28 July 2008

~~Berpencak Lagi Kita Ini~~

Waduh...

Bertabuh lagi paluan gendang, kisah Si MUSANG itu bakal terbuka pekung di dada, terlihat jelas punggung yang tak pernah ditala, maka memang benar wang sudah disodok ke dalam punggungnya hingga bernanah terus ke hati.

Opsss, jangan riak lagi. Aku sering terlupa untuk memanjat syukur setiap kali terlepas dari keaiban yang tak putus putus di tujah. Aku lebih suka membaca intipati yang digarap oleh teman perjuangan saudara Najwan dalam mengupas segala peradaban sopan si MUSANG ini. Garapannya lebih telus dan tepat berbanding aku yang suka memutar kata mengikut kesedapan kematu jemari ini.

Belum lagi panjang cerekarama ini, dah semakin kita tahu jalan penghujungnya. Kalau nak ikutkan segala rasa, mahu sahaja aku lihat sendiri pungkoknya yang kononnya di tala Pak Anwar. Kalau sekalipun wajahnya jambu, sayang bangat! Hati busuk dan buruk hingga bangkai jijik menerimanya.

Tak baik saya nak mengaitkan tunangnya yang jambu itu juga, usah diganggu peribadi gadis jambu itu. Dia tak bersalah walaupun dia buta mata hati ;) Dia tak patut disalahkan walau dia yakin punggong tunangnya tak pernah dirobek benda tumpul. Dia juga tak patut disalahkan kalau kalau dia menjadi teman setia, almaklumlah mahu praktikkan menjadi isteri mithali.

Aku terang terang nyatakan simpati pada buah hatinya itu. Namun itu tak bermakna siasatan terhadap MUSANG itu harus dihentikan. Aku masih utuh menjadi pemburu. Sudah aku katakan, kalau benar dia 'innocent', aku pasti sujud di kaki MUSANG itu kerana memburukkannya tapi JANGAN LUPA SUMPAHKU. Aku bisa menggali kubur untukmu jika kau mengaibkan insan yang tak berdosa itu. Kau harus berani tampil dengan hujahmu wahai MUSANG yang jijik nuraninya!

Zasssssssssss!!!!




26 July 2008

~~Meeting ALK (AIC LEMBAH KLANG) dan sesi makan durian~~

Setelah hampir berbulan lamanya tidak mengadakan mesyuarat ALK (AIC Lembah Klang), beberapa hari lalu rakan rakan AIC bersidang kembali di Pejabat DSAI Sek 16, PJ. Alhamdulillah, segala gerak kerja nampak lebih teratur dan ia di hadiri lebih kurang 20 orang anak muda wakil dari Zon Tengah AIC.

Jutaan terima kasih kepada wakil AIC Zon Timur, Jaja dan rakan2 kerana kesudian membawa durian dari Pahang ke Kuala Lumpur. Aduh....pasti pening kepala mereka sepanjang perjalanan tersebut kan? 40 buah biji durian berjaya diratah oleh rakan2 AIC. Kuat juga mereka ni makan durian. Hehehehe. Nini sempat menjamah beberapa biji juga.

Terima kasih Jaja & Rina. Lain kali boleh bawa datang lagi durian dari Pahang! SUPERB!!!



Fadhil dan keasyikan makan duriannya.

Tanpa kakak ini, kita tak mungkin rasa durian Pahang. :D

Segunung pengharagaan kepada En Ajex yang mengopak semua durian yang ada. Memang terbaik!!!!


Lihat skill nya :D


Kena belajar ni :D


Ni Rina ke Jaja ek? Nini pun confius :D


Farwanz tetap control walau dah comot makan durian :D

~~Gambar Sekitar IPK Kuala Lumpur~~


SALAM PERJUANGAN!!!

