28 December 2008

~~Sorry lama sangat menyepi~~

Hey lama tak post new story!

I was busy! Seriously, to the max. 24 hours seems not well enough for me to updating anything! Will be back soon. Very soon!!!

Banyak nak kongsi ni. Citer tentang messed up political news kat Malaysia ni! Rimas betul la.

Aku tak akan berhenti kejar Saiful walaupun ada sindiran sindiran sinis dari entah sape sape ntah. I dun give them a .....!!!

Nak cari bukti? Sabar la, sementara nak cari tu nak nasihat juga. Bukan fitnah, bukan mengata.

Senyap bukan bererti kelu lidah wei! Senyap bukan bererti kalah dok! Senyap menyusur menjalar seperti ular, tunggu ketika untuk membelit, mematuk dan menelan kalian yang masih buta mata hati.

Ehem ehem... I wont stop tho u send me to hell! I am who I am..

34 comments:

Reds said...

Membisunya Anwar Atas Kekejaman Israel & Amerika

Israel mengganas lagi. Beratus rakyat Palestin terbunuh dan banyak lagi cedera atas tindakan pengganas Israel. Syaitan Amerika seperti biasa akan membela "Tuan" mereka itu. Obama yg dikatakan membawa harapan baru itupun tidak akan dapat berbuat apa-apa yg bertentangan dengan kepentingan Israel, kerana Presiden Amerika bukanlah orang yg paling berkuasa dinegara tersebut, tetapi pemodal-pemodal Yahudi yang berada didalam Majlis Illuminati lah yg paling berkuasa.

Setelah 2 hari peristiwa berdarah itu, saya menunggu-nunggu juga akan kenyataan kutukan rasmi terhadap Israel & Amerika daripada saudara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Saya mecari-cari di dalam akhbar-akhbar utama, Harakahdaily, laman rasmi PKR, blog rasmi Anwar Ibrahim, laman Anwar Ibrahim Club, dan hasilnya, seperti jangkaan saya, TIADA ! Tepat sekali jangkaan saya, Anwar Ibrahim, sama sekali tidak akan mengeluarkan kenyataan atau membuat apa-apa tindakan untuk mengutuk Israel & Amerika Syarikat. Saya tidak pernah sama-sekali membaca kenyataan kutukan keras Anwar Ibrahim keatas puak-puak Isreal & Amerika ini. Tidak seperti kenyataan Tun Mahathir & Presiden PAS yang amat keras kenyataannya terhadap syaitan-syaitan itu.

Kenapa ini berlaku ? Kenapa Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan kutukan terhadap Israel & Amerika ? Tidakkah anda semua berfikir ? Jawapannya adalah kerana Anwar Ibrahim adalah ditaja oleh golongan ini, bersekongkol dgn golongan ini. Anwar Ibrahim sudah termasuk ke dalam perangkap Illuminati & Luciferian & tidak akan dapat keluar lagi. Antara pantang larang kumpulan ini adalah tidak boleh sama sekali mengeluarkan kenyataan terbuka mengutuk Israel, Amerika & geng-geng kumpulan mereka seperti IMF, Bank Dunia dan lain2 sekutu dan juga tidak boleh sama sekali membuat kenyataan terbuka menafikan penglibatan diri didalam kumpulan Illuminati dan Luciferian. Sebab itulah walaupun byk sekali tuduhan-tuduhan terhadap Anwar sbg talibarut yahudi & Illuminati, beliau sekalipun tidak pernah cuba untuk menafikannya secara terbuka !

Besok (Selasa 30 Disember 2008) di hadapan Kedutaan Amerika, Pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan mengutuk kekejaman Israel. Saya bukanlah ingin mempromosi perhimpunan Pemuda PAS itu, tetapi saya ingin mencabar saudara Anwar Ibrahim, sekiranya saudara ingin menafikan tuduhan saya di atas, maka saya cabar saudara supaya saudara mengetuai ahli-ahli PKR menyertai perhimpunan tersebut ! Saya cabar saudara Anwar ! Beranikah saudara ??? Jika tidak, maka benarlah segala tuduhan...

http://tuanbatu.blogspot.com

LeeSlimShady said...

Dah berapa kali Saudara Anwar Berulang - Alik ke White House...kalau dulu dengan Bush tapi kali ni Anwar cuba beri tekanan Pada Obama pula...

Hei kawan apa gunanya hubungan Rapat dengan Rumah putih kalau tak boleh memprotes secara diplomatik...

