27 August 2008

||Pengawal Peribadi Kurang Ajar???? Aduhhh Gawat Ni||

Alamak, apa cerita ni kawan kawan? Siapa pula buat hal di kala kita tengah seronok dengar kemenangan. Aku tahu, memang penting nak jaga keselamatan MP Permatang Pauh tu, tapi jagalah tertib juga agar tidak menimbulkan banyak cerita yang tak enak. Bukankah kita ini berpegang pada prinsip 'bersopan santun'?

Ni, baca warkah di Malaysiakini cukup buatkan emosi aku mula terganggu juga. Benar ke? Siapa dia? Mengapa dia begitu?

Dulu....ala tak la dulu sangat, tapi dulu dulu jugalah, sewaktu Anak Ayam 'RAHIMI OSMAN' sibuk menjaga Ayahnda Anwar Ibrahim sepanjang kempen pilihanraya 12 yang lalu, aku memang tahu dia tu antara si bongkak yang tak bertempat. Apa yang hebat sangat aku pun tak tahu, tapi sejak dari situlah aku mula mual malah sejak itu jugalah dia seolah punya kuasa untuk bawa sesiapa sahaja membantunya tanpa usul periksa. Nah, kerana kedangkalan minda sentengnya, MUSANG BERBULU AYAM aka SAIFUL BUKHARI berjaya memboloskan diri menjadi antara orang yang mengipas punggong Ayahnda Anwar.

Apa pun, buat teman teman yang mengawal Ayahnda Anwar, janganlah begitu kasar melayani orang awam terutamanya Pihak Media. Aku masih tabik hormat pada salah sorang Pengawal Peribadi Ayahnda Anwar kerana dia memang cool sangat! Sepanjang mengenalinya, dia nampak tenang menguruskan hal ehwal Ayahnda Anwar. Sekarang ni, aku tertanya tanya, siapalah gerangan Pengawal Peribadi yang dimaksudkan itu ya???

p/s : Aku nampak Anak AYAM aka Rahimi Osman dalam Berita Harian. Tahniah kerana telah menebalkan muka anda. Bukan itukah yang anda mahukan??? Sama jelah dengan MUSANG awwwww....



1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya berlaku salah faham dalam isu pengawal Dato Seri Anwar kasar ni saudari...mungkin saudari merujuk kepada laporan wartawan yang mengatakan pengawal Dato Seri Anwar kasar kepada pihak media waktu dekat pengumuman kemenangan dekat Intitut Tunku Bainun tempoh hari..Sebenarnya pada waktu tu Dato Seri Anwar bukan saja dikawal oleh pengawalnya..tapi oleh polis UTK sebab tu la kasar sikit...nama pun polis UTK..pengawal Dato Seri Anwar 2,3 org ja time tu..yang keliling tu semua polis UTK,mereka ni ditugaskan untuk jaga keselamatan Dato Seri Anwar...tak percya tanya YB Zulklifi Nordin.Tapi biasala tersalah faham nak buat macam mana..
Anyway terima kasih juga la kerana pihak UTK sedia bagi kawalan keselamatan macam tu kat Dato Seri Anwar..mungkin depa pun dah dapat rasa Dato Seri Anwar nak jadi PM kut tak lama lagi...hehe