Maaf di atas sedikit kelewatan meng'upload' gambar sekitar IPK Kuala Lumpur pada hari "De Facto PKR" di tahan. Nah, di kelapangan yang ada ini, Nini bolehlah berkongsi sedikit gambar yang diambil oleh 'camera phone' Nini. Kerana kelancangan dan kebaculan si MUSANG BERBULU AYAM itu, para penyokong terpaksa berkampung beberapa jam di hadapan IPKKL.

YB Tian Chua memberi sedikit penerangan apa yang para penyokong harus lakukan. Diperhatikan oleh Saudara Cikgu Bard.


Ketua AMK Selangor membakar semangat para penyokong yang dipanah perik mentari

Salah seorang penyokong melaungkan kata kata semangat!

17 July 2008

||KEBENARAN? DI MANA ADANYA KEBENARAN?||

Sukar benar mencari kebenaran hari ini. Apa kebenaran itu memang tidak pernah akan hadir? Di mana sebenarnya kebenaran? Mencari kebenaran atau menghukum dari kebenaran palsu?

Pernah dikhabarkan padaku satu ketika dulu, untuk mencari sesebuah kebenaran itu ia tidak akan wujud dan yang akan ada hanya tiga cerita. Kebenaran dari si pencerita, si pendengar cerita dan kita yang mentafsiri cerita itu. Maka dengan itu, kebenaran tidak akan hadir dalam alam ini? hanya kita dan Yang Esa bisa mengerti?

Akhir waktu ini, aku sendiri buntu mencari ruang memecahkan ruyung kebenaran. Bagaimana ingin menzahirkan kebenaran? Atau harus sahaja diam dalam melemparkan kebenaran? Percayalah, lebih sukar membawakan sebemban perkara yang kamu tahu dari perkara yang kamu mahu hentam kromo.

Filem Liwat versi 2008 perlukan lebih plot yang mantap dari pihak penerbitan. Aku mahu terus cerita...

16 July 2008

~~CERITA DI IPK~~

Ketika ini aku masih lagi di hadapan Balai Polis IPK Hang Tuah, Kuala Lumpur. Kesesakan orang ramai lebih teruk dari trafik kenderaan beberapa hari lalu. Entah mengapa semakin kuat desakan demi desakan hati yang aku rasakan. Kehadiran ratusan penyokong yang juga di bantu oleh rakan rakan SB berselerak ketika ini di perkarangan IPK Hang Tuah. Aku tak pasti siapa penyokong, siapa hantu di sini?

Semuanya sama, semua serupa tapi kalau kita lihat, dari raut wajah setiap insan di sini, semua mahukan pembebsasan De Facto PKR. Aku terus lagi termenung dan dibelenggu rasa gusar. Mungkinkah akan berakhirnya gegaran untuk ke Putrajaya? Apa akan kembali lagikah drama GELOMBANG 98?

Aku akan melaporkan sebentar lagi apa kisahnya rakyat yang dahagakan REFORMASI dan KEADILAN!!!!!

p/s: batery laptop ni dah nak abis :)

06 July 2008

~~Musang dan Punggongnya~~

Bahang kisah Musang di ‘tala’ punggung tak henti lagi malah semakin hari semakin banyak isu merobek dendam ini. Amaran rakyat diperlecehkan, nama tuhan disebut sebut biarpun mereka tahu mereka bakal dipanggang dengan kebaculan kata mereka. Kalau sedar cepat baguslah, kalau terlewat nampak gayanya bukan sekadar punggong di panggang nanti, seluruh tubuh dibakar tinggal abu.

Nak bersumpah, nak menjunjung Al-Quran? Kisah apa ni? Kisah ugutan kepada anak kecil? Geli pula usus perut, makin meluat dengan keterdesakkan kuncu kuncu Babi Negara (BN). Musang aka SAIFUL semakin pintar membelitkan bicara dan pantas mencari simpati. Kejambuan wajahnya tergambar kejijikkan yang dimilikinya. Hati penuh najis, jiwa diselaputi debu hitam yang lebur dengan wang ringgit. Apa nak jadi anak muda berkaki munafik ini? Hamba pada tuntutan nafsu wang ringgit, hamba pada penguasa zalim.

