy Dari.

Kau ni tak habis habis pasal projek, projek projek. Ok ok citer lagi...

Kita akan dapat lebih dari apa yang Uncle Det tu ada waktu dia jadi ketua kampung. Uissshhhhh Daddy Dari, macam ni kita tak payah fikir apa apa untuk keturunan kita selama errmmmmm (sambil mengira pakai jari kaki dan tangan dan juga jari Daddy Dari) adalah dalam 35 keturunan. Fuyoohhhhh kita kalahkan Orang kaya Ke 99 tau!!!!!

Ermmmm zzzzzzzzzzzzzz

Daddy Dari ni dengarlah. Jangan buat buat ngantuk. Ni ada dokumen ni nak tunjuk. Ermmmmmm sain teruslah Daddy Dari, senang nak deal esok!

Ermmmmmmmm kui kui kui (batuk kering), ok lah. Kalau selagi aku tak sain kang, selagi tu ko meroyan kat sini, membebel sampai 5 pagi. Esok aku yang tersengguk sengguk dalam sidang rakyat. Ko takpelah, boleh makan pil kuat tenaga batin. Aku ni kalau makan nanti gatal gatal kulit. Lepas tu asyik nak terkencing dalam seluar je.

Daddy Dari ni memang bapa mertua yang terbaik dalam dunia ni lah. Nasib saya tak kawin dengan anak kawan Daddy Dari tu, kalau tak mesti hidup saya terus dirundung malang.

Hahahahahahahahahahaa >> ketawa si Dari
Hahahahahahahahahahah >> berdekah dekah di sambut si Khir

Maka ketawa besarlah kedua beranak tu menceritakan tentang kampungnya yang bakal dimiliki selama 35 keturunan. Maka makin berkepak kepaklah sayap mereka sedang orang kampung mati kelaparan. Maka makin teranglah dunia mereka sedang dunia orang lain kacau bilau. Maka itulah cerita dinihari seorang menantu dengan bapa mertuanya yang sering tidur dalam sidang rakyat, pesta dan keramaian serta perasmian kampung!

Apa nak jadi daaaaaaa.....

~~Oppppppsssss Lalang kat mana?~~

Opssssss Lalang II
Rumah siapa lalang tak bertebas
Rumah siapa lalang dah menyimpan ular
Rumah siapa lalang dah tumpul parang

Opsssssssssssss Lalang II
Tingginya lalang takut nak lintas
Tingginya lalang berduri belukar
Tingginya lalang calar balar

Oppppsssssssssssss Lalang II
Apa susah panggilah Pak Musa kasi tebang
Tetas sampai keras
Cantas deras deras
Kerjanya memang si penebas lalang

Opppsssss Lalang II
Dah tangkap tiga dah
Lepas ni tangkap lagi
Lepas tu tangkap Pak Nuar Berahim
Jangan kasi lepas
Sebab kasi tumbuh lalang tinggi tinggi

Takut dengan ular
Takut dengan cacing
Takut dengan serangga berbisa
Takut dengan sesiapa sahaja dalam belukar
Takut dengan apa sahaja di sebalik semak lalang

Opppppsssssssssss Lalang II
Pak Musa keluar hospital kan kena buat senaman
Kalau tak jantung boleh padam
Kalau tak jantung boleh pitam
Senam la senam....
Senam tanam pokok tebas lalang
Senam sampai lebam
Sampai tak payah masuk sepital

Opppssssssss Lalang II
Aku takut ke?
Kau takut?
ISA?
Isa mana pula
Isa anak siapa
Isa cucu siapa...
Lecehlah ISA ni
Buat kacau bilau negara

Kau takut ISA?
Peeeeeerghhhhhhh tak takut langsung!
Simpan dalam rumah besi
Tenung kiri tenung kanan siapa pun takde

Kau takut ISA????????
Kalau duduk dalam lalang kena tebas dengan ISA
Tak dapat raya puasa, raya hindu, raya haji, raya cina, raya krismas
Tak takut lagi....