Demo dan Tunjuk perasaan hanya jalan terakhir sekiranya rumah putih tetap mengendahkan Suara Saudara Anwar yang punya Pengaruh Dalam Rakan - rakan Pentadbiran U.S

Ingat !
Saudara Anwar Pernah Menempelak Rakannya Iaitu Paul Wolfowitz dan Dick Cheney di White House dengan Berkata....

"You are My Friend,but if your soldier still in iraq,i always fell not happy with you,Fall Back all Your soldier from Iraq"

Reds said...

Saudara Lim,

Terima kasih kerana memberi komen. Betul benar apa yg saudara Lim nyatakan, sudah acap kali benar Saudara Anwar Berulang - Alik ke White House. Untuk member tekanan ? Alahai, jika benar apakah hasilnya ? Alahai saudara perlu mengkaji dgn lebih mendalam akan sikap & perangai syaitan2 itu. Syaitan2 itu, sama sekali tidak akan berbaik2 & memberi muka terhadap musuh2 mereka, terutamanya Pemimpin Islam. Meraka hanya akan berbaik2 dgn org2 yg dapa diperkudakan mereka sahaja. Apakah mereka akan memberi muka kpd org spt Yusof Al Qardhawi, ataupun Pemimpin2 Ikhwan ? Bahkan mereka2 itu mereka gelar sbg pengganas, jumud & fanatik ! Mereka sama sekali tdk akan memberi ruang kpd pemimpin yg benar2 memperjuangkan Islam. Meraka akan hanya berbaik2 dgn org yg dpt mereka perkudakan & telah terpengaruh dan bersedi utk memperjuangkan dasar2 liberalisasi mereka, diatas nama "Demokrasi", "Kebebasan" & "Hak Asasi" kononnya. Org2 ini akan diber tajaan, diberikan ruang didalam pertubuhan2 tajaan mereka spt Foundation For The Future, sebuah yayasan untuk menyebarluaskan propaganda mereka. Sedarlah, syaitan2 ini sama sekali tdk ada sifat jujur. Jika mereka menolongpun, ada kepentingannya. "Sesungguhnya kaum yahudi dan nasara sama sekali tdk akan reda dgn kamu, melainkan kamu mengikuti jejak langkah mereka" Tidakkah kita sedar ??

"You are My Friend,but if your soldier still in iraq,i always fell not happy with you,Fall Back all Your soldier from Iraq" - Anwar

Alahai, lunaknya kamu berbicara memberi nasihat kpd pembunuh2 rakyat Iraq, Afghanistan & Palestine duhai Anwar ! Betapa lunaknya ! & Apakah kamu masih sanggup bersahabat dgn syaitan2 pembunuh itu duhai Anwar ? masih sanggup kamu mengaku mereka sbg sahabat ? Alahai Anwar, tidakkah kamu lihat kemusnahan di Iraq ? Tdkkah kamu dgr tangisan di Afghanistan ? Alahai Anwar, mengapa tdk kamu keraskan suara kamu itu? Mengapa kamu begitu lunak, menahan suara mengkeji syaitan itu ? Mengapa kamu tdk boleh bersuara spt un Mahathir & T.G Hj Hadi ? Mengapa masih sanggup kamu memanggil syaitan itu sbg "my friend" ?? Alahai Anwar...

LeeSlimShady said...

Habis Tu takkan lah nak harap kan anwar sahaja yang begitu agresif memprotes tindakkan Israel tu....

Macam mana dengan Datuk Seri Abdullah yang menjadi Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam yang Mana DiRingkaskan Sebagai "Oh..I See??? Kaku dan Pegun tak tahu nak buat apa.....biarkan saja nyawa Rakyat Palestin di ragut oleh syaitan - syaitan durjana tu...

Alahai Pak Lah......nampaknya Terdiam Saja....

Apa kah kamu (tuan Batu) mahu Anwar Begerak secara Eksterm seperti menjalinkan semula dengan pejuang - pejuang islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Pemimpin mujahidin seperti Gulbuddin Hekmatyar.....

Atau secara Pshyco menggerakkan usaha memberi tekanan terhadap Israel melalui rakan - rakannya seperti Reccep Tayyip Erdogan,CAIR
dan Menggesa Jimmy Carter Agar mendesak U.S mengurangkan sokongan terhadap negara Yahudi itu.....

ini lebih penting dari kita "memekik tapi Kosong"

atau Kita "mendesak tapi dengan Hasilnya" itu lebih baik....