Bual bicara saya bersama rakan seperjuangan (yang mengupas isu Musang dari awalnya), membibitkan lebih panjang lebar rasa mual dan akhirnya diakhiri dengan istighfar panjang. Mana tidaknya, kesabaran manusia ini pasti ada had dan tidak seharusnya mereka melangkah dari had sabar ini. Sebenarnya, jauh di sudut hati kecil nakal ini, aku tertanya juga mengapalah Musang aka SAIFUL ini dijadikan oleh tuhan sebagai manusia di muka bumi ini? Mungkin tuhan nak tunjukkan pada kita semua agar lebih bertawaduk dan menjauhkan diri dari perkara keji yang dilakukannya.

Kata teman, SAIFUL kini di bawah perlindungan Mufti Perlis. Wallahualam…Aku tak mahu menuduh tapi aku nak tengok kebenarannya. Pakcik PET atau dikenali sebagai Pakcik Binatang turut bacul dengan angkuh mempertahankan anak saudaranya. Terfikir pula, berapa banyak yang Pakcik Binatang mendapat imbuhannya. Manusia mudah benar memperTUHANkan WANG!

Di bawah kawalan Perlis dan Pakcik Binatang (Uncle Pet), SAIFUL merasakan dunia ini bebas dan luas untuknya bertandang dan bergendang. Lihat dari raut wajahnya yang tersenyum gembira di dada akhbar, mungkin itu yang dicarinya. Nak jadi juruterbang tak kesampaian, nak dapatkan biasiswa (dengan keputusan yang sangat cemerlang) pun belum dapat, akhirnya terpaksalah dapat jadi artis politik. Cerita dibawa ke sana ke mari, seronok di buai junjung keji umpatan orang. Pasti ibunya menangis mengenang nasib anaknya yang MUNAFIK! Oh! gadis comel Jannah yang sering menceritakan kisah masyarakat luar dan dalam Negara di stesen BERNAMA juga pastinya rasa bangga mendapat tunang yang bakal menjadi jutawan segera. Tahniah!!! perkahwinan anda bakal di adakan di langit biru awanan atau di bawah tanah bersama cacing dan lipas tanah.

Selagi aku tak mendapat kesahihan bahawa ‘pungkok’ kamu itu pernah di ‘tala’ Pemimpin kami, kau jangan harap lenamu tenang kerana aku akan sentiasa menjadi momok buruk setiap saat hidupmu. Ini dunia alaf baru, bukan zaman kuno MAHAFIRAUN, ini dunia teknologi, bukan sorot TILAM KE MAHKAMAH. Kalau kau lakukan kerana RM, aku lakukan demi keadilan! Hantarlah berapa ramai kuncu kuncu untuk gegarkan aku, atas nama ALLAH swt, aku hanya berserah dalam perjuangan ini.

Belum pernah berpatah arang, belum pernah nak kenal erti berhenti, aku terus berlari dan mencari erti kebenaran. Kalau sepuluh tahun dahulu aku masih keanak anakkan untuk bersama menentang mereka, kini aku dah penuh ilmu untuk menjentik pengkhinat bangsa seperti SAIFUL serta kuncu kuncunya.

Aku akan berhenti seketika, aku akan sambung dengan kisah ANAK AYAM aka RAHIMI OSMAN yang sibuk menempel kembali di pejabat DSAI. Manusia sepertinya yang penuh topeng dimuka tak patut di beri peluang lagi. Sedikit masa lagi, aku bisikkan pada kalian semua. Jangan suruh aku berhenti, sebab aku terlupa pasang ‘break’ dan ‘handbreak’ aku tak makan.

05 July 2008

~~Datuk Shabery, Datuk ni Pengecut Bangat la~~

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai”, bait pepatah yang mencabar dan seterusnya menjadikan semangat ini berkobar kobar seperti di simbah minyak ke dalam api jiwa. Antara sedar dan tidak, menjalani kehidupan di bumi nyata ini segalanya perlukan pengorbanan dan kecekalan yang kuat. Mengapa harus gentar dengan semangat orang lain yang hanya mahu mengaggah kita sahaja? Kekuatan diri yang tak kita sedar, ada kalanya memberikan satu impak dengan pandangan mata halus.

Tertarik pula Nini untuk mengupas keterangan yang dipaparkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu ‘cabar’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengupas kebenaran harga minyak lantas melempar minda nakal sinisnya berikutan tragedy ‘perlindungan politik’ di Kedutaan Turki.

Datuk Bery (dengan nada yang nakal), ingin sekali ku tanyakan tentang egomu? Di mana pendirian kamu? Di mana maruah kamu? Di mana jiwa perjuangan kamu? Atau kamu yang duduk di dalam kabinet itu sudah semakin buta mata dan gelap hati? Datuk minta ‘de facto’ kami usaikan isu MINYAK sedang hakikatnya kamu gunakan media untuk memperalatkan jiwa rakyat, Datuk minta ‘de facto’ kami tidak seperti ke anak anakkan dalam perjuangan jalanan yang sesungguhnya memberikan impak, apa sebenarnya Datuk Bery takut dengan suara rakyat?

Ehem ehem (membetulkan nada suara yang hilang emosi), Datuk Bery (kali ini lebih manja lagi suara ini), sudahkah Datuk lihat betapa gersangnya jiwa rakyat yang mahukan keadilan dan hak mereka dipulangkan? Bahagian Penerangan mana yang Datuk tak terang? Saya boleh suluhkan terus ke hati Datuk. Usahlah menjadi munafik seperti mereka yang berjiwa pengecut, kembalilah pada jalan yang tidak meliuk lentok. Bak kata lagi fatamorgana “pulanglah pada tuhan, cahaya kehidupan, syarat BAHAGIA di dunia, AKHIRAT kekal selamanya, PADA ALLAH”, jangan di acu senapang bacul, parang tumpul kerana jutaan rakyat sudah hilang kuasa pertimbangan.

Datuk Bery, malu saya membaca kenyataan seperti anak kecil tak pandai berhenti minum susu ibu seperti Datuk, http://www.malaysiakini.com/news/85612. Janganlah kasi malu dengan jawatan yang Datuk pegang, kalau dulu mamak cendol tu dah kasi tebal muka, kini jangan Datuk cuba ulangi.

Sekejap sahaja lagi, mimpi rakyat akan menjadi kenyataan dan malam malam hari para menteri akan menjadi igauan ngeri. Keyakinan yang kami ada lebih tinggi dari kejujuran yang kononnya kamu berikan. Tunggu bila Malaysia kuburkan BARISAN NASIONAL dan kuncu kuncu keji UMNOnya, PAKATAN akan bacakan talking buat kamu. Amin….

03 July 2008

~~Kalau Itu Yang Dipinta, AKU AKAN PERTIMBANGKAN~~

Kalau menyergah tak beri salam, tak manis pula. Maka aku ingin sampaikan salam buat semua, walau hati ini panas dalam pelbagai isu yang memualkan. Beberapa hari ini, tekanan darah aku semakin tinggi dan tinggi. Ini semua gara gara si MUSANG dan GENG 303 nya tu.

Ada juga yang tertanya tanya, siapa pula geng 303 tu Nini? Siapa pula ANAK AYAM? Siapa pula si TALI BARUT? Jawapanku sama juga, dia adalah orang yang sama. Sekejap dia menjadi ANAK AYAM, lepas tu bersalin kulit menjadi geng pengganas yang sangat dahsyat lantas akhirnya menjadi TALI BARUT yang tak lama lagi menjerut lehernya sendiri. Tak percaya? Tunggu sahaja kelibatnya nanti.