Aku?
ISA?
Lalang?
Takut?
Sikit pun tak gentar
Tebaslah...
Pak Nuar nak bagi rumah baru untuk semua
Tak payah duduk dalam tempurung lagi

Sebab takut Pak Nuar
Pak Dol dan Pak Ajib
Pak Mus dan Pak Khai
Pak Mid dan Pak Beri
Semua gugup....
Mimpi ngeri belaka...

Opppppsssssss Lalang II
Kejap je tu
Nanti hapuslah ISA
Bila Pak Nuar luku kepala Pak Dol

11 September 2008

~~Melayu Tak Akan Mati Di Tanah Melayu~~

Dari posting yang lalu, ternyata ramai yang mempunyai pandangan berbeda beda mengenai isu perkauman di Malaysia. Jujurnya, kita dapat lihat bahawa di Malaysia lebih tegang isu perkauman berbanding dari negara luar. I've been studied in UK for several years but couldn't find racist issued made by the government neither people. Bukan nak buat perbandingan ke apa, tapi rasa malu juga sebab orang Melayu sendiri mengajar kita membanding bandingkan kaum itu dan ini.

Lepas sekor, sekor pemimpin kita putarkan isu kaum. Baik yang Melayu totok, atau yang Melayunya campuran. Siapa ajar kita jadi racist ni? Adakah mak ayah kita yang dok jolok isu kaum dan bangkitkan semangat Melayu dengan cara yang songsang? Pasti tidak kan? Apa guru kita di sekolah ajar kita jadi insan yang tak bertamadun dan memperkecil kecilkan kaum lain? Juga tidak kan? Maka siapa lagi yang harus dipersalahkan?

Dangkal kalau menunding jari sepenuhnya kepada tentera Barisan Nasional aka UMNO tentang isu ini, jahil juga bila menyerbu tanpa usul periksa, tapi renung dan lihat kembali siapa yang sibuk mengankgat dan menjulang keris yang kononnya simbol orang Melayu pantang di cabar? Kepala bersongkok, pinggang berlilit sampin, tangan menjulang keris namun hati kontang dengan pendekatan semangat Melayu.

Jenguk jiran sebelah rumah, ada yang berbangsa Cina, ada yang berbangsa India dan sebagainya, apakah kita harus merasa sangsi dengan kehadiran mereka? Terfikirkah minda cetek kita tentang keupayaan mereka untuk membungkuskan kita?Lecehlah kalau itu yang kita fikirkan walhal, bila ada apa apa perayaan pastinya kita menjadi sangat harmoni dengan menerapkan isu menziarahi sesama insan. Bukankah budaya sopan dan beradat ini seharusnya terus dibendung dan di semai?

Hak orang Melayu tak akan tergugat jika orang Melayu tahu apa itu semangat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat jika kerajaan dan barisan pimpinannya utuh mengangkat martabat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat dengan memberikan makan dan pakai pada bangsa lain malah hak orang Melayu tak akan langsung tergugat jika bangsa lain itu dijadikan seperti saudara sendiri.

Kita ini takut pada bayang bayang hitam yang dilakar oleh mereka yang tak bertanggungjawab sahaja. Kita yang belum merdeka minda ini akan terus kolot disemai api marak pemimpin kerajaan yang bebal. Walau apapun, Malaysia past i terus menjadi Negara Islam dan tidak ada dolak dalihnya untuk mengangkat orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan Malaysia. Pada saya, usah takut dengan bayang bayang sendiri. Hentikan termakan setiap gula gula getah yang disuap oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional ini.

Melayu tetap akan kekal menjadi Melayu di tanah Melayu dan ia pasti tidak luntur dengan semangat kemelayuaan yang ada dalam diri! Bak kata Pak Anwar, "anak Cina ke, anak India ke, anak Melayu ke, semua anak anak kita". Maka untuk apa kita terus mencari perbalahan jika pembentukkan itu tidak pesong?

