07 February 2010

GELOMBANG REFORMASI BERAKSI LAGI

Sebenarnya lama tidak duduk dan diskusi tentang arah jalanan perjuangan. Seringnya ia goyah dan seakan rapuh walau tidak akan rundum jatuh.

Gelombang 1998 di bangkitkan kembali, mengimbau sejarah silan yang masih panas di ingatan. Detik sejarah hitam itu dimainkan dan ditontonkan sekali lagi. Siapa yang bangkitkan kemarahan rakyat? Siapa yang bangkitkan kemaraan rakyat?

Kita tak mahu imbau yang pahit, setidak tidaknya bak kata pepatah "yang buruk jadikan sempadan", tersemat di hati namun tak usah dikupas kembali. Tapi hari ini, MEREKA itu yang membuka pekung dan membelasah kuping kuping di dada. Sakitnya masih terasa, peritnya masih berbekam!

KONSPIRASI dimainkan lagi, sama seperti era 1998! Moral bukan jadi satu takutan, tapi satu tuntutan untuk menjatuhkan individu yang berperwatakan alim. Apa mahu jadi kita hanya mampu hitung!

Himpunan GERAKAN GELOMBANG REFORMASI sudah mulai panas dan gelegak di hati rakyat. Biarpun kali ini yang turun ke lantai REFORMASI itu tidak sepenuh STADIUM atau DATARAN, namun dapat kita rasainya di laman web serta sembang sembang di kedai kopi.

10 tahun tidak lama kawan, masih segar masih kuat!

Siapa bisa lunturkan semangat itu?

Jangan main api dengan semangat JEBAT dan TUAH, kelak kita terpasung dan tersungkur di sebalik gerak minda yang kalut.

Aku masih terus begini, TIDAK GOYAH DI TIUP ANGIN BELIUNG YANG DITIUP OLEH SANGKAKALA UMNO. Semangat aku tak akan pernah mati!!!

TAKBIR Illahi membentengi jiwan yang gering! TAKBIR!!!

3 comments:

AMKBATU said...

Selagi Kita tidak tukarkan kekejaman ini, selagi itu manusia yang bernama pejuang diratah hidup-hidup oleh sang pemerintah yang cukup rakus untuk mengekalkan kuasa, kuasa yang membolehkan mereka terus merompak kekayaan yang menjadi hak rakyat.

azuar666

BicaraSamaAwan said...

lawan!

hellmy said...

Dalam alQuran telahpun Tuhan berbicara di mana apa sahaja yang berlaku adalah pengulangan semula episod-episod yang telah berlalu. Kezaliman,penindasan, kemiskinan, kemelaratan adalah biasa. Begitu juga dalam Sejarah Islam, kerakusan pemerintah Islam terdahulu menindas yang berhak (yang sepatutnya berkuasa), di mana merekalah yang berhak ke atas Sunnah Nabi SAW untuk diajarkan kepada umatnya. Malang bagi kita, kerana banyak fakta dalam Sejarah Islam,ayat alQuran dan hadis telahpun dipadam menyebabkan kita berpecah-belah & hingga tersesat tidak tahu siapakah 'maula' yang sepatutnya mewakili kita kini. Maka, seperti yang tertera di atas, ianya adalah episod pengulangan (repetition) hingga kebenaran muncul kembali. Bila? Tunggu :-)