Anonymous said...

Tuan Batu is such an idiot. Obama is not yet a presiden, jadi bagaimana Tuan Batu boleh berharap yg Obama dengan mudahnya dapat menghentikan kejaman Israel?

Jika Tuan Batu membaca quote drpd blog Anwar yg akan saya 'pastekan' di sini, pasti Tuan Batu akan berasa malu dgn komennya sendiri dah berharap agar ia dapat dipadam. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan regim Israel ke atas Gaza, Palestin yang menyaksikan ratusan nyawa tidak berdosa terkorban.

Tindakan kejam dan tidak bertamadun tentera Israel cukup dikesali lebih-lebih lagi selepas sambutan hari Natal yang disambut dengan semangat harmoni di seluruh dunia, juga usai sambutan Tahun Baru Maal Hijrah yang diraikan oleh umat Islam kelmarin.

Kebiadaban regim Israel keterlaluan. Mereka melancarkan keganasan kerana yakin dengan dukungan Amerika khususnya pentadbiran Bush. Dunia seolah-olah kelu, pemerintah negara Arab kelihatan tidak bermaya. Rintihan rakyat Palestin menyusuk hingga ke kalbu!

Saya menggesa agar pihak berkuasa kedua-dua negara segera menghentikan perbalahan dan mencari jalan penyelesaian segera demi memastikan keamanan dicapai, juga bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban."

ANWAR IBRAHIM

"Suasana di Amman, Jordan muram bercampur berang. Saban hari rakyat Arab menyaksikan kebiadapan dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Presiden Bush, mengulangi kenyataan angkuh pimpinan regim Israel menuntut Hamas menghentikan serangan. Buat mereka nyawa, tanah dan harta rakyat di Ghazza tidak berharga lagi! Isu penjajahan, rampasan tanah, sekatan dan penindasan serta pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tidak dibicara.

Rakyat Arab berang dan tunjuk rasa, bukan sekadar membantah tindakan Israel, malah mengecam kelesuan pimpinan negara Arab. Dan dalam acara semalam manakala disentuh tindakan dunia Arab, seorang wakil menempelak lantang dihadapan saya- “mana ada dunia Arab!”

ANWAR IBRAHIM

LeeSlimShady said...

Tuan Batu hanya Pandai menyalahkan Anwar ,sedangkan dah beberapa kali di beritahu oleh saudara Anwar

"Jangan kita berdolak dalih, masalah umat Palestin berkisar isu penjajahan regim zionis Israel bersama kelesuan Arab. Pendirian saya tidak pernah rapuh walaupun saya meneruskan dialog dengan semua pihak. Ini berbeda dengan kepura-puraan pimpinan yang menolak hak Hamas, melantik penasihat Yahudi, membayar puluhan juta ringgit kepada pelobi Jack Abramoff atau berunding sulit dengan Donald Rumsfield!

Sedarlah suadara Anwar tak pernah berdia diri berhubung nasib dan penderitaan rakyat Palestin

LeeSlimShady said...

AMK yang di ketua oleh Shamsul iskandar md.Akin membuktiikan keADILan bersama anwar memprotes tindakan Zionis tu

Reds said...

kenapa nk persoalkan Pak Lah ? memang beliau tak boleh diharap! Saya hanya mahu sedarkan saudara Anwar, bahawa jika benar tindakannnya hanya satu usaha diplomatik utk berdiplomasi, bukannya berkawan rapat kerana sudah terperangkap, maka ingatlah, SIA-SIA sahaja berdiplomasi dgn syaitan2, US & Yahudi ! SIA-SIA! Mereka sama sekali tdk akan bertindak diluar kepentingan mereka, bahkan mereka akan mempergunakan kamu secara kamu tidak sedar ! Mereka hanya mempergunakan kamu wahai Anwar, utk cuba sedikit-demi sedikit men "liberal' kan pegangan ummat, memandang sistem demokrasi & liberal sebagai sistem unggul, & meninggalkan sistem Islam. Tidakkah kamu tahu duhai Anwar, rakan2 rapat kamu itu memang terkenal sbg pakar2 propaganda & orientalis utk menghancurkan Islam ? Bahkan sedikit demi sedikit, pegangan kamu terhadap Jihad, semakin mendekati fahaman mereka. Aku rindukan saat-saat kamu berhubungan rapat dgn pimpinan2 Ikhwan, Al Qardhawi, & lain2 gerakan Islam ! Aku rindukan saat-saat itu, kembalilah kpd perjuagan asal, duhai Anwar !

