17 July 2008

||KEBENARAN? DI MANA ADANYA KEBENARAN?||

Sukar benar mencari kebenaran hari ini. Apa kebenaran itu memang tidak pernah akan hadir? Di mana sebenarnya kebenaran? Mencari kebenaran atau menghukum dari kebenaran palsu?

Pernah dikhabarkan padaku satu ketika dulu, untuk mencari sesebuah kebenaran itu ia tidak akan wujud dan yang akan ada hanya tiga cerita. Kebenaran dari si pencerita, si pendengar cerita dan kita yang mentafsiri cerita itu. Maka dengan itu, kebenaran tidak akan hadir dalam alam ini? hanya kita dan Yang Esa bisa mengerti?

Akhir waktu ini, aku sendiri buntu mencari ruang memecahkan ruyung kebenaran. Bagaimana ingin menzahirkan kebenaran? Atau harus sahaja diam dalam melemparkan kebenaran? Percayalah, lebih sukar membawakan sebemban perkara yang kamu tahu dari perkara yang kamu mahu hentam kromo.

Filem Liwat versi 2008 perlukan lebih plot yang mantap dari pihak penerbitan. Aku mahu terus cerita...

4 comments:

azuar666 said...

Kebenaran akan muncul disaat kita tidak terduga, inilah ke sudah melangkah ke pusingan akhir hari kiamat. Fitnah semakin menjadi-jadi menguji keimanan manusia, maka kebenaran akan lambat diketahui dek kerana adakah kita masih mampu bersabar atas ujian yang Allah berikan ini. Apa yang berlaku semuanya ada sebab dan hikmah tanpa kita sedari ataupun buat-buat tidak sedar, yang penting kalau kita percaya sesuatu teruskan perjuangan!!!

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

sjankan said...

Kebenaran dia mudah..mahkamah katMalaysia tak telus dan bebas. buktinya keputusan pita rakaman Lingam dan Perlembagaan Persekutuan.

Polis pulaboleh dipertikikan kredibilitnya sebabnyalaporan-laporan antarabangsa menunjukn indeks rasuah negaraagak serius. bukti seterusnya krjaan sendiri mnaikn gaji anggotpolis kononny untk mintaa depa jngn ambil rasuah lagi.

kebenrn sukar ici sbb ada gnguan dlainstitusi ini . sekiranya diperkemaskinikn ternyata kebenarn kn diperolehi. mcmkes moncalewinsky dgn billclinton.

www.chedet-unlimited.blogspot.com

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan said...

salam..apabila datang kebenaran akan tenggelamlah bahtera kebatilan!.....si musang mangkuk tu xkan kemana dgn fitnah nya....akan kena kat dunia dan kena jgk di akhirat!..

ladymariah said...

ada kebenaran yg tidak terungkai. ia akan dilipat dan disimpan di tempat yg selamat. ada juga kebenaran yg sengaja dihapuskan.

bukan senang hendak mengungkai, apatah lagi kalau kita ini terjerat dengan duri2 tajam di setiap langkah perjalanan. yg takut sakit pasti akan kalah. lumrah manusia, tidak boleh disalahkan...