02 July 2008

~~JANGAN TERTIPU LAGI! ANAK AYAM MULA NAK MENARI~~

Maaf dipohon pembuka bicara agar yang tersinggung tidak semakin kalut dan yang menyokong tidak terlalu panas dengan entri-entri baru Nini lewat waktu ini. Apa tidaknya, isu yang sedang meledak melanda kancah politik era 2008 ini sangat memberikan impak pada setiap lapisan masyarakat. Sudah sudahlah disumbat dengan berita palsu dan fitnah semata, kubur tu makin hampir, akhirat itu kepastiannya dan soalan di padang mahsyar nanti takut tak terjawab pula.

Kali ini, Nini nak buka satu lagi kisah yang patut kita ambil tahu, tak banyak pun tak mengapa asalkan kita sedar siapa sebenarnya musang dan ayam ayam katiknya. Ada yang menghantar komen serta beberapa pangilan telefon dari rakan rakan yang mula mual cara bicara Nini. Kata mereka, mana puisi indah? mana kata pujangga? usahlah diragut segala keasyikkan itu kerna mereka ketandusan bait kayangan yang bisa melayangkan duri letih dalam diri.

Pohon maaf buat kesekian kalinya untuk semua teman teman yang Nini hormati, lewat waktu ini Nini terpaksa melayari cerita cerita perjuangan dan politik yang jijik. Mungkin juga kalau tidak nama SAIFUL BUKHARI & RAHIMI OSMAN itu, Nini tak akan berpena sebegini. Kasar lenggoknya tapi penuh tajam maksudnya!

Balik pada asal cerita, kali ini Nini nak berikan sedikit informasi yang mungkin ada beberapa pihak tidak lihat kecelakaannya jika diperlecehkan. Lihat apa sudah jadi dengan SAIFUL si MUSANG itu? Mahukah kita menyimpan lagi duri dalam daging, musuh dalam selimut, ular dalam bantal? Semuanya bakal membelitkan diri sendiri malah tempiasnya akan terkena pada pucuk pimpinan tertinggi. Renungkan semua...renungkan.

Mengikut kenyataan media yang kita telan bulat bulat dari mata kasar jelas memperlihatkan bahawa anak muda songsang pendirian (SAIFUL) itu sudah pasti dipandang keji dan ada juga puak yang kata dia sangat 'innocent'. Tolong, tolong hentikan kupu kupu yang membuatkan geli di perut saya ini, mual dan boleh muntah darah rasanya dengan kenyataan sedemikian.

Di sini, Nini mewakili kepimpinan anak muda AIC (Anwar Ibrahim Club) ingin sekali nyatakan bahawa kumpulan anak muda ini tidak terlibat secara langsung dengan pergolakkan isu yang remeh sebegini. Ia tak lain tak bukan hanya sekadar ingin mencari populariti yang kononnya boleh membina karier masa depan. Maaf, sekali lagi Nini rasa mual dengan perangai dan pendirian manusia munafik seperti mereka. Lihat kenyataan ini, sesungguhnya jelas menyatakan bahawa kelab Pemangkin Perjuangan Rakyat ini bebas dari sebarang agenda politik berlandaskan 'kuasa dan nama'.

Nini mengambil risiko terhadap setiap kenyataan yang Nini utarakan, usah dikaitkan dengan mana mana pihak. Nini tak perlu berpaut pada dahan atau ranting orang lain untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian seseorang itu. Sudah cukup dengan apa yang pernah mereka lakukan, Nini tidak semurah ANAK AYAM dan MUSANGnya.

Pasti tertanya tanya, apa kaitannya si ANAK AYAM ini dengan khabaran berita jijik liwat dan siapa sebenarnya ANAK AYAM yang jalan masih tempang ini? Sabar dan bertenang, Nini akan kupas satu demi satu seperti mana pernah ANAK AYAM ini mengupas berita kemunafikkan tentang Nini. Kasihan, pastinya mereka sangka panas itu hingga ke petang tapi kini gerimis muncul di terik mentari dan apa yang memberikan sinar buat Nini hanya pelangi indah.

ANAK AYAM ini, walaupun punya nama (as if i care) atau pangkat (walaupun tak berkelayakan) namun jangan tak gentar untuk Nini melintas dan menempik setiap kobaran kata kata pendek akalnya. Perlahan lahan kita kupas, perlahan lahan kalian bisa mengenali apa sebenarnya yang terjadi.

Cukup sekadar ketika ini Nini katakan, ANAK AYAM ini bukan boleh dijadikan rakan, sebab seleranya besar dan dadanya mendabik terlalu tinggi. Sehingga ke tahap ini dia masih lagi mempercayai kebenaran kata kata si MUSANG MONGOLIA itu. Sebagai seorang yang melihat kecelaruan dan juga pernah berkhidmat bersama Pakcik Anwar serta membuka langkah buat MUSANG himpit hampir terlalu rapat dengan Pakcik Anwar itu, apakah ANAK AYAM itu tidak dapat bezakan lagi yang mana munafik dan yang mana teraniaya? Apa kalian percaya isu LIWAT ini? Masih lagi dungu dengan permainan kotor kerajaan? Masih ragu dengan ketelusan perwira? Masih buta dengan kata kata palsu MEDIA BABI NEGARA (BN)?

