06 September 2008

~~Debat bersama Papa yang penuh semangat UMNO nya~~

Aku bicara tegang bersama papa yang sibuk menggerakkan semangat perjuangan orang Melayu malah UMNO yang masih lagi relevan padanya. Sukar untuk mengubah persepsi kekentalan dan semangat perjuangan kemerdekaan 1957 dalam darah dan nadinya.

Apa derhakakah aku mengusung perjuangan baru untuk menyedapkan rasa beda hatinya yang masih mahu segala susah payah kemerdekaan 51 tahun yang lalu terus menjadi api semarak meniup nadi nadi anak bangsanya?

Isu siapa perintah negara tidak menjadi begitu serius buat aku dan papa. Selama ini, aku terus dengan perjuangan yang aku pilih, kerna bagiku era alaf 2000 ini tidak lagi relevan sepertimana yang pernah dilalui keperitan melepaskan takuk pemerintahan British di Tanah Melayu. Aku sedar, jika aku sudah wujud pastinya semangat ini kental menyokong UMNO kerna paksinya hanya mahu membebaskan Melayu dan tanah ini dari cengkaman orang asing.

Papa turut bersetuju dengan perjuanganku, malah aku tidak sekali kali perlekehkan alasan papa tidak mahu keluar dari kemelut UMNO jahanam. Tapi bicara kami menemui ketegangan apabila aku dengan dangkalnya mengasak papa dengan persoalan "mengapa harus takut dengan bangsa lain". Ini bukan satu dogengan bilang papa, bukan juga isu siapa takut dan siapa berani. Ia lebih kepada menjadikan tanah Melayu ini benar benar milik orang Melayu.

Aku mula tidak bersetuju isu ini menjadi topik perbualan sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa. Papa tegas menyuruhku menyelidiki setiap bait bicaraku, usah tergadai dek kerana kekentalan lantang bicara tidak berasas yang aku lemparkan pada pendapatnya.

"Dont forget to look the dark side of politics. We are not afraid of them, but we must protect Tanah Melayu for our generation", lantang papa bicara.

"Why people are so afraid and felt threatened with other races? This is Malaysia, which belong to other races too.", aku bertanya penuh buntu.

"Dear daughter (dengan nada sedikit lantang), before Merdeka we never ask them to leave this country, we even treated them equally tho they were 'pendatang'. During Merdeka, kita dah highlight pada mereka bahawa jangan ganggu hak orang Melayu coz this is our land. Kita bagi kerakyatan pada mereka, apa lagi mereka mahukan. Takkan sekarang ni kita nak angkat depa jadi pemimpin pula?", papa berhujah.

"Now, memang isu bangsa bukan jadi isunya, tapi jaga jaga. Jangan pula kita bersekongkol sampai lupa tanah ini tanah kita. Mereka mahu sikit demi sikit hak kita dihapuskan. Mengapa isu 121 menjadi hangat lewat waktu ini? Mereka ambil kesempatan di kala kita kesempitan dek pemimpin Melayu yang bangang tak reti bahasa (ditujukan buat PM kesayangan rakyat Malaysia > Pak LAH dan kuncu kuncunya)", lagi ditujahnya minda aku.

"Papa, minda kita belum merdeka. Yang merdeka hanya Tanah Melayu ini sahaja. Can't we put our hand together with them? Berat sama dipikul ringan sama dijinjing?. I don't see what you mean by the other dark side of politics", aku mula tone down.

"Listen here my daughter, kenal dulu jatidiri kita dan jangan cepat melatah dengan segala support yang depa dok bagi kat kita. Ni nak tanya sikit, esok kalau PR dok jadi kerajaan, sapa agaknya ANWAR tu nak ambik jadi TPM lantas menjadi PM selepas dia turun takhta?", tergantung persoalan itu minta aku menjawab.

"Ermmmm ramai lagi candidates yang kita boleh asuh pa.....Well, Husam ada, Azmin ada, eeerrmmmmm sapa sapa pun ok tinggal lagi kena well trained la", aku mula kelu nak bidas.

"Ha......do you think DAP will say OK when Husam becoming the next PM? or do you think that Azmin is there right candidates untuk diasuh? Don't you see what happened in Penang?", papa bertanya.

"Penang ok je", aku mula jawab ringkas

"Apa janji PR pada bangsa lain? Apa mahu ke Malaysia ni diperintah oleh Cina atau India? Bebaskah kita dari tampuk pemerintahan bangsa asing?", sindir papa.