06 September 2008

~~Debat bersama Papa yang penuh semangat UMNO nya~~

Aku bicara tegang bersama papa yang sibuk menggerakkan semangat perjuangan orang Melayu malah UMNO yang masih lagi relevan padanya. Sukar untuk mengubah persepsi kekentalan dan semangat perjuangan kemerdekaan 1957 dalam darah dan nadinya.

Apa derhakakah aku mengusung perjuangan baru untuk menyedapkan rasa beda hatinya yang masih mahu segala susah payah kemerdekaan 51 tahun yang lalu terus menjadi api semarak meniup nadi nadi anak bangsanya?

Isu siapa perintah negara tidak menjadi begitu serius buat aku dan papa. Selama ini, aku terus dengan perjuangan yang aku pilih, kerna bagiku era alaf 2000 ini tidak lagi relevan sepertimana yang pernah dilalui keperitan melepaskan takuk pemerintahan British di Tanah Melayu. Aku sedar, jika aku sudah wujud pastinya semangat ini kental menyokong UMNO kerna paksinya hanya mahu membebaskan Melayu dan tanah ini dari cengkaman orang asing.

Papa turut bersetuju dengan perjuanganku, malah aku tidak sekali kali perlekehkan alasan papa tidak mahu keluar dari kemelut UMNO jahanam. Tapi bicara kami menemui ketegangan apabila aku dengan dangkalnya mengasak papa dengan persoalan "mengapa harus takut dengan bangsa lain". Ini bukan satu dogengan bilang papa, bukan juga isu siapa takut dan siapa berani. Ia lebih kepada menjadikan tanah Melayu ini benar benar milik orang Melayu.

Aku mula tidak bersetuju isu ini menjadi topik perbualan sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa. Papa tegas menyuruhku menyelidiki setiap bait bicaraku, usah tergadai dek kerana kekentalan lantang bicara tidak berasas yang aku lemparkan pada pendapatnya.

"Dont forget to look the dark side of politics. We are not afraid of them, but we must protect Tanah Melayu for our generation", lantang papa bicara.

"Why people are so afraid and felt threatened with other races? This is Malaysia, which belong to other races too.", aku bertanya penuh buntu.

"Dear daughter (dengan nada sedikit lantang), before Merdeka we never ask them to leave this country, we even treated them equally tho they were 'pendatang'. During Merdeka, kita dah highlight pada mereka bahawa jangan ganggu hak orang Melayu coz this is our land. Kita bagi kerakyatan pada mereka, apa lagi mereka mahukan. Takkan sekarang ni kita nak angkat depa jadi pemimpin pula?", papa berhujah.

"Now, memang isu bangsa bukan jadi isunya, tapi jaga jaga. Jangan pula kita bersekongkol sampai lupa tanah ini tanah kita. Mereka mahu sikit demi sikit hak kita dihapuskan. Mengapa isu 121 menjadi hangat lewat waktu ini? Mereka ambil kesempatan di kala kita kesempitan dek pemimpin Melayu yang bangang tak reti bahasa (ditujukan buat PM kesayangan rakyat Malaysia > Pak LAH dan kuncu kuncunya)", lagi ditujahnya minda aku.

"Papa, minda kita belum merdeka. Yang merdeka hanya Tanah Melayu ini sahaja. Can't we put our hand together with them? Berat sama dipikul ringan sama dijinjing?. I don't see what you mean by the other dark side of politics", aku mula tone down.

"Listen here my daughter, kenal dulu jatidiri kita dan jangan cepat melatah dengan segala support yang depa dok bagi kat kita. Ni nak tanya sikit, esok kalau PR dok jadi kerajaan, sapa agaknya ANWAR tu nak ambik jadi TPM lantas menjadi PM selepas dia turun takhta?", tergantung persoalan itu minta aku menjawab.

"Ermmmm ramai lagi candidates yang kita boleh asuh pa.....Well, Husam ada, Azmin ada, eeerrmmmmm sapa sapa pun ok tinggal lagi kena well trained la", aku mula kelu nak bidas.

"Ha......do you think DAP will say OK when Husam becoming the next PM? or do you think that Azmin is there right candidates untuk diasuh? Don't you see what happened in Penang?", papa bertanya.

