05 July 2008

~~Datuk Shabery, Datuk ni Pengecut Bangat la~~

“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai”, bait pepatah yang mencabar dan seterusnya menjadikan semangat ini berkobar kobar seperti di simbah minyak ke dalam api jiwa. Antara sedar dan tidak, menjalani kehidupan di bumi nyata ini segalanya perlukan pengorbanan dan kecekalan yang kuat. Mengapa harus gentar dengan semangat orang lain yang hanya mahu mengaggah kita sahaja? Kekuatan diri yang tak kita sedar, ada kalanya memberikan satu impak dengan pandangan mata halus.

Tertarik pula Nini untuk mengupas keterangan yang dipaparkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu ‘cabar’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengupas kebenaran harga minyak lantas melempar minda nakal sinisnya berikutan tragedy ‘perlindungan politik’ di Kedutaan Turki.

Datuk Bery (dengan nada yang nakal), ingin sekali ku tanyakan tentang egomu? Di mana pendirian kamu? Di mana maruah kamu? Di mana jiwa perjuangan kamu? Atau kamu yang duduk di dalam kabinet itu sudah semakin buta mata dan gelap hati? Datuk minta ‘de facto’ kami usaikan isu MINYAK sedang hakikatnya kamu gunakan media untuk memperalatkan jiwa rakyat, Datuk minta ‘de facto’ kami tidak seperti ke anak anakkan dalam perjuangan jalanan yang sesungguhnya memberikan impak, apa sebenarnya Datuk Bery takut dengan suara rakyat?

Ehem ehem (membetulkan nada suara yang hilang emosi), Datuk Bery (kali ini lebih manja lagi suara ini), sudahkah Datuk lihat betapa gersangnya jiwa rakyat yang mahukan keadilan dan hak mereka dipulangkan? Bahagian Penerangan mana yang Datuk tak terang? Saya boleh suluhkan terus ke hati Datuk. Usahlah menjadi munafik seperti mereka yang berjiwa pengecut, kembalilah pada jalan yang tidak meliuk lentok. Bak kata lagi fatamorgana “pulanglah pada tuhan, cahaya kehidupan, syarat BAHAGIA di dunia, AKHIRAT kekal selamanya, PADA ALLAH”, jangan di acu senapang bacul, parang tumpul kerana jutaan rakyat sudah hilang kuasa pertimbangan.

Datuk Bery, malu saya membaca kenyataan seperti anak kecil tak pandai berhenti minum susu ibu seperti Datuk, http://www.malaysiakini.com/news/85612. Janganlah kasi malu dengan jawatan yang Datuk pegang, kalau dulu mamak cendol tu dah kasi tebal muka, kini jangan Datuk cuba ulangi.

Sekejap sahaja lagi, mimpi rakyat akan menjadi kenyataan dan malam malam hari para menteri akan menjadi igauan ngeri. Keyakinan yang kami ada lebih tinggi dari kejujuran yang kononnya kamu berikan. Tunggu bila Malaysia kuburkan BARISAN NASIONAL dan kuncu kuncu keji UMNOnya, PAKATAN akan bacakan talking buat kamu. Amin….

4 comments:

nadzri said...

Kenapa wujudkan blog baru? Apa sudah jadi pada blog lama? Apa mariniberbicara sudah bertukar menjadi mariniberpolitik?

Marini_Kamal said...

tidak....

mariniberbicara masih wujud dan masih dalam alam puitisnya...mariniberbicara tak mahu dicampur adukkan dengan kisah politik kotor dan dengan itu wujudnya marinidanpolitikus.

selamat melayari blog baru nini

sjankan said...

DSAI PM? Please forget It!

Clairre said...

huh? forget it? never!