LeeSlimShady said...

Anwar tak pernah lupakan perjuangannya dalam membela rakan - rakan islam.....

Peluang diplomasi kini terbuka bagi anwar...Presiden Turki yang mendapat didikan dari Al- Ikhwan kini adalah teman rapatnya...yang sebagaimana yang kita tahu reccep tayyip Erdogan adalah pemimpin bagi salah sebuah negara yang memiliki kuasa besar iaitu Turki...

yang juga pemimpin bukan boneka kawalan barat seperti Mahmoud Abbas,Hosni mubarak,Raja abdullah(jordan)....

Jadi peluang ini yang harus di gunakan Anwar untuk menjadikan rakan - rakannya yang memegang kuasa besar dan yang berada dalam white house untuk melancarkan serangan Balas dalam mematikan setiap pengaruh - pengaruh Yahudi dalam kuasa besar seperti yang pernah dilakukan oleh mohd Hasan al-banna dan sayyid al-quttb

dan tugas pemimpin palestin yang lain pula ialah melancarkan serangan secara aggressif keatas kedudukan Zionis dalam keadaan Zionis lambat atau kurang mendapat sokongan dari barat seperti mana yang terjadi dalam Tragedi Yomm kippur

Ingat ! Anwar sedang menjalankan peranan nya dalam melemahkan pengaruh yahudi.......Dan kita berharap segala usaha Anwar akan dapat mengembalikan kejayaan islam dalam perang yomm kippur

Reds said...

mengikut Saudara Lee :
"dan yang berada dalam white house untuk melancarkan serangan Balas dalam mematikan setiap pengaruh - pengaruh Yahudi dalam kuasa besar seperti yang pernah dilakukan oleh mohd Hasan al-banna dan sayyid al-quttb"

Siapakah yg saudara maksudkan org yg berada dlm White House yg diharapkan utk mematikan pengaruh Yahudi ?? Obama ?? Ha Ha Ha...
Tahukah saudara, tiada siapa yg mampu menjadi Presiden US tanpa sokongan dari Illuminati/Yahudi ?? Mengertilah, Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel & Yahudi & keluar dari pengaruh Illuminati.

Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan. Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini. Jgn haraplah sesiapapun dari Amerika akan bertindak membelakangkan kepentingan Israel. Mimpi!!!

Apa yg mungkin Anwar boleh lakukan ketika ini bagi saya, oleh kerana pengaruhnya yg agak luas juga, apa kata Anwar mengetuai kempen memboikot barangan / produk Aerika secara besar-besaran ? Bukan sahaja berkempen di Malaysia, bahkan mungkin Anwar boleh berkempen serata dunia supaya mmboikot Amerika ! Beranikah Anwar ???

bumilangit said...

marini,

sepi lagi ke? kui kui kui

Marini Kamal said...

tuan batu hanya pandai bicara mungkin? atau sekadar menyedapkan hati yang terguris? sudah lah, bertegang urat menegakkan kamu itu benar dan siapapun salah bukanlah jalannya untuk kamu menjadi hero.

Saudara Anwar punya perjuangan yang tulus, jika itu yang saudara tuan batu kata pengkhianat maka kami hanya doakan agar gelap hati saudara tuan batu bakal jernih dengan doa doa tulus dari kami.

usahlah lampirkan minda kamu yang penuh pintar semata menzahirkan keegoaan kamu itu yang berkata, 'akulah yang nyatanya mengetahui'

bosan juga kami dengan perilaku insan jengkel minda seperti saudara.

apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke laman ini. Sungguh....benar aku menghargainya

Marini Kamal said...

bumilangit > tak sepi dah tapi kena menyepi sebab banyak tugas la bro.
bila la nak mula agenda ni?

Reds said...

Saudari Marini, terima kasih di atas teguran. Tdk terlintas mahu berbangga kononnya mengetahui semuanya. Bukanlah begitu, tetapi sekadar menyampaikan sedikit yg diketahui melalui pembacaan. Sikap Yahudi & Amerika bukanlah rahsia, renungilah sendiri angkara yg terjadi angkara mereka itu. Maka, apakah kita masih mahu berkawan & berbaik sangka dgn mereka?
Mungkin saudari Marini boleh mencari buku2 berkenaan Illuminati & hubungannya dgn kosnpirasi dunia & juga berkenaan hagemoni Amerika Syarikat (Yahudi) & bagaimana mereka mempergunakan tokoh2 dunia utk menyebarkan propaganda mereka di atas nama "Kebebasan" & "Demokrasi" kononnya.. selidikilah & kaji lah dgn lebih mendalam & menilainya. Ini bukalah cerita penglipur lara & picisan umpama cerita Mastika. Sungguh, penguasaan media syaitan laknat itu telah mengabui mata byk org dari melihat agnda busk mereka, sehingga ramailah yg terpedaya, hatta tokoh2 hebat sekalipun..

Saya amat meminati corak penulisan saudari, cukup berkualiti & tinggi nilai estetikanya. Sungguh indah lenggok bahasanya. Namun bila diketahui siapakah bapa saudari, maka tidak hairanlah, ke mana tdk tumpahnya kuah jika tdk ke nasi. Saya antara pengkagum perjuangan ayahanda saudari. Titipkan salam saya kpdnya..

LeeSlimShady said...

Tuan Batu lupa pada sejarah....

Memang Biden mengakui dia seorang CZARIST.....Tapi ingat ! Yahudi juga tak pernah bersatu...

Kerana Ada Sejarah Islaam pernah beritahu.....

Orang paling baik Jahat dalam Dunia adalah Yahudi,
Orang paling baik dalam dunia ni pun Yahudi,
Orang paling Pandai dalam Dunia nie pun Yahudi,

Iran.....
mempergunakan Yahudi untuk menyerang balas Zionis dari segi psikologi,ekonomi dan persenjataan.....

Hamas.....
Menggunakan Yahudi sebagai Sebagai perantara perisikan...

Hezbollah...
Menggunakan Yahudi untuk memecahkan maklumat ketenteraan pihak Zionis dan mencuri maklumat berkenaan SLA...

Syria....
Banyak kali mengupah Yahudi unuk menggagalkaan usaha Zionis di bukit Golan...

Jadi ada apa - apakah Maklumat Tuan Batu yang dapat memberitahu kami yang mana Biden ini Yahudi yang Pro -Zionis Atau Anti-Zionis.

Obama...
Sangat Daif kerana peruntukan perang yang akan disalurkan pada Israel dah banyak di habiskan "bush" Untuk projek 9/11 dan perang di Iraq dan Afghanistan

Dalam hal ini Anwar bijak mencari peluang terhidang bagaimana nak Menyerang balas Syaitan - Syaitan Zionis itu,

Ingatlah......

"Anwar diam - diam ubi"

LeeSlimShady said...

Beranikah Anwar?

Heh....sedangkan dipenjara selama Lima tahun dan di dera dengan kezaliman ala - Israel pun Anwar tak pernah gentar....

Inikan pulak nak menentang musuh - musuh Islam Anwar tak pernah Takut

LeeSlimShady said...

Ketika BN terkapai - kapai Anwar telah pun menemui pemimpin dunia.


Isu Gazza amat menyakitkan, malangnya isu ini lambat diselesaikan kerana kelemahan pemimpin dunia. Ramai yang hanya berani berkokok di dalam negara kerana takutkan 'penjaga' Regim Zionis iaitu Amerika Syarikat.

Ketika Umno masih sibuk mengumpul dua tiga kerat penyokong untuk berhimpun di Kedutaan Palastin di KL dan pada masa yang sama jaguh demo Umno Khairy Jamaluddin pula mencadangkan jangan dicukai bagi syarikat yang igin mengampu dengan menyalurkan 'derma' Palastin melalui Umno. Ketika yang sama tiba tiba penyokong Bn yang malas membaca hanya menyokong ikut sahaja terkeliru dengan pertengkaran mulut antara anak muda Palastin yang ikut berdemo dengan pihak kedutaan yang meminta mereka menurunkan gambar pemimpin Hamas.

Ketika pemimpin yang beragama Islam di Malaysia sibuk mengeluarkan kenyataan retorik (berkokok dalam reban sendiri ) yang seolah pro Islam Melayu untuk meraih undi di PRK K.Terengganu. Ketika yang sama juga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun bertemu pemimpin dunia untuk membincangkan masalah Palastin. Anwar yang sememangnya di segani di perbagai peringkat ialah antara insan yang mampu membuat dua kuasa (Islam dan Barat) duduk berbincang demi keamanan dan kebaikan sejagat.

---------------------------------

Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza.

Saya bertuah kerana dimaklum dan sempat berunding menyatakan sikap dan pendirian. Tambah menyayatkan manakala diperhati pembunuhan dan penyiksaan sebagai helah politik Israel menjelang pilihanraya; pukulan akhir Bush-Cheney sabelum meninggalkan kuasa. Malah lebih sengsara lagi manakala dibayangkan betapa lesu sebahagian negara Arab mengizinkan rakyat Palestin terlantar lantaran curiganya mereka terhadap pengaruh Hamas.

Saya dan Azizah melakukan sedayanya di sini dan kini dalam perjalanan pulang - fi amanilllah.

ANWAR IBRAHIM

Reds said...

Saudara Lee, saya sarankan saudara Lee membuat kajan lebih mendalam perihal yahudi spt gerakan zionis, illuminati, freemason, luciferians, protokol zionis & hubungannya dlm dlm mewujudkan huru hara didunia , dan kajilah apa itu sebenarnya New World Order? Obama atau siapapun memang terpaksa tunduk kpd Israel. Perhatikanlah, setiap calon Presiden, salah satu kempen wajib mereka, adalah membuat kunjungan ke Israel untuk meminta restu !

Reds said...

Cita-cita Israel Raya

Oleh Khairol Anuar Masuan

SELURUH dunia sekarang ini mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas Palestin. Kita berasa tersangat hairan mengapa keadaan ini berlaku, kerana seolah-olah kekejaman berkenaan seperti tiada kesudahannya.

Soalnya, mengapa mereka begitu beria-ia melakukan pencerobohan dan lebih menghairankan ia dilakukan dengan perancangan yang mendalam.

Atau persoalannya adakah mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar daripada apa yang kita sangkakan selama ini.

Pertama sekali mereka sedang menyusun strategi dan juga melaksanakan strategi tersebut untuk bertapak kukuh di tanah milik rakyat Palestin. Ia akan dijadikan pusat kegiatan rejim Zionis untuk melebarkan kewilayahannya sehingga ke Iran dan Iraq. Ia dikenali sebagai Israel Raya.

Oleh itu, segala apa yang berlaku sekarang adalah untuk mendapatkan seberapa besar wilayah yang mungkin untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

Cita-cita untuk mendapatkan Israel Raya rancak diperkatakan sejak tahun 1948 lagi, apabila pihak British dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan kelahiran negara baru yang dinamakan Israel (kita tidak mengiktiraf kewujudan Israel).

Lebih daripada itu perancangan tersebut telah dimulai lebih awal lagi; dan bermula dari saat itulah mereka melaksanakan perancangan yang dibuat.

Kekejaman

Untuk itu kita sebagai umat Islam, sementelahan melihat kekejaman Israel ini bermusim (khabarnya untuk dijadikan modal parti politik Israel) ia sebenarnya adalah sekelumit daripada wawasan dan gagasan yang sehebat Israel Raya. Tidak hairanlah jika akhbar perdana Israel, Haaretz telah menyatakan kaji selidik terbaru menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Israel merestui keganasan yang terbaru ini.

Seterusnya tidak hairanlah jika ada askar Yahudi yang sayu melihat perbuatannya ke atas anak-anak kecil Palestin (masih ada lagi sifat kemanusian?), tetapi cepat-cepat dia merasionalkannya dengan menghalalkannya untuk mencapai cita-cita Israel Raya.

Sementara kita risau akan hal-hal semasa ini, kita juga perlu melihat keganasan itu sebagai sulaman kecil untuk melengkapkan kain tekat Israel Raya. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka akan cuba memulakan apa yang dikatakan sebagai perang besar atau Armageddon.

Lihat juga istilah-istilah yang digunakan oleh sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat (AS), antaranya senjata pemusnah besar-besaran, order baru dunia, pusat pentadbiran dan sebagainya.

Mungkin elok juga mulai sekarang kita ubah pengistilahan kita sedikit. Jika dulu kita mengatakan bahawa Israel sekutu AS - sekarang AS adalah sekutu Israel.

Mungkin dengan cara ini kita akan lebih mudah faham dan akan terbongkarlah niat sebenar Zionis dengan gagasan Israel Raya. Sekiranya telah ada negeri maka mereka akan berkira-kira pula siapakah rajanya. Bukankah mereka sekarang sedang menunggu kedatangan raja mereka iaitu Al Masih Dajjal?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

LeeSlimShady said...

Kajian apa Tuan Batu....

Sedang kan kajian saudara adalah petikan dari Utusan Merapu.......


Heh.....bolehkah digunakan sebagai kajian

sedangkan saya menggunakkan rujukan tulisan Syeikh Ahmad Yassin Dan Dr.Abdel Aziz Ar-Rantisi......

Reds said...

Saudara Lee,
ngatlah pesanan Saidina Ali r.a,
"Jgn lihat siapa yg berkata, tapi lihatlah apa yg dikata".. Utusan tak mesti semuanya tipu, Suara Keadilan pula tak mesti semuanya "Adil"...

lagipun itu cuma petikan seorang penulis yg disiarkan dlm Utusan.. ada benarnya.. & saya bukanlah suruh merujuk kpd Utusan, tapi rujuklah byk buku2 yg ada dlm pasaran samaada ditulis oleh Ulama Islam & juga penulis2 barat yg tdk bersedia utk bersekongkol dgn Yahudi.. & juga di internet2...

Jgnlah terlampau taksub saudara Lee, sehingga menutup pintu hati kpd kebenaran...

LeeSlimShady said...

Ha...ha...ha.....

Cita - cita Israel Raya tetap mustahil akan tercapai selagi Syria dan Iran kekal jadi kuasa penentang Islam yang hebat.....

LeeSlimShady said...

tapi kajian saya yang paling asas
dalah melalui Al-Quran,hadith,sirah nabawiyah....dan sejarah keagungan empayar - empayar islam

Reds said...

PAS desak Malaysia usir Duta Amerika - Salam Brother Anwar, u ada brani ka support cadangan PAS ni ? Kalau brani sila buat sidang akhbar utk support desakan PAS..inilah peluang ada Anwar..cepat2...

PAS desak Malaysia usir Duta Amerika
-Harakahdaily
Mon | Jan 12, 09 | 11:44:01 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza. Iklan
Blocked Ad


Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Mahfuz tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalni pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor

Anonymous said...

Hai Si Tuan Batu ni masih belum mahu mengalah ke?


Dua minggu lepas, diserangnya Anwar habis-habisan kerana tidak memberikan kenyataan rasmi terhadap pendiriannya dalam serangan Israel di Gaza. Sedangkan pada masa itu, Anwar masih di di luar negara dan masih belum sempat bertemu dengan wartawan media tempatan.

Malunya Tuan Batu kerana bercakap melulu. Bila kenyataan Anwar sudah didengar, penulisan Anwar yg mengutuk serangan Israel juga telah dibaca, Tuan Batu mencari modal baru dengan mengatakan pendirian Anwar itu sungguh 'lunak'

Kini lebih banyak lagi kenyataan tegas Anwar yg mengutuk kekejian puak Zionis boleh dibaca di mana-mana. Rakaman perbahasan Anwar di parlimen juga boleh ditonton, beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar bersikap lebih tegas dalam membantah keganasan Israel. Tuan Batu sedar fitnahnya tewas lagi tapi dia terus menyerang.

Modal Tuan Batu yg terakhir datang bila dia melihat pimpinan PAS jauh lebih tegas dan berani daripada Anwar dengan mendesak agar Duta Amerika diusir. Lalu disanggahnya Anwar kerana tidak mengadakan sidang media untuk menyokong desakan PAS.

Hai bodohnya Tuan Batu ini..usi-mengusir duta Amerika itu bukahkah kerja kerajaan Malaysia? Bukannya kerja Anwar! Lagipun, bukankah itu satu tindakan yg agak bodoh? Bila dunia mengutuk kekejaman ala-Zionis ISA, adakah negara lain mengusir duta Malaysia keluar dari negara mereka? Tuan Batu sendiri tahu itu bukan jawapannya, tapi sengaja disebut-seebutnya untuk mengutuk Anwar.

Tuan Batu memang berperangai seperti Yahudi yg tak mahu mengalah. Sebenarnya dia sedar hujahnya itu sudah dibuktikan salah, tapi sengaja ditambahkan fitnah dan cacian yg membuatkannya kelihatan lebih bodoh lagi. Semuanya kerana dia tak mahu mengalah! Akhirnya nanti dosa fitnah dan caciannya akan terus menggunung.

Bagi Tuan Batu, hati semua semua org tertutup, hatinya saja yg terbuka. Bagi pelampau Yahudi, hati semua org tertutup, hati mereka saja yg terbuka.

Reds said...

Salam , Tuan yg tiada nama..

Siapakah yg berdolak dalik ? Apakah berulang2 berdalih tarikh mengambil alih kerajaan dari 16 September, Hari Raya Aidiladha, kemudian tunggu persetujuan Pak Lah, apakah itu bukan berdolak dalik ? Tidak malukah Anwar menipu begitu ? Kelakar betul apabila nak menjatuhkan Pak Lah, tetapi bila Pak Lah tak setuju bende itu tak jadi ? Tak kelakar ke ?

Kalau betul Anwar prihatin, putuskan sahaja hubungan beliau dgn syaitan2 spt Wolfowitz, Kisinger, Rice dll org besar Yahudi. Apakah Anwar masih sanggup berpeluk mesra berbual dgn tangan2 yg membunuh umat Islam ? Jgn dialih dgn mengalih kesalahan kpd kerajaan sekarang, sebab memang tidak berguna. Tapi apakah anda ingin menggunakan alasan "tak apa kita rompak 1 juta, sebab org lain rompak lagi besar berjuta2" ??

LeeSlimShady said...

siapa kata 16 sept dah berhenti..
datanglah ke laman web saya kalau nak tau jawapannya.....

Anwar tak menipu....cuma usahanya sahaja gagal menepati sasaran....
sapa kata Anwar berdolak - dalik
kan dia dah jumpa Pak Lah tapi Pak Lah lari...

dah tu masa bulan puasa dibawak pulak ahli - ahli parlimen tu buat umrah kat taiwan....

tak ke kelakar tu...tuan batu

Nih saya nak tanya sikit sapa yang yang berpeluk - peluk dengan yahudi?

awak ada nampak ke Anwar berpeluk - peluk dengan Yahudi?

Pasal...

Dalam utusan Merapu sendiri saya lihat Dr.M sendiri sedang berpeluk - peluk dengan george soros sambil gelak pecah - pecah perut.....

Heii...Tuan Batu
jangan - jangan awak pun kaki belit jugak yek..........

Anonymous said...

marini,

jgn lah menyepi.
hehehe

Anonymous said...

Tuan batu,

siapa yang bayar duit kepada yahudi untuk menguruskan pertemuan Mahathir bersama bush?

siapa yang kini teruskan?

Anwar pembohong?
kita tgk siapa yang bohong.



Barisan Nasional tak bohong kah?

curi duit rakyat.

bom manusia.

beli kapal selam , kaut komisyen ratus juta.


apa gila ka?

Reds said...

Salam saudara Fahthoi,

Senangnya alasan.

Jika Mahathir buat, maka tak salah lah Anwar buat sama. Jika BN buat, maka tak salah lah PR buat sama ? Bila kita menipu, & orang marah, maka kita marah balik org itu dgn mengatakan, mengapa kau tak marah si B itu , dia lagi banyaak tipu ! Ooo sebab BN tipu lagi banyak maka PR pun bolehla tipu sikit2 ? Maka dimana pula kedudukan Anwar & PR yg dikatakan membawa bendera "Keadilan" ??? mengapa dibandingkan dgn BN yg telahpun dicop sbg "zalim" ??? Senangnya alasan utk menghalalkan tindakan...

LeeSlimShady said...

Tuan Batu...

ni awak nak cakap pasal Yahudi kerr
pasal penipuann ni..

cuba jangan belit - belit

Reds said...

sape belit ?? 16 September, oiii 16 September !! mananya ??? haaa skang senjata dah makan tuan, takkan nak kata tak bermoral ??? dulu hang nk buat sampai main kejar2 kt Taiwan boooleeeh pulak ??.. tulah, lain kali jgn terlampau angkuh...
Kpd PAS : tulah, percaya sgt kt PKR tak guna, lain kali jgn dilayan, lawan aje sendiri2, tanding semua kerusi, PAS jauhhh lebih besar dari PKR..

Anonymous said...

Tuan batu,

jom kita pergi jalan-jalan kat monggolia?

hehe

leh jumpa bayang-bayang altatuya.

hahaha!

Anonymous said...

Tuan batu,

semalam saya jumpa V.k Lingam.

dia kirim salam pada awak!

Korek, korek, korek!

hahaha!!