Sudahlah, hentilah, tenanglah, jangan lagi melatah di saat pinggan di cucuk. Kali ini kita harus terus lawan. Bukan lagi mimpi dilamun gelombang REFORMASI, kita dah dilatih oleh kerajaan BN (Babi Negara) hingga ke tahap PHD untuk mengenali yang benar dan salah. Jangan terpedaya dengan kata kata mereka lagi. Jangan berpatah arang lagi, MUSANG dan kuncu kuncunya sedang dalam persiapan untuk meledak dan menghentam Pak Anwar. Takut benar si Najib MONGOLIA dan ROSMAH si rambut kembang itu dengan Pak Anwar dan Ibu Wan Azizah.

Jaga jaga kawan kawan, MUSANG dah dalam tahanan mereka. ANAK AYAM itu kalau tidak dilihat dengan mata batin, dengan mengenali keperibadiannya sahaja suadah saya tahu apa langkah keji yang bakal dia lakukan. Hati hati teman, jangan lagi termakan dengan kata manis budak mentah yang tak cukup ilmu di dada itu. Mari kita sama sama lihat dan pantau, kaji latar belakangnya, lihat sijil sijilnya, buka segala kurap dan panau di dadanya dan KAMU semua...ya...KAMU SEMUA bisa lihat siapa sebenarnya ANAK AYAM ini. Kalau Najwan pernah berpesan pada MUSANG, aku mahu berpesan pada ANAK AYAM itu, jangan berani menempuh ombak kalau tulang tak sekuat srikandi. Takut takut lemas di dasar dan mati di tepi sungai hina.

Ini hanya langkah pertama dariku, bukan terkahir dan kau pasti lihat berkobarnya lagi semangat ini jika lakonanmu tidak berjaya. Aku pejuang dan tak takut menentang mata angkuhmu. Bukan atas nama AIC, atas dasar dendam tapi aku mahu kau sedar, HARTA DUNIA TAK BAWA KAU KE MANA MANA.

Rakan, sahabat, teman dan saudaraku, kita lihat sahaja bagaimana ANAK AYAM mahu menari dan jika sumbang tariannya pasti gendang itu tak berpaluh lagi. Jika benar Pak Anwar itu 'homoseksual', dan kau bisa membuktikannya, aku sendiri akan datang sujud minta maaf pada kaki MUSANG dan kuncunya! TAPI SEKALI LAGI AKU BERPESAN!!!! Jika ini konspirasi najis NAJIB MONGOLIA & BININYA serta KUNCU KUNCU MUSANG, aku bermandi darah mengangkat martabat insan teraniaya seperti Pak Anwar.

Aku kenal siapa kamu MUSANG, malah sangat kenal siapa kamu ANAK AYAM... Hentikanlah akal pendekmu, hentikanlah fitnah ke atas bontotmu, serahkanlah segala yang benar agar matimu esok tak diseksa lebih oleh Yang Maha Esa.

Maaf kerna aku mungkin turut tercela dosa kerana mengaibkan kamu, bukan sekadar itu malah mencaci kamu dan mendedahkan keperibadian kotor kamu. Tapi aku bukan lakukannya untuk kepuasan hati atau dendam, sebaliknya atas nama perjuangan yang kau tahu betapa kuatnya landasanku. Pelukan erat Ibunda Wan Azizah pada semangat dan jasadku sudah cukup membuatkan aku tak gentat bertempur denganmu! Ingat pesan ini, agar kau tak takut dan mati dalam keadaan munafik!

Aku henti cerita MUSANG dan ANAK AYAM di sini dan bakal menyusul lagi selepas ini, biarkan aku mencari dan terus mencari kebobrokan identiti ANAK AYAM yang penuh dengan lakonan dan angkuhnya itu.

Sekadar permulaan, marilah kita singkap sedikit dahulu keperibadiaan ANAK AYAM aka RAHIMI OSMAN yang digambarkan oleh seorang blogger dalam laman web TAWAN PEKAN.
Di harap tenang membaca dan bisa kawal emosi.

Sampai di sini dan moga bertemu beberapa ketika lagi, Salam penuh kasih dari Nini...

p/s : aku tak seindah mana, tak seperti malaikat, tidak seperti pari pari kayangan TAPI aku pantang di asak dengan KEMUNAFIKKAN! Moga dosaku diampuni ILLAHI kerna tak dapat mengawal emosi meledak terhadap kedua dua JANTAN ni.

No comments: