06 July 2008

~~Musang dan Punggongnya~~

Bahang kisah Musang di ‘tala’ punggung tak henti lagi malah semakin hari semakin banyak isu merobek dendam ini. Amaran rakyat diperlecehkan, nama tuhan disebut sebut biarpun mereka tahu mereka bakal dipanggang dengan kebaculan kata mereka. Kalau sedar cepat baguslah, kalau terlewat nampak gayanya bukan sekadar punggong di panggang nanti, seluruh tubuh dibakar tinggal abu.

Nak bersumpah, nak menjunjung Al-Quran? Kisah apa ni? Kisah ugutan kepada anak kecil? Geli pula usus perut, makin meluat dengan keterdesakkan kuncu kuncu Babi Negara (BN). Musang aka SAIFUL semakin pintar membelitkan bicara dan pantas mencari simpati. Kejambuan wajahnya tergambar kejijikkan yang dimilikinya. Hati penuh najis, jiwa diselaputi debu hitam yang lebur dengan wang ringgit. Apa nak jadi anak muda berkaki munafik ini? Hamba pada tuntutan nafsu wang ringgit, hamba pada penguasa zalim.

Bual bicara saya bersama rakan seperjuangan (yang mengupas isu Musang dari awalnya), membibitkan lebih panjang lebar rasa mual dan akhirnya diakhiri dengan istighfar panjang. Mana tidaknya, kesabaran manusia ini pasti ada had dan tidak seharusnya mereka melangkah dari had sabar ini. Sebenarnya, jauh di sudut hati kecil nakal ini, aku tertanya juga mengapalah Musang aka SAIFUL ini dijadikan oleh tuhan sebagai manusia di muka bumi ini? Mungkin tuhan nak tunjukkan pada kita semua agar lebih bertawaduk dan menjauhkan diri dari perkara keji yang dilakukannya.

Kata teman, SAIFUL kini di bawah perlindungan Mufti Perlis. Wallahualam…Aku tak mahu menuduh tapi aku nak tengok kebenarannya. Pakcik PET atau dikenali sebagai Pakcik Binatang turut bacul dengan angkuh mempertahankan anak saudaranya. Terfikir pula, berapa banyak yang Pakcik Binatang mendapat imbuhannya. Manusia mudah benar memperTUHANkan WANG!

Di bawah kawalan Perlis dan Pakcik Binatang (Uncle Pet), SAIFUL merasakan dunia ini bebas dan luas untuknya bertandang dan bergendang. Lihat dari raut wajahnya yang tersenyum gembira di dada akhbar, mungkin itu yang dicarinya. Nak jadi juruterbang tak kesampaian, nak dapatkan biasiswa (dengan keputusan yang sangat cemerlang) pun belum dapat, akhirnya terpaksalah dapat jadi artis politik. Cerita dibawa ke sana ke mari, seronok di buai junjung keji umpatan orang. Pasti ibunya menangis mengenang nasib anaknya yang MUNAFIK! Oh! gadis comel Jannah yang sering menceritakan kisah masyarakat luar dan dalam Negara di stesen BERNAMA juga pastinya rasa bangga mendapat tunang yang bakal menjadi jutawan segera. Tahniah!!! perkahwinan anda bakal di adakan di langit biru awanan atau di bawah tanah bersama cacing dan lipas tanah.

Selagi aku tak mendapat kesahihan bahawa ‘pungkok’ kamu itu pernah di ‘tala’ Pemimpin kami, kau jangan harap lenamu tenang kerana aku akan sentiasa menjadi momok buruk setiap saat hidupmu. Ini dunia alaf baru, bukan zaman kuno MAHAFIRAUN, ini dunia teknologi, bukan sorot TILAM KE MAHKAMAH. Kalau kau lakukan kerana RM, aku lakukan demi keadilan! Hantarlah berapa ramai kuncu kuncu untuk gegarkan aku, atas nama ALLAH swt, aku hanya berserah dalam perjuangan ini.

Belum pernah berpatah arang, belum pernah nak kenal erti berhenti, aku terus berlari dan mencari erti kebenaran. Kalau sepuluh tahun dahulu aku masih keanak anakkan untuk bersama menentang mereka, kini aku dah penuh ilmu untuk menjentik pengkhinat bangsa seperti SAIFUL serta kuncu kuncunya.

Aku akan berhenti seketika, aku akan sambung dengan kisah ANAK AYAM aka RAHIMI OSMAN yang sibuk menempel kembali di pejabat DSAI. Manusia sepertinya yang penuh topeng dimuka tak patut di beri peluang lagi. Sedikit masa lagi, aku bisikkan pada kalian semua. Jangan suruh aku berhenti, sebab aku terlupa pasang ‘break’ dan ‘handbreak’ aku tak makan.

10 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Marini,

Apa sudah jadi dengan perhimpunan Geram Sejuta Rakyat.
Nampaknya sudah bertukar geram persembahan lucah Carburator Dung.

Geram lalu dibaling botol, geram lalu dipukul remuk.

Marini Kamal said...

salam nadzri,

Bila emosi merasuk, geram dan seram akan bercampur aduk....Bersabar sahajalah!!!!

Marini Kamal said...
This comment has been removed by the author.
Amin Ahmad said...

salam.

sdri marini, dalam proses hati-hati..kita juga harus membuka wacana baru. argumentum ed hominem saja tidak cukup..

sudah tentu kerisauan terhadap mereka yg menghimpit DSAI boleh wujud, namun ia tidak harus mengalih tumpuan yg byk terhadap guiding ideas perjuangan ini.

alangkah sedihnya saya kerana belum terlihat kesungguhan mewacanakan pemikiran DSAI..semoga kalian yang lebih dekat dengan beliau akan lebih pantas utk kerja2 ini, insyaAllah saya akan terus menyokong.

smallgiant said...

Marini,

saya baru membaca blog ini.agak banyak blog kebelakangan ini.blog saudari agak menarik dan bersemangat sekali.
Tahniah saya ucapkan.teruskan menulis,mungkin saya akan menjadi pembaca tetap blog saudari.
terkenang semasa semangat 98 kembali kepada sanubari anak-anak muda sekarang.....macam saudari.teruskan,percaya yang benar akan terungkai juga....

Anonymous said...

Marini,
saya percaya semua orang mohon yang benar akan terbukti akhirnya...

tapi saya tak setuju dengan gaya bercakap seperti ini.

"Kalau tidak percaya pada tuduhan ke atas DSAI, kenapa mesti dicaci laknat si penuduh?

Dalam komen saudari di blog Riwayat Hayat, saudari kata begini,
"Tuduhan liwat De Facto PKR itu yang belum lagi jelas kesahihannya usahlah ditujah seperti sudah dijatuhkan hukuman, sebaliknya isu ALtantuya yang sudah mati diletupkan itu patut menjadi isu besar negara."

Bukankah nada apabila dilaung akan bergema?

Gema mestilah nada yang sama juga kan?kan?

Maaf, saya tidak kenal saudari, jadi saya beranggapan saudari beragama Islam.

Kerana itu saya rasa nada saudari berbicara keterlaluan.

Harap dapat maafkan saya sekiranya saudari bukan Islam.

nota kaki:komen ini diterbitkan juga di laman BUJANG BOROI untuk menanti respon saudari. Terima kasih.

Marini Kamal said...

salam buat pewaris reformsi...
terima kasih atas hujah saudara, saya gembira benar mendengar teguran saudara yang sara rasa ia untuk membina dan memanjangkan lagi minda ini.

namun, dalam penulisan ada juga berbagai gaya dan genre. saya tidak mahu berdegar menggunakan retorika dalam penulisan sebaliknya lebih molek untuk diri saya ini membawa alunan bicara tanpa fakta. saya hanya mahu berkongsi sedikit emosi, bukan ke tahap melampau dan saya juga tidak membawa penulisan saya ke arah menjadi pemangkin perjuangan DSAI.

Bukan dengan cara begini saya mewacanakan pemikiran hebat DSAI, di ruang ini saya hanya mahu bersantai setelah diasak beban kerja dan semangat melimpah ruah yang dihambur oleh DSAI sendiri.

Maaf jika cara ini tak memberi minat pada saudara. Saya akur pendirian saudara. Apa pun terima kasih kerna sudi singgah sebentar di laman ini.

Marini Kamal said...

salam buat smallgiant..

semangat saudara akan terus memacu jemari saya untuk terus berbicara. laman ini bukan untuk diasak kepala dengan beban cerita dunia, ia sekadar landasan memahirkan bahasa.

terus bersama saya di sini, saya amat menghargai

Marini Kamal said...

salam buat saudara bujang lapuk....

saya sudah membalas pertanyaan saudara dengan pertanyaan kembali.

sudilah kiranya kita rungkaikan selirat di minda.

terima kasih

sjankan said...

Marini,
Bagus gaya bahasa saudari. Kalau novel saudari boleh bicarakan emosi. Kalau politik fakta adalah emosi anda. Bicara poltik tanpa fakta adalah agak jangal.Penulisan saudari ini ternyata lebih ke arah gaya bahasa yang cantik tetapi tak bernyawa.

Saya juga kurang faham kenapa saudari patut melahirkan emosi dengan perkataan yang agak menghina padahal , sesiapa pun belum tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam tuduhan terbaru DSAI. Konspirasi memeng benar yang kurang jelas samaada Konspirasi DSAI untuk menghasut rakyat benci kerajaan atau Konspirasi Kerajaan Untuk halang DSAI terus bersinar.

Sepatutnya saudari harus menilai fakta-fakta yang wujud .

www.chedet-unlimited.blogspot.com