"I wouldnt mind as long as kita bebas korupsi and Malaysia will be better than what I've seen now", aku bidas.

"Please study lagi what does it means by MERDEKA or FREEDOM, then kita debat lagi!. Yang pasti, generasi depan yakni anak bangsa kita takkan lah nak diperintah oleh Cina kot? Merdeka kot mana yang kita pakai ni? Sudahlah minda tak bebas lagi, now TANAH MELAYU nak di perintah oleh bangsa lain pula. This is not racist statement tapi kita sebagai orang Melayu kena pertahankan TANAH kita. Faham?", papa sindir.

Aku hanya diam tak nak kata apa apa. Well, its true juga apa yang papa kata. Semangat Melayunya bukan untuk menjadikan bangsa lain itu sebagai perempat. Tapi kita kena pastikan tanah ini milik Orang Melayu dan kita jaga sama hak bangsa lain.


13 comments:

Anonymous said...

I SUPPORT YOUR DADDY STATEMENT..

MASA SEKARANG SEMEMANGNYA
PR NAMPAK LEBIH DIPERLUKAN
UTK MEMBETULKAN KORUPSI
SERTA MEMBAIKPULIHKAN
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA...

TAPI JIKA HAK KEISTIMEWAAN
MELAYU KITA JGN DIKETEPIKAN..
KEMANA AGAKNYA KITA NANTI EK...

SKANG NI ORG INDONESIA...
ORG BANGLA...ORG INDIA...
RAMAI YG BARU DTG KE MALAYSIA
MENCARI SUMBER PENDAPATAN...

SEHINGGA RAMAI YG SUDAH MENETAP
DI MALAYSIA SBG TANAH TUMPAH
MEREKA SDR...

SEDAR TAK KITA...INI ADALAH
SEJARAH BERULANG KETIKA ZAMAN
SEBELUM KEMERDEKAAN DULU...?

JIKA ORG BANGLA..INDIA..
PAKISTAN..INDON...YG BEKERJA
DINEGARA KITA SKANG PUN MENDPT
KEWARGANEGARAAN SPT SEBELUM MERDEKA...

WAJARKAH KITA BG SEMUA HASIL
BUMI NEGARA KITA NI SAMA KPD MEREKA2 YG BARU SHJ MENJADI RAKYAT MALAYSIA INI...?

-CHECKMATE

Anonymous said...

Orang tua itu ada benarnya. Jangan sampai Melayu merempat kat tanah sendiri akibat salah percaturan dan bacaan politik hari ini. Sudah-sudahnya yg di kejar tak dapat yg di kendong keciciran.

Anonymous said...

Nini pasti kalah punya.... tahu dah,

tapi aku setuju satu benda ngan dady ko, pasai siapa penganti DSAI lepas dia bersara, bagi aku lain bangsa semua ada hak, utk menjadi pemimpin atau apa sahaja, kerana mereka sudah menjadi truly malaysian, mcm kita yang belum tentu moyang kita dahulu pribumi di Malaysia.

Aku selalu terfikir siapa penganti DSAI, ingat melayu bukan satu bangsa yang kuat, kalau PM nanti bangsa lain bermakna kita akan terkubur selamanya, biarlah TPM kepada DSAI, bangsa melayu tetapi jgn cari melayu yang lemah macam Pak Lah, kejam mcm Tun Mahathir...

Walaupun kita dalam keluarga, berlainan idealogi politik, kita berhak berdebat tetapi jangan debat itu menjadi punca kita derhaka ataupun kerengagan dalam hubungan keluarga.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

angah said...

salam nini..

fuhh..debat anak muda dengan papa..terlebih kata nak tersinggung pula hati org tua.. alhamdulillah keluarga aku walaupun dulu umno skrang semua dah berhijrah...

tapi kata2 papa nini tue betul gak. siapa penganti DSAI selepas dia bersara? memang kita boleh trend Husam , azmin dan yg muda aku lihat seperti nik azmi, yusmadi juga berkebolehan.. cuma perlu di latih lagi..

