01 July 2008

~~Gara Gara Musang aka SAIFUL...~~

Cerita Musang masih lagi menjadi isu hangat di laman maya dan bual bual kedai kopi anak muda khususnya AIC. Tatkala terimbas wajah si musang dengan senyum sinisnya, boleh membuatkan hati tenang terus bergelora amukan syaitan. Ringan sahaja tangan dan kaki untuk menguji kehebatan batinnya. Namun kupanjatkan istighfar bertubi tubi agar dapat mengawal amarah ini.

Sehari sebelum lancarnya pengakuan tidak bermoral oleh si Musang pada Sabtu 28 Jun lalu, Ahli Jawatankuasa AIC bertemu dengan Penasihat Ulung PKR tersebut di kediamannya di Segambut Dalam. Namun yang menjadi persoalan ialah, mengapa sibuk sibuk Musang ini hadir pada mesyuarat tertutup AJK AIC ini? Sudahlah mual melihat kejelekkan wajahnya yang penuh berpura pura, aku telan juga dan paling pentingnya aku tidak mahu menentang anak mata munafik itu.

Temanku Najwan sering memberikan pesanan demi pesanan agar berjaga jaga dengan binatang bernama Musang itu malah dalam ruangan maya temanku Najwan itu juga sudah dilancarkan perang siber terhadap identiti Musang yang tidak kenal erti malu. Biarkan segalanya berlaku, aku hanya mahu terus melihat sejauh mana kebenaran bait hentaman temanku Najwan dan akhirnya segalanya pasti dan sahih kini.

Masih segar di ingatan, Musang ini mampir padaku pada ceramah DSAI di Keramat bulan lalu lantas dijabatnya tanganku dan meyakinkan bahawa perjuangan ini harus diteruskan. Terpinga pinga juga bila berjabat salam dan mendengar kesungguhan hati musang itu, kerna aku tahu dia hanya mahu menjadi sukarelawan tetapi tidak berminat atas dasar perjuangan. Aku senyum sini dan sambil berbisik di hati kecil, apa benarkah semangat perjuangan itu sudah Pak Anwar tiupkan dalam jiwa Musang ini?

Aku mulanya terpedaya juga apatah lagi teman akrabku, Setiausaha Politik Pak Anwar turut meyakinkan kesungguhan Musang di pejabat DSAI sangat memberikan impak pada perjalanan karies Pak Anwar. Namun panas itu rupanya bakal membibitkan gerimis di tengah hari. Beberapa minggu kemudian, pertelagahan kembali berlaku dan Musang semakin rakus mencalari setiap liang liang roma anak muda AIC terutamanya rakanku si Setiausaha Politik Pak Anwar.

Kalau dulu aku dikecam dengan pelbagai isu moral yang jijik di dalam laman maya rakanku Najwan gara gara anak ayam Rahimi Osman itu tak berpuas hati denganku, kini aku tak mungkin lagi murung dan layu jika diasak sebegini hebat. Aku hanya mahu khabarkan pada mereka, siapa sahaja khususnya si MUSANG dan ANAK AYAM yang masih mentah itu, aku tak takut lagi kamu mahu paparkan biacara keji yang penuh najis.

Kalau ligat Najib Mongolia itu kau kejar, aku bangun dengan lincah Pak Anwar. Kalau jutaan ringgit wang rakyat yang kau tagih dari pemimpin berbini liar itu (ROSMAH), aku dahagakan pencak silat untuk bertarung. Katakan di mana, aku sanggup bermandi darah demi mengangkat martabat bangsa dan agama. Kau pengecut MUSANG! Pengecut hingga tak lalu aku ingin melihat kelibatmu!

Laman ini aku ambil jadi wasiat, jika benar kau berada di pihak benar, aku sanggup bersihkab namamu TAPI DENGAR AMARAN INI...Jika konspirasimu hanya atas nama politik busuk NAJIB MONGOLIA, aku berani mencincangmu dan kroni kronimu hingga ke titisan darah terakhir!

TAKBIR!!!

1 comment:

Reds said...

Salam..

Saudari Marini,
setiap tuduhan itu memerlukan bukti, apatah lagi tuduhan berat yg mengaibkan seseorang. Tuduhan Saiful itu, tdk cukup dgn sumpah, namun memrlukan bukti yg kukuh. Begitulah peraturan Islam mengajar kita. Selagi tidak mempunyai bukti yg nyata, maka tidak wajar untuk kita menuduh dan menggelarkan seseorang. Sebagaimana tuduhan terhadap Anwar memerlukan bukti yg kukuh, begitulah juga tuduhan terhadap Najib terhadap kaitannya dgn Altantuya juga memerlukan bukti yg kukuh, yg tdk cukup hanya sekadar surat sumpah seorang 'Bala'. Jika sumpah si Saiful yg dibuat menggunakan nama Allah, masih diragui & masih memerlukan bukti kukuh, apatah lagi jika sekadar surat akuan bersumpah Balasundram & juga Raja Petra yg byk tulisannya mengenai Islam amatlah diragui. Dimanakah letaknya neraca kebenaran itu wahai saudari ? apakah letaknya pada puak & parti yg sekiranya tuduhan itu dihalakan terhadap org2 dari puak kita, maka ianya memerlukan bukti yg kukuh ? tetapi apabila tuduhan jahat jika terhala kpd kumpulan musuh, maka terus kita menerimanya, terus kita memberi gelar kpdnya tanpa memerlukan bukti2 yg kukuh ? Mengapakah neraca yg berlainan digunakan ? Dimanakah sebenarnya keadilan & kebenaran itu ? Sesungguhnya neraca kebenaran itu hendaklah digunakan secara adil, sama ada ia melibatkan "org kita", atau pun pihak bertentangan.

Salam hormat..
http://tuanbatu.blogspot.com