Dalam sibuk aku mengatur langkah untuk mendedahkan manusia bertopeng topeng ini, aku digerakkan oleh gegaran telefon bimbitku yang menjerit jerit minta di angkat. Di talian sana, kedengaaran suara Presiden ku, En Shukri. Alamak, apa sebenarnya yang mahu ditanya ketika detik jam mengorak angka 8 dan aku pula sedang sibuk mengisi perut di restoran Nando's One Utama bersama keluarga (papa dan along je takde).

Panggilan itu aku jawab dan nada kurang enak dapat aku dengari, berbual sekitar 5 minit dan akhirnya kami mematikan talian. Secara keseluruhannya, cerita kami tak lain tak bukan mestilah cerita ANAK AYAM itu. Shuk seperti biasa dengan tenang nyatakan padaku bahawa ada beberapa pihak tidak senang dengan tulisanku menghentam ANAK AYAM itu. Kata Shuk lagi, hentikan seketika. WHAT????? HENTIKAN??? Aku boleh berhenti, boleh.... tak percaya???? Jangan begitu, memang aku boleh berhenti TAPI aku tak akan berhenti terus! Ingat tu! Aku katakan pada Shuk, JANGAN SEKAT AKU BERSUARA, AKU TAK AKAN BERHENTI tapi kalau demi kebaikan dan perjuangan ini, jika harus berhenti menulis...maka, aku berhenti MENULIS seketika.

Tapi seperti aku nyatakan, jangan haraplah aku akan berhenti mengejar buntutmu pula. Bukan untuk diliwat kerna aku tak bisa meliwat tapi...AKU AKAN BAKAR PUNGGUNG MU untuk membuktikan bahawa jiwa perjuanganmu itu songsang semata. Keji dan jijik!!! EEEEEEEyeek!

Maaf buat mereka yang tersinggun dengan bicara ini, sekali lagi aku katakan sesungguhnya aku kenal siapa ANAK AYAM! Aku tak mungkin berhenti mengejar dan ANAK AYAM itu pasti terkedek kedek berlari tak cukup tanah (dengarnya, ANAK AYAM baru dapat tanah berbelas ekar). Larilah...aku nak kejar ni, biar kita pusing satu dunia sekalipun, aku tak GENTAR!

02 July 2008

~~JANGAN TERTIPU LAGI! ANAK AYAM MULA NAK MENARI~~

Maaf dipohon pembuka bicara agar yang tersinggung tidak semakin kalut dan yang menyokong tidak terlalu panas dengan entri-entri baru Nini lewat waktu ini. Apa tidaknya, isu yang sedang meledak melanda kancah politik era 2008 ini sangat memberikan impak pada setiap lapisan masyarakat. Sudah sudahlah disumbat dengan berita palsu dan fitnah semata, kubur tu makin hampir, akhirat itu kepastiannya dan soalan di padang mahsyar nanti takut tak terjawab pula.

Kali ini, Nini nak buka satu lagi kisah yang patut kita ambil tahu, tak banyak pun tak mengapa asalkan kita sedar siapa sebenarnya musang dan ayam ayam katiknya. Ada yang menghantar komen serta beberapa pangilan telefon dari rakan rakan yang mula mual cara bicara Nini. Kata mereka, mana puisi indah? mana kata pujangga? usahlah diragut segala keasyikkan itu kerna mereka ketandusan bait kayangan yang bisa melayangkan duri letih dalam diri.

Pohon maaf buat kesekian kalinya untuk semua teman teman yang Nini hormati, lewat waktu ini Nini terpaksa melayari cerita cerita perjuangan dan politik yang jijik. Mungkin juga kalau tidak nama SAIFUL BUKHARI & RAHIMI OSMAN itu, Nini tak akan berpena sebegini. Kasar lenggoknya tapi penuh tajam maksudnya!

Balik pada asal cerita, kali ini Nini nak berikan sedikit informasi yang mungkin ada beberapa pihak tidak lihat kecelakaannya jika diperlecehkan. Lihat apa sudah jadi dengan SAIFUL si MUSANG itu? Mahukah kita menyimpan lagi duri dalam daging, musuh dalam selimut, ular dalam bantal? Semuanya bakal membelitkan diri sendiri malah tempiasnya akan terkena pada pucuk pimpinan tertinggi. Renungkan semua...renungkan.