Tapi adakah Dap menerima? itu persoalannya.. bagi aku PRU yg akan datang ramai PAS dan melayu PKR menang..benda nie tak menjadi isulagi.. Kita boleh beranggapan yg DAP hanya mengantikan MCA dan Gerakan didalam BN..so tak aada isu lagi yg DAP yg nak memerintah jika mereka hanya dapat kurang kerusi daripada PAS dan PKR...tak ada isulagi lah DAP nak memerintah..

dan aku menyokong PR kerana ideologi perjuangan DSAI dan janji2 DSAI .. antara janji2 DSAI artikel perlembagaan 153 tidak akan disentuh...

Ez the Conspirator said...

just cakap ni je kat your daddy:-

Allah s.w.t menciptakan manusia ni dalam rupa pelbagai kaum kerana mahu kita semua saling belajar mempelajari antara satu sama lain.Cut chinese hand and they bleed red,we bleed red too.

Kenapa la you Malays tak pernah fikir yang kita ni semua speisis homo-sapiens?Anak Adam?

Kenapa nak ada Melayu,Cina India?

They use Malay supremacy rights because to protect their power.Simple.Bukan dorang protect dan ambil kisah pun about hak Melayu.Tanah rizab Melayu berekar2 terjual.Do they care?None.

We have the same problem,different political view between daughter and father.Well,biasa la tu.usually anak muda prefer Manchester United,yg tua prefer Liverpool,right?

Truckster said...

heh...sudah terang lagi bersuluh di dalam perlembagaan menyebut bangsa lain selain melayu islam tidak akan diangkat menjadik PM....

contoh skang boleh dilihat ketika kemelut perlantikan MB di Perak? bagaimana wakil PAS yg hanya mempunyai kemenangan minoriti di dlm PR Perak boleh diangkat menjadik MB? ini semua hasil dari perlembagaan yg tidak dapat ditentang oleh sesiapa pon....

Malaysia would never ever be like Singapore

Cob Nobbler said...

alamak nini..nak support daddy nini pun x,nak sokong nini pun tak.

pasal ye la,bak kata pinky ezreen,kita ni semua speisis homo-sapiens,kenapa la nak berbeza2..

tapi kalau nak support nini pulak,timbul satu persoalan,kalau PM bukan melayu,yang x islam,boleh ke keislaman kat malaysia ni terjaga?

sedangkan pemimpin yg islam pun islamnya dah ke laut..

lagipun,discuss2 time bulan puasa pasal politik pulak..sememangnya bulan puasa tu,time berbuka tu la nak merapatkan silaturahim..time tu pulak nak ada debat perdana..hmm..

anyway good discussion.harap2 good relationship la antara daughter and father.

Marini Kamal said...

sahabat2...

ya ada benarnya kata orang tuaku itu, tapi bila kita renung dengan pemikiran hari ini...mungkin ada perkara yang kita harus timbang tarakan balik.

mari kita diskusi lagi topik ini ;)

shasha said...

banyak2 posting marini..this is the best entry yg makcu pernah baca..hi! ingat makcu lagi tak?..anyway, betul juga apa papa cakap tu..so..tu la..nak lwn org tua lebih2 sgt pun..depa lagi dulu makan garam dari kita kan..dan hujah mereka berfakta..bukan setakat tin kosong..apa2 pun..kita perlu lebih aware..jgn keluar mulut buaya..masuk mulut naga..nak bebas dari PM yg bahlul..ter masuk lam sangkar berduri..anwar and PR is relevant..but next to come..itu yg kita takutkan..kita tak tau kalau anwar mampu memerintah..how long will it last pula kan..

anyway, salam dari makcu sekeluarga di Norway..:)

see ya someday..

Anonymous said...

Hi Marini, I find your discussion with your dad interesting. I too have similar conversations with my father.

I just want to comment on one thing your dad has said and I know it is a reflection of the opinions of many Malays. "Dear daughter (dengan nada sedikit lantang), before Merdeka we never ask them to leave this country, we even treated them equally tho they were 'pendatang'. During Merdeka, kita dah highlight pada mereka bahawa jangan ganggu hak orang Melayu coz this is our land. Kita bagi kerakyatan pada mereka, apa lagi mereka mahukan. Takkan sekarang ni kita nak angkat depa jadi pemimpin pula?"

Nak storytelling a little bit...

I apologise in advance if anything I say offends.OK, for me, as a Malaysian who is Chinese, I really find this a sad reflection of our Malaysian political consciousness and the rejection of our common basic humanities of wanting to belong,wanting a say in our common destiny.

My datuk was born in Kedah in 1916.Father dia born in 1880s in Kedah/Patani border. Trader family. My grandfather was 41 in 1957. My granny (his wife)was born near Gurun Kedah in 1920 and they married in 1941.Kalau dihalau in 1957, nak suruh family I balik mana?

My granny's side, her dad was dikerah kerja, shanghai-ed (that's where we get the word from) straight from Amoy in the 1890s as a young boy. So basically he was a slave to British mining companies for no pay until he escaped. To ask him or the family he subsequently had, to leave Tanah Melayu in 1957 I think would be a bit like asking the Blacks after the Civil War in America in 1860s to balik Ghana, Nigeria, Congo,...etc if he hadnt been killed by Japanese soldiers who wanted to make free with his daughters.

So how?Currently, how many can you say balik China/India to? And of course the hypocrisy that another pendatang like Khir Toyo enjoys more privileges than my family. Anyway all this dwelling on race or tracing our histories is kinda meaningless. What does it really matter now 50 years down the road, we are all Malaysians and to be questioned on our citizenship is so insulting. of course its all being blown up for political advantage by vested interests.

Sorry i dont have glooger or goggle account.

Rui

BesaqKichik said...

Ehmmmm...
Debat yang menarik...

Bagi Aku..

"Aku tak kisah..
Melayu...
Cina...
India...
Yang memerintah Negara Malaysia ini...
Janji warganegara dan beragama Islam...
Juga mempunyai kredebiliti dalam pemerintahan...
Tidak menganggap dirinya Perdana Menteri walaupun dirinya adalah Pemimpin...
Sentiasa menganggap dirinya sama seperti manusia yang lain..

Anonymous said...

aku ok jek..bukan pe hidup nii bukan lama pun..takde mende yg kekal..!! yg penting seorang pemimpin tu takde ler perangai mcm BN punya hantu.. kalo dikalangan org cina ade yg mampu meningkatkan lagi nama malaysia dari segi ekonomi, teknologi dan punya pemikiran bijak & terbaik dari yg terbaik..why not brO..untuk kebaikan !!!

pernah terfikir gak laa indonesia berapa kerat sangat ler bangsa cina & dll kat situ..tapi prinsip satu bangsa = bangsa indonesia nampak berjaya menghidupkan suasana harmoni yg sesgt molek..!! sape pernah tinggal di situ tahu laa..memang sempoi..!!

dan sebabkan ade block antara kaum ini juga yg menyebabkan kita gagal bersekonkong, berkonsi maklumat, teknologi, ideologi..kepakaran antara kaum x2 yg lain..kemunduran sesangat jelas terutama dikalangan orang MELAYU..susah beb..!! contoh dok sebuk sekat bangsa lain masuk UITM..tapi tak terfikir ke kat benak kepala para pemimpin dikalangan yg bangsa lain itu ade banyak benda yg org melayu takde..terpinggir lagi tertinggal..!! ITU SEBABNYA KUALITI PELAJAR MELAYU JAUH KETINGGALAN DENGAN BANGSA CINA.. DAN JIKA MEREKA DIBERI PELUANG DUDUK SEBUMBUNG DENGAN KAUM YG LAIN..TERLALU BANYAK KEBAIKANNYA DARI KEBURUKAN..BERKONGSI PENDAPAT..BINA & TINGKAT TEKNOLOGI BERSAMA X2.. INI SEMUA UNTUK MALAYSIA GAK !!

Memey Anuar said...

Hi nini. baru jumpa blog ni.
Kalau sebut psl perkauman, mmg xkan habis.

Sebenarnya xkisah sesiapa yg memerintah cuma perlu pastikan Melayu dan Islam. Tentang practice keislaman tu, not for us to decide.

Walau malaysia rakyat berbilang kaum, Malaysia tanah Melayu. Hak keistimewaan org melayu perlu sentiasa jadi agenda utama walau siapa pun yg memerintah.

Pemimpin bukan melayu dah angkat sumpah sblom jadi pemimpin, tp bila masuk kepimpinan Malaysia, mula ungkit psl kesamarataan hak rakyat. Bukan melayu je mudah lupa, semua pon sama :)

Asalkan Melayu mengetuai tampuk kepimpinan kerajaan, I think boleh diterima pakai lg.

Kite doakan yang terbaik untuk Malaysia, tanah melayu :)