"Penang ok je", aku mula jawab ringkas

"Apa janji PR pada bangsa lain? Apa mahu ke Malaysia ni diperintah oleh Cina atau India? Bebaskah kita dari tampuk pemerintahan bangsa asing?", sindir papa.

"I wouldnt mind as long as kita bebas korupsi and Malaysia will be better than what I've seen now", aku bidas.

"Please study lagi what does it means by MERDEKA or FREEDOM, then kita debat lagi!. Yang pasti, generasi depan yakni anak bangsa kita takkan lah nak diperintah oleh Cina kot? Merdeka kot mana yang kita pakai ni? Sudahlah minda tak bebas lagi, now TANAH MELAYU nak di perintah oleh bangsa lain pula. This is not racist statement tapi kita sebagai orang Melayu kena pertahankan TANAH kita. Faham?", papa sindir.

Aku hanya diam tak nak kata apa apa. Well, its true juga apa yang papa kata. Semangat Melayunya bukan untuk menjadikan bangsa lain itu sebagai perempat. Tapi kita kena pastikan tanah ini milik Orang Melayu dan kita jaga sama hak bangsa lain.


02 September 2008

Siapa ajar kita jadi MUSUH?

Malas nak mengumpat dalam bulan Ramadhan ni, tapi tak tahan pula bila terbaca kisah "RACIST" Ketua Umno Bukit Bendera. Sebenarnya bukan sekali dua kita dengar cakap cakap begini, tinggal nak ambil pakai atau tidak.

Perasan atau tidak, memang UMNO ajar kita bersikap RASICT atau lebih sedap didengari PERKAUMAN. Sedar atau tidak, kita ini seringkali diajar secara langsung untuk mengangkat dan menjulang Bangsa Melayu, bukan Martabat Orang Melayu. Ada dua perbezaan di situ, kita angkat bangsa atau maruah bangsa??? Kalau tengok pada perjuangan menjulang keris si UMNO ni, memang tak lari dalam menyedapkan tembolok sendiri. Apa nak jadi ni?

Lihat pada intipati luarnya, wahhhhhhh manis bila berbicara, kalau iklan tu siap ada tag 'MALAYSIA TRULY ASIA'. Gambar siap berbilang warna kulit, berbilang kenegerian tapi hakikatnya tak kita sedar bahawa kita ditindas sedalam dalamnya oleh mereka. Itu sekadar menarik perhatian dunia luar, selebihnya kita tak di layan seperti yang digambarkan. Ini barulah kena dengan pepatah, kera di hutan disusukan sedang anak dirumah mati tak makan.

Dalam Malaysia ni, Melayu sendiri tikam Melayu, Melayu sendiri rompak harta Melayu, Melayu sendiri Membelit orang Melayu. Kenapa dangkal benar benak mereka yang disuap dengan gula gula getah dari UMNO ni? Malu melihat bangsa sendiri dipijak oleh bangsanya sendiri tanpa disedari.

Usahlah di beza bezakan dengan warna kulit, tanah ini milik orang Melayu dan semua keturunan yang sudah wujud di zaman purba kala lagi. Kalau nak kata Cina tu menumpang, India tu merempat di tanah milik Melayu ini, apa hebat sangatkah Melayu di tanah Melayu sendiri?

Jangan jadikan bangsa sebagai permusuhan, yang sudah berlalu tetap menjadi sejarah dan kita tidak boleh menghukum rakyat hari ini dengan kesan sejarah yang lalu. Jangan ajar aku dan generasiku bagaimana rupanya keris milik Melayu. Jangan ajar aku macam mana nak bertutur dalam Bahasa Melayu. Jangan sekali kali ajar aku berpencak dengan manis bahasa jijikmu kerna aku lebih tahu apa itu MELAYU dari kamu yang menjulang keris sedang akal kosong belaka.

Aku pencinta Bangsa, jangan ajar aku jadi MUSUH untuk kepetingan kamu!