Mengikut kenyataan media yang kita telan bulat bulat dari mata kasar jelas memperlihatkan bahawa anak muda songsang pendirian (SAIFUL) itu sudah pasti dipandang keji dan ada juga puak yang kata dia sangat 'innocent'. Tolong, tolong hentikan kupu kupu yang membuatkan geli di perut saya ini, mual dan boleh muntah darah rasanya dengan kenyataan sedemikian.

Di sini, Nini mewakili kepimpinan anak muda AIC (Anwar Ibrahim Club) ingin sekali nyatakan bahawa kumpulan anak muda ini tidak terlibat secara langsung dengan pergolakkan isu yang remeh sebegini. Ia tak lain tak bukan hanya sekadar ingin mencari populariti yang kononnya boleh membina karier masa depan. Maaf, sekali lagi Nini rasa mual dengan perangai dan pendirian manusia munafik seperti mereka. Lihat kenyataan ini, sesungguhnya jelas menyatakan bahawa kelab Pemangkin Perjuangan Rakyat ini bebas dari sebarang agenda politik berlandaskan 'kuasa dan nama'.

Nini mengambil risiko terhadap setiap kenyataan yang Nini utarakan, usah dikaitkan dengan mana mana pihak. Nini tak perlu berpaut pada dahan atau ranting orang lain untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian seseorang itu. Sudah cukup dengan apa yang pernah mereka lakukan, Nini tidak semurah ANAK AYAM dan MUSANGnya.

Pasti tertanya tanya, apa kaitannya si ANAK AYAM ini dengan khabaran berita jijik liwat dan siapa sebenarnya ANAK AYAM yang jalan masih tempang ini? Sabar dan bertenang, Nini akan kupas satu demi satu seperti mana pernah ANAK AYAM ini mengupas berita kemunafikkan tentang Nini. Kasihan, pastinya mereka sangka panas itu hingga ke petang tapi kini gerimis muncul di terik mentari dan apa yang memberikan sinar buat Nini hanya pelangi indah.

ANAK AYAM ini, walaupun punya nama (as if i care) atau pangkat (walaupun tak berkelayakan) namun jangan tak gentar untuk Nini melintas dan menempik setiap kobaran kata kata pendek akalnya. Perlahan lahan kita kupas, perlahan lahan kalian bisa mengenali apa sebenarnya yang terjadi.

Cukup sekadar ketika ini Nini katakan, ANAK AYAM ini bukan boleh dijadikan rakan, sebab seleranya besar dan dadanya mendabik terlalu tinggi. Sehingga ke tahap ini dia masih lagi mempercayai kebenaran kata kata si MUSANG MONGOLIA itu. Sebagai seorang yang melihat kecelaruan dan juga pernah berkhidmat bersama Pakcik Anwar serta membuka langkah buat MUSANG himpit hampir terlalu rapat dengan Pakcik Anwar itu, apakah ANAK AYAM itu tidak dapat bezakan lagi yang mana munafik dan yang mana teraniaya? Apa kalian percaya isu LIWAT ini? Masih lagi dungu dengan permainan kotor kerajaan? Masih ragu dengan ketelusan perwira? Masih buta dengan kata kata palsu MEDIA BABI NEGARA (BN)?

Sudahlah, hentilah, tenanglah, jangan lagi melatah di saat pinggan di cucuk. Kali ini kita harus terus lawan. Bukan lagi mimpi dilamun gelombang REFORMASI, kita dah dilatih oleh kerajaan BN (Babi Negara) hingga ke tahap PHD untuk mengenali yang benar dan salah. Jangan terpedaya dengan kata kata mereka lagi. Jangan berpatah arang lagi, MUSANG dan kuncu kuncunya sedang dalam persiapan untuk meledak dan menghentam Pak Anwar. Takut benar si Najib MONGOLIA dan ROSMAH si rambut kembang itu dengan Pak Anwar dan Ibu Wan Azizah.

