12 May 2010

13 MEI?? Hanya hantu kongkong sahaja~~

Salam sahabat...

Hari ini 13 Mei, hari yang sangat digeruni puluhan tahun yang lalu. Masih ingat lagi tentang Rusuhan PERKAUMAN yang berlaku di tahun 1963? Siapa sahaja yang keluar, pasti akan menjadi mangsa korban.

Hari ini dengan semangat perjuangan yang ada dalam diri kerdil ini, Nini terpanggil untuk mengupas luar dalam perbalahan ini. Banyak versi yang Nini dengar dari pelbagai pihak, pelbagai bangsa dan umur. Berlatar belakangkan keluarga yang terlibat secara langsung dengan alam politik, Nini sendiri tidak yakin dengan setiap baik kata yang terlempar seperti yang kita dengari hari ini.

Apa itu 13 Mei? Pergaduhan antara Melayu dan Cina. Perbalahan senjata antara kaum sepet dan tuan tanah. Pertumpahan darah yang tidak mengenal apa dan siapa. Kedai semua tutup sampai tidak ada yang berani keluar walau setapak dari kawasan rumah, khuatir akan keselamatan diri. Perintah Darurat dikeluarkan agar terus mematikan diri di dalam rumah.

Itu yang Nini dengar dan pelajari tentang 13 Mei. Bagaimana ia terjadi? Kononnya orang cina merendah rendahkan martabat orang Melayu, mula nak tunjuk belanglah kononnya. Orang Melayu yang pantang do cabar tidak boleh terusik dengan semangat 'bangsa' nya itu terus mengumpulkan bala tenteranya menentang setiap 'sepet-sepet' yang ada di tanah MELAYU.

Gerun dan menggigil seluruh tubuh bila kita dengari dan baca setiap insiden yang berlaku di tanah MELAYU ketika itu. Ada isteri yang terkorban, suami yang tertikam, anak yang tidak berdosa mati di atas peperangan emosi dua bangsa ini.

Sahabat,
Sejauh mana kita di bawakan cerita cerita panas oleh MEDIA yang adakalanya menjadi mainan propaganda hebat kepada kerajaan? Pernah tak kalian terdengar satu kisah di mana Tunku Abdul Rahman di bawa oleh Tun Dr Mahathir (mahazalim) melawat tapak pembinaan GENTING HIGHLANDS? bersama sama dengan Lim Goh Tong untuk mencetuskan peperangan kaum ini? Tatkala itu ala telekomunikasi bimbit tidak wujud lagi di tanah MELAYU. Kepemergiaan Tunku yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia melawat tapak perjudiaan besar yang bakal ditempatkan di tanah tinggi milik kerajaan Negeri Pahang membuatkan Tunku terpisah dari dunia rakyatnya.

Menurut sumber yang Nini perolehi, cetusan perang ini telah dirancang untuk menggugat kedudukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Tun Dr M mahu rakyat lihat bahawa Tunku bukanlah seorang yang peka pada masalah rakyat sebaliknya sedang berbaik baik dengan Cina Goh Tong untuk membina tapak perjudian terbesar di bumi Tanah MELAYU.

Rencana ini terus diperkuatkan apabila Tunku turun semula ke tanah rata, beliau melihat kesunyiaan dan kematiaan yang dilaporkan media sangat mengujakan. Terkedu hingga beliau jatuh sakit. Sumber yang Nini terima lagi, perancangan untuk melihatkan bahawa kepimpinan Tunku harus diragui oleh rakyat sudah mula meresap masuk ke dalam segelintir hati rakyat.
Ini menyebabkan Tunku sedikit terkilan dan mengundurkan dirinya.

Segala kisah ini walaupun Nini tidak yakin akan kesahihannya, namun Nini memandang dari versi keperibadiaan. Terlalu banyak versi yang didengari umum berkait isu 13 Mei namun satu pun Nini tidak pasti. Walau begitu, Nini rasakan versi yang diceritakan ini adalah versi yang sangat berbeza dari biasa maka itu Nini kongsikan bersama.

Mungkin ada yang tertanya, apa pandangan Nini sendiri mengenai isu ini? Jujurnya Nini melihat bahawa, setiap kaum bukan terkecuali MELAYU, kita ini ada sikap protektif dan proaktif. Kita sering dibawa perasaan marah, benci dan terkecam.

Jangan katakan Melayu dan Cina bergaduh dan merusuh, kita sebangsa dan seagama ini belum tentu boleh berbaik baik. Lihat sahajalah di Tanah Melayu aka MALAYSIA sekarang ini. Tikaman yang kita terima bukan dari bangsa asing, sebaliknya bangsa kita sendiri. Melayu bunuh Melayu, Melayu tumbangkan Melayu, Melayu rebut kuasa untuk kembungkan poket anak bini sendiri dan meracuni Melayu lain. Melayu fitnah Melayu walhal dia tahu akan hukum hakam agamanya yang fitnah umpama membunuh nyawa saudaranya itu.

Kita tidak harus lupa pada pertumpahan darah yang terjadi tanggal 13 Mei namun kita juga harus terus ingat bahawa tidak ada siapapun yang mahukan pergaduhan berlaku. Jika Datuk Onn Jaafar cuba untuk menyatu padukan bangsa satu ketika dulu, kenapa Tunku Abdul Rahman hanya mahu ianya dijadikan sebagai "Alliance Party"?

Hari ini kita sendiri yang sibuk diasak untuk jadikan negara ini 1Malaysia kononnya. Mana semangat Melayu terbunuh tanggal 13 Mei? Mana segala ulang tayang kesakitan tika itu? Mana dia propaganda Cina ini pembawa padah di tanah kita?

Kita ini tuhan sudah katakan bersaudara semuanya, biarpun agama telah menjurangkan kita namun tidak pada hati dan perasaan. Usah kecam bangsa