27 August 2008

~~Ustaz bakal menerima nasib sama ke??~~

Apakah mungkin nasib Ustaz Ramlang b. Porigi sama seperti Dr Osman yang berkhidmat di PUSRAWI lantas menghilang setelah mendedahkan kekejian politik Saiful.

Apakah mungkin rezeki Ustaz terjejas beberapa waktu ini jika dia juga bakal dibuang kerja? Ntah ntah ustaz dah kena ugut mungkin? Menarik balik setiap kenyataannya yang lantang sewaktu mendedahkan apa yang berlaku ketika di minta menjadi saksi pengakuan sumpah si Saiful.

Apakah mungkin Ustaz benar benar mahu membersihkan imejnya? Kasihan Ustaz Ramlang, menjadi mangsa keadaan dan kini terpaksa mengambil cuti dengan tak semena mena.

Apakah mungkin Ustaz akan diusung bersama sama Ayahnda untuk menjernihkan yang keruh, meredakan yang kusut?

Meh baca artikel dari Malaysiakini yang bertajuk 'Tindakan Disiplin : Imam Tidak Kempen Untuk Anwar"

Apa pun, Nini berikan penghormatan buat keberanian ustaz Ramlang. Semoga kebenaran itu bakal terlihat kelak. Semangat ustaz untuk membersihkan nama baik ustaz pastinya telah memberhentikan segala tohmahan buruk masyarakat sekeliling. Syabas Ustaz kerana tidak tunduk dengan manusia manusia keji seperti mereka.

p/s : Musang berkokok tak de siapa nak dengar ok!!!!!! Anyway, musang boleh berkokok ke??? Opppsss kalau namanya SAIFUL BUKHARI, jangan kata kokok.......menguek pun takde hal!

4 comments:

Laxmana said...

Salam marini...

Apepun...jom doa sesame mdh2an tiada lagi golongan agama yg terus-menerus dipergunakan oleh mereka yang suka mempergunakan...

p/s : suke bace tulisan marini... ;)

Anonymous said...

Sikap tulus amat perlu dalam sesuatu perkara, jujur dan amanah patut dipegang sepanjang dalam menjalani kehidupan kita. Kita adalah hamba di bumi ini, banyak tanggungjawab telah disandarkan kepada kita oleh Allah S.W.T. Ramlang Porigi adalah insan yang berani. Insan seperti kita tergolong dalam Pejuang Kebenaran.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

smallgiant said...

Selamat Berpuasa Nini....
semoga sihat dalam menjalani ibadat puasa.............

angah said...

selamat menyambut ramadhan almubarak...

ikhlas dari
angahsp.