12 September 2008

Dialog orang Ngantuk dan Menantu Perompak

Bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit apa yang ko merepek ni, cakap tak paham langsung? Ko ni masuk air ke masuk angin?

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Ko ni mengong ke bangang? Aku nak tidur pun tak boleh. Ko nak apa ni? Jadi nyamuk kat telinga aku? Dah dah, pergi dodoikan anak aku tu, jap gi mak mertua tiri ko nak dodoikan aku

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla!

Hoit! Tak paham cakap orang budak ni. Nak apa? Kalau aku tak cukup tidur malam ni, esok macam mana nak susun strategi makan semua duit orang kampung. Buat leceh la hang ni Khir.

Daddy Dari, esok kawan Khir nak discuss pasal beli tanah kat Kampung Ulu Negeri Jahari tu. Tapi dia nak cagaran sikit la Daddy Dari.

Kau ni tak habis habis pasal projek, projek projek. Ok ok citer lagi...

Kita akan dapat lebih dari apa yang Uncle Det tu ada waktu dia jadi ketua kampung. Uissshhhhh Daddy Dari, macam ni kita tak payah fikir apa apa untuk keturunan kita selama errmmmmm (sambil mengira pakai jari kaki dan tangan dan juga jari Daddy Dari) adalah dalam 35 keturunan. Fuyoohhhhh kita kalahkan Orang kaya Ke 99 tau!!!!!

Ermmmm zzzzzzzzzzzzzz

Daddy Dari ni dengarlah. Jangan buat buat ngantuk. Ni ada dokumen ni nak tunjuk. Ermmmmmm sain teruslah Daddy Dari, senang nak deal esok!

Ermmmmmmmm kui kui kui (batuk kering), ok lah. Kalau selagi aku tak sain kang, selagi tu ko meroyan kat sini, membebel sampai 5 pagi. Esok aku yang tersengguk sengguk dalam sidang rakyat. Ko takpelah, boleh makan pil kuat tenaga batin. Aku ni kalau makan nanti gatal gatal kulit. Lepas tu asyik nak terkencing dalam seluar je.

Daddy Dari ni memang bapa mertua yang terbaik dalam dunia ni lah. Nasib saya tak kawin dengan anak kawan Daddy Dari tu, kalau tak mesti hidup saya terus dirundung malang.

Hahahahahahahahahahaa >> ketawa si Dari
Hahahahahahahahahahah >> berdekah dekah di sambut si Khir

Maka ketawa besarlah kedua beranak tu menceritakan tentang kampungnya yang bakal dimiliki selama 35 keturunan. Maka makin berkepak kepaklah sayap mereka sedang orang kampung mati kelaparan. Maka makin teranglah dunia mereka sedang dunia orang lain kacau bilau. Maka itulah cerita dinihari seorang menantu dengan bapa mertuanya yang sering tidur dalam sidang rakyat, pesta dan keramaian serta perasmian kampung!

Apa nak jadi daaaaaaa.....

6 comments:

LeeSlimShady said...

Pak mentua dia kaki tidur.....

menantuk lak suke menyalak.....

Heemmm......macam tu la resminya

Anonymous said...

salam
Adik.. kakak sering membaca blog adik ini. ternyata semangat juang adik ini dalam berpolitik ini bagai lilin membakar diri. kakak mungkin tidak hebat berbicara seperti adik dan teman2. kakak juga hanyalah sekadar pemerhati yang mahu menjejajaki setiap inci perjujangan tidak kira adik dan teman2 mahupun yg tersedia ada.

kakak amat berbangga kerana adik tidak pernah gentar untuk terus berlawan tapi dik... perjuangan yang telus bukanlah perjuangan yang memcehakan bangsa melayu.

sayang sekali dik... kakak jadi malu apabila orang melayu seagama kakak ini bertelagah di pentas politik yg umum sedia maklum.

kakak jadi malu kerana wujudnya puak2 begini..

dik..
kakak cintakan malaysia ini kerana melayu menjadi pengasasnya. kakak cintakan tanah air ini kerana demokrasinya tetapi sekarang apa sudah jadi?

sedikit demi sedikit orang melayu kita jadi 'alat' untuk bangsa asing menjajah tanah melayu kita dik. 'gabungan sementara' kakak gelarkan untuk bangsa cina dan india bagi merampas semua hak kita dik.

ini negara kita dik. jangan sampai kita dijajah sekali lagi dek ketamakan kita.

kakak bukan bersikap perkauman, tetapi kakak sedih dengan apa yg berlaku sekarang. kita orang melayu membuka pekung orang melayu, memalukan orang melayu. untuk apa itu semua dik?

kakak bukan pejuang, kakak bukan antipoltik.

kakak ini hanya orang biasa yg tak tahu apa2 apa. tapi, bila perkara begini berlaku, kakak rasa ramai orang seperti kakak ingin bersuara.

sudah pasti tanya mereka; apa sudah jadi? kenapa jadi macam ni? perang politik apakah ini? melayu dengan melayu bergaduh sesama sendiri, cina dan india tepuk tangan sambil menari...

?

Marini_Kamal said...

salam buat kakak...

terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan sedikit komentar di ruang maya adik.

semangat dan kecintaan akak juga sangat digeruni adik.

Masalahnya di sini kak, adik bukan nak membakar diri sendiri hanya untuk melihat bangsa terjajah. Adik bukan mejulang peperangan semata mata untuk melihat melayu terkubur. Lazimnya, sebagai insan yang dilahirkan berbangsa Melayu, semangat cintakan Agama dan Bangsa tidak pernah pudar dan oleh kerana itu adik tidak SANGGUP MELIHAT ANAK BANGSA TERJAJAH MINDANYA.

Adik semakin malu melihat pergolakkan dan kerakusan orang atasan yang boleh membunuh anak cucu adik di hari depan.

Akak panjangkan lagi minda dan bukakan dada untuk menerima ruang bicara perjuangan. Kita tidak mahu bermandi darah apatah lagi dgn bangsa sendiri. Tapi sedarkah akak, bangsa kita sendiri sedang menjerut leher kita bukan bangsa lain. BANGSA KITA SENDIRI MEROGOL DAN MERAMPAS SEGALA HAK MILIK ANAK BANGSANYA BUKAN BANGSA LAIN.

Adakah mahu terus diam jika ada ANAK MELAYU BERJIWA PENGKHIANAT DAN PEROMPAK? Di situlah datangnya semangat adik yang tidak berjuang untuk keseronokkan semata.

Renungkan lagi setiap bicaramu kak..

Laxmana said...

Salam...

Lu kreatif la sis... Congrats2!

Buat anon yg membahasakan dirinya sbg 'kakak'... :
saya taknak ulas pjg2, kang marah plak marini ni kang, heheh! nah, terimalah beberapa untaian kata untuk renungan...

"jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan..."

"di atas gunung ada awan, di atas awan ada langit, di atas langit ada langit lg..."

LeeSlimShady said...

Kakak...

terima kasih kerana memberikan komentar yang ikhlas tentang tuan punya blog cik marini..

kakak...

Saya tahu kakak kecewa dengan sesetengah bangsa saya yang berkelakuan sama seperti orang melayu yang duduk sama taraf dengannya....

Tapi cik marini menempatkan dirinya sebaris dengan srikandi - srikandi negara yang telah terkorban seperti Teratai,tun Fatimah,shamsiah fakeh dan ramai lagi yang telah bangkit seperti cik marini menentang ketidakadilan dan menegakkan kebenaran......
pegorbanan ikhlasnya hanya di nilai oleh Allah S.W.T .........

kak..
kami tak pernah betepuk tangan kalau ada perpecahan bahkan kami akan cuba nak menyatukannya semula
kerana kami pun mengucap 2 kalimah syahadah seperti orang melayu.

kak kami bukan bansa asing...tapi ketahuilah lah kak kini kami di diskriminasi oleh sesetengah orang melayu yang kini mula sombong....
bukan saya nak naik kan sentimen perkauman...

tapi kak....

Imbau lah kira - kira 120 tahun lalu ketika bangsa kami sampai ke tanah melayu dari Guang Zhou....
ramai di antara kami adalah beragama islam....tapi kami tak sekadar menjadi orang mendatang..
walaupu moyang kami sekadar bekerja sebagai pekerja lombong...
tapi mereka juga bergabung tenaga dengan pejuang - pejuang hebat seberti dato,maharaja lela,tok sagor,tok gajah,haji abdul rahman limbong,mat kilau dan ramai lagi...

kak...
nenek moyang kami sanggup menjadi agen perisik orang - orang melayu ketika itu demi membebaskan tanah melayu dari cengkaman british...
tak kurang pula di antara mereka yang terkorban bukan kerana mahu kan hak dibumi melayu ini kak tapi semata - mata menegakkan syariat perjuangan Fi Sabilillah.........
seperti yang di syariatkan oleh Nabi Muhammad Rasullulah S.A.W
Generasi demi generasi maka jepun pun datang menjarah....
datuk kami sekali lagi bergandingan dengan orang melayu di dalam hutan...kami tegar menentang jepun biar pun datuk tahu tanah melayu dah jatuh ke tangan jepun.....jangan terkejut kak...tanah melayu jatuh ke tangan jepun pun atas pembelotan orang - orang melayu sendiri.....tapi datuk tetap tegar kerana kami pun berpijak diatas kata perpatah "dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung" Tanah besar China bukan lagi tanah air kami...kami sekarang disini

kak....
Dalam perjalanan perjuangan membebaskan Tanah melayu begitu ramai datuk nenek kami yang terkorban.Kami menetang apa saja yang cuba menentang ayat - ayat allah.....hinggalah sampai tiba masa menurunkan bendera Unian jack di padang kelab selangor....

Kak....
Kini kami kesal,kami digelar pendatang,sedang begitu jauh perjalanan membebaskan tanah air tercinta ini begitu sekali gelaran yang di lemparkan pada kami.....
dan yang paling kami kesalkan sekali adalah.....apabila diketengahkan...maksud Melayu-Islam..

jadi siapakah kami ini??kami pun mengucap 2 kalimah syahadah...
kami pun berjuang untuk bebaskan negara ini dan angkat kedaulatan bangsa dan raja melayu.....
mengapa ini yang kami terima???..
mentang - mentang kami tak sedarah dengan melayu tapi Nabi melarang untuk menyakiti kami dan mereka yang bukan melayu.....

jangan lah kakak terpengaruh dengan kata - kata nista dari bangsa kakak yang hanya mementingkan perutnya sendiri dan telah membelakangkan agama...kerana dengan cara itu kakak telah meletakkan diri kakak dalam kebinasaan.....

ingat lah kak
kita hidup di dunia tak lama....entah esok..lusa kita akan di jemput pulang...semoga dipadang mahsyar nanti kita akan di adili...dengan keADILan yang sebenar......

Wasalam.....

Takbir...Allah hu akbar.

Laxmana said...

Salam...

Lame tak hapdet cik Marini? Bz nak sambut raye ke...?

;)