11 September 2008

~~Melayu Tak Akan Mati Di Tanah Melayu~~

Dari posting yang lalu, ternyata ramai yang mempunyai pandangan berbeda beda mengenai isu perkauman di Malaysia. Jujurnya, kita dapat lihat bahawa di Malaysia lebih tegang isu perkauman berbanding dari negara luar. I've been studied in UK for several years but couldn't find racist issued made by the government neither people. Bukan nak buat perbandingan ke apa, tapi rasa malu juga sebab orang Melayu sendiri mengajar kita membanding bandingkan kaum itu dan ini.

Lepas sekor, sekor pemimpin kita putarkan isu kaum. Baik yang Melayu totok, atau yang Melayunya campuran. Siapa ajar kita jadi racist ni? Adakah mak ayah kita yang dok jolok isu kaum dan bangkitkan semangat Melayu dengan cara yang songsang? Pasti tidak kan? Apa guru kita di sekolah ajar kita jadi insan yang tak bertamadun dan memperkecil kecilkan kaum lain? Juga tidak kan? Maka siapa lagi yang harus dipersalahkan?

Dangkal kalau menunding jari sepenuhnya kepada tentera Barisan Nasional aka UMNO tentang isu ini, jahil juga bila menyerbu tanpa usul periksa, tapi renung dan lihat kembali siapa yang sibuk mengankgat dan menjulang keris yang kononnya simbol orang Melayu pantang di cabar? Kepala bersongkok, pinggang berlilit sampin, tangan menjulang keris namun hati kontang dengan pendekatan semangat Melayu.

Jenguk jiran sebelah rumah, ada yang berbangsa Cina, ada yang berbangsa India dan sebagainya, apakah kita harus merasa sangsi dengan kehadiran mereka? Terfikirkah minda cetek kita tentang keupayaan mereka untuk membungkuskan kita?Lecehlah kalau itu yang kita fikirkan walhal, bila ada apa apa perayaan pastinya kita menjadi sangat harmoni dengan menerapkan isu menziarahi sesama insan. Bukankah budaya sopan dan beradat ini seharusnya terus dibendung dan di semai?

Hak orang Melayu tak akan tergugat jika orang Melayu tahu apa itu semangat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat jika kerajaan dan barisan pimpinannya utuh mengangkat martabat Melayu. Hak orang Melayu tak akan tergugat dengan memberikan makan dan pakai pada bangsa lain malah hak orang Melayu tak akan langsung tergugat jika bangsa lain itu dijadikan seperti saudara sendiri.

Kita ini takut pada bayang bayang hitam yang dilakar oleh mereka yang tak bertanggungjawab sahaja. Kita yang belum merdeka minda ini akan terus kolot disemai api marak pemimpin kerajaan yang bebal. Walau apapun, Malaysia past i terus menjadi Negara Islam dan tidak ada dolak dalihnya untuk mengangkat orang Melayu sebagai pemimpin kerajaan Malaysia. Pada saya, usah takut dengan bayang bayang sendiri. Hentikan termakan setiap gula gula getah yang disuap oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional ini.

Melayu tetap akan kekal menjadi Melayu di tanah Melayu dan ia pasti tidak luntur dengan semangat kemelayuaan yang ada dalam diri! Bak kata Pak Anwar, "anak Cina ke, anak India ke, anak Melayu ke, semua anak anak kita". Maka untuk apa kita terus mencari perbalahan jika pembentukkan itu tidak pesong?

2 comments:

Anonymous said...

Kita sememangnya diajar untuk menjadi racis sejak kecil lagi, secara kita sedar ataupun tidak, yang pasti kita tidaklah semesra mana pun walaupun kita telah hidup bersama berpuluh tahun. Pemerintah sekarang masih mengamalkan perpecahan kaum. Hak orang melayu sememangnya tidak akan digugat oleh bangsa lain tetapi ingat sekarang orang melayu sendiri akan hancurkan hak orang melayu dengan tangan mereka sendiri. percayalah ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

ENGLAND COMPARE WITH MALAYSIA..

YOU R RIGHT...NO RACIST ISSUE MADE BY THE GOVERMENT...

BUT IF WE STUDY DEEPLY HOW THEIR PLAY WHICH POLITIC MOSTLY INVOLVED
THE RELIGION ISSUE...NOT TOO CLEAR
BUT THIS IS REALITY...

BECAUSE WHY...?ENGLAND ALSO HAVE
THIER OWN KING SAME AS MALAYSIA...
AND WE CALL MONARCY GOVERMENT..

THEIR KING PLAY ROLL AS A GOOD MONITOR IN THEIR GOVERMENT....
SAME LIKE THAILAND...

-CHECKMATE