26 July 2008

~~Meeting ALK (AIC LEMBAH KLANG) dan sesi makan durian~~

Setelah hampir berbulan lamanya tidak mengadakan mesyuarat ALK (AIC Lembah Klang), beberapa hari lalu rakan rakan AIC bersidang kembali di Pejabat DSAI Sek 16, PJ. Alhamdulillah, segala gerak kerja nampak lebih teratur dan ia di hadiri lebih kurang 20 orang anak muda wakil dari Zon Tengah AIC.

Jutaan terima kasih kepada wakil AIC Zon Timur, Jaja dan rakan2 kerana kesudian membawa durian dari Pahang ke Kuala Lumpur. Aduh....pasti pening kepala mereka sepanjang perjalanan tersebut kan? 40 buah biji durian berjaya diratah oleh rakan2 AIC. Kuat juga mereka ni makan durian. Hehehehe. Nini sempat menjamah beberapa biji juga.

Terima kasih Jaja & Rina. Lain kali boleh bawa datang lagi durian dari Pahang! SUPERB!!!



Fadhil dan keasyikan makan duriannya.

Tanpa kakak ini, kita tak mungkin rasa durian Pahang. :D

Segunung pengharagaan kepada En Ajex yang mengopak semua durian yang ada. Memang terbaik!!!!


Lihat skill nya :D


Kena belajar ni :D


Ni Rina ke Jaja ek? Nini pun confius :D


Farwanz tetap control walau dah comot makan durian :D

1 comment:

Anonymous said...

Wah..Marini!

wahhh..sakan ye aic?meriah nampaknya!macam aku tak sokong mana2 parti politik ni boleh join ke?

Ops..apasal aku punya link takde ni???mtk jawab!!!Cepat add-kan link aku!

huhu