Jaga jaga kawan kawan, MUSANG dah dalam tahanan mereka. ANAK AYAM itu kalau tidak dilihat dengan mata batin, dengan mengenali keperibadiannya sahaja suadah saya tahu apa langkah keji yang bakal dia lakukan. Hati hati teman, jangan lagi termakan dengan kata manis budak mentah yang tak cukup ilmu di dada itu. Mari kita sama sama lihat dan pantau, kaji latar belakangnya, lihat sijil sijilnya, buka segala kurap dan panau di dadanya dan KAMU semua...ya...KAMU SEMUA bisa lihat siapa sebenarnya ANAK AYAM ini. Kalau Najwan pernah berpesan pada MUSANG, aku mahu berpesan pada ANAK AYAM itu, jangan berani menempuh ombak kalau tulang tak sekuat srikandi. Takut takut lemas di dasar dan mati di tepi sungai hina.

Ini hanya langkah pertama dariku, bukan terkahir dan kau pasti lihat berkobarnya lagi semangat ini jika lakonanmu tidak berjaya. Aku pejuang dan tak takut menentang mata angkuhmu. Bukan atas nama AIC, atas dasar dendam tapi aku mahu kau sedar, HARTA DUNIA TAK BAWA KAU KE MANA MANA.

Rakan, sahabat, teman dan saudaraku, kita lihat sahaja bagaimana ANAK AYAM mahu menari dan jika sumbang tariannya pasti gendang itu tak berpaluh lagi. Jika benar Pak Anwar itu 'homoseksual', dan kau bisa membuktikannya, aku sendiri akan datang sujud minta maaf pada kaki MUSANG dan kuncunya! TAPI SEKALI LAGI AKU BERPESAN!!!! Jika ini konspirasi najis NAJIB MONGOLIA & BININYA serta KUNCU KUNCU MUSANG, aku bermandi darah mengangkat martabat insan teraniaya seperti Pak Anwar.

Aku kenal siapa kamu MUSANG, malah sangat kenal siapa kamu ANAK AYAM... Hentikanlah akal pendekmu, hentikanlah fitnah ke atas bontotmu, serahkanlah segala yang benar agar matimu esok tak diseksa lebih oleh Yang Maha Esa.

Maaf kerna aku mungkin turut tercela dosa kerana mengaibkan kamu, bukan sekadar itu malah mencaci kamu dan mendedahkan keperibadian kotor kamu. Tapi aku bukan lakukannya untuk kepuasan hati atau dendam, sebaliknya atas nama perjuangan yang kau tahu betapa kuatnya landasanku. Pelukan erat Ibunda Wan Azizah pada semangat dan jasadku sudah cukup membuatkan aku tak gentat bertempur denganmu! Ingat pesan ini, agar kau tak takut dan mati dalam keadaan munafik!

Aku henti cerita MUSANG dan ANAK AYAM di sini dan bakal menyusul lagi selepas ini, biarkan aku mencari dan terus mencari kebobrokan identiti ANAK AYAM yang penuh dengan lakonan dan angkuhnya itu.

Sekadar permulaan, marilah kita singkap sedikit dahulu keperibadiaan ANAK AYAM aka RAHIMI OSMAN yang digambarkan oleh seorang blogger dalam laman web TAWAN PEKAN.
Di harap tenang membaca dan bisa kawal emosi.

Sampai di sini dan moga bertemu beberapa ketika lagi, Salam penuh kasih dari Nini...

p/s : aku tak seindah mana, tak seperti malaikat, tidak seperti pari pari kayangan TAPI aku pantang di asak dengan KEMUNAFIKKAN! Moga dosaku diampuni ILLAHI kerna tak dapat mengawal emosi meledak terhadap kedua dua JANTAN ni.

01 July 2008

~~Gara Gara Musang aka SAIFUL...~~

Cerita Musang masih lagi menjadi isu hangat di laman maya dan bual bual kedai kopi anak muda khususnya AIC. Tatkala terimbas wajah si musang dengan senyum sinisnya, boleh membuatkan hati tenang terus bergelora amukan syaitan. Ringan sahaja tangan dan kaki untuk menguji kehebatan batinnya. Namun kupanjatkan istighfar bertubi tubi agar dapat mengawal amarah ini.

Sehari sebelum lancarnya pengakuan tidak bermoral oleh si Musang pada Sabtu 28 Jun lalu, Ahli Jawatankuasa AIC bertemu dengan Penasihat Ulung PKR tersebut di kediamannya di Segambut Dalam. Namun yang menjadi persoalan ialah, mengapa sibuk sibuk Musang ini hadir pada mesyuarat tertutup AJK AIC ini? Sudahlah mual melihat kejelekkan wajahnya yang penuh berpura pura, aku telan juga dan paling pentingnya aku tidak mahu menentang anak mata munafik itu.

Temanku Najwan sering memberikan pesanan demi pesanan agar berjaga jaga dengan binatang bernama Musang itu malah dalam ruangan maya temanku Najwan itu juga sudah dilancarkan perang siber terhadap identiti Musang yang tidak kenal erti malu. Biarkan segalanya berlaku, aku hanya mahu terus melihat sejauh mana kebenaran bait hentaman temanku Najwan dan akhirnya segalanya pasti dan sahih kini.

Masih segar di ingatan, Musang ini mampir padaku pada ceramah DSAI di Keramat bulan lalu lantas dijabatnya tanganku dan meyakinkan bahawa perjuangan ini harus diteruskan. Terpinga pinga juga bila berjabat salam dan mendengar kesungguhan hati musang itu, kerna aku tahu dia hanya mahu menjadi sukarelawan tetapi tidak berminat atas dasar perjuangan. Aku senyum sini dan sambil berbisik di hati kecil, apa benarkah semangat perjuangan itu sudah Pak Anwar tiupkan dalam jiwa Musang ini?

Aku mulanya terpedaya juga apatah lagi teman akrabku, Setiausaha Politik Pak Anwar turut meyakinkan kesungguhan Musang di pejabat DSAI sangat memberikan impak pada perjalanan karies Pak Anwar. Namun panas itu rupanya bakal membibitkan gerimis di tengah hari. Beberapa minggu kemudian, pertelagahan kembali berlaku dan Musang semakin rakus mencalari setiap liang liang roma anak muda AIC terutamanya rakanku si Setiausaha Politik Pak Anwar.

Kalau dulu aku dikecam dengan pelbagai isu moral yang jijik di dalam laman maya rakanku Najwan gara gara anak ayam Rahimi Osman itu tak berpuas hati denganku, kini aku tak mungkin lagi murung dan layu jika diasak sebegini hebat. Aku hanya mahu khabarkan pada mereka, siapa sahaja khususnya si MUSANG dan ANAK AYAM yang masih mentah itu, aku tak takut lagi kamu mahu paparkan biacara keji yang penuh najis.

Kalau ligat Najib Mongolia itu kau kejar, aku bangun dengan lincah Pak Anwar. Kalau jutaan ringgit wang rakyat yang kau tagih dari pemimpin berbini liar itu (ROSMAH), aku dahagakan pencak silat untuk bertarung. Katakan di mana, aku sanggup bermandi darah demi mengangkat martabat bangsa dan agama. Kau pengecut MUSANG! Pengecut hingga tak lalu aku ingin melihat kelibatmu!

Laman ini aku ambil jadi wasiat, jika benar kau berada di pihak benar, aku sanggup bersihkab namamu TAPI DENGAR AMARAN INI...Jika konspirasimu hanya atas nama politik busuk NAJIB MONGOLIA, aku berani mencincangmu dan kroni kronimu hingga ke titisan darah terakhir!

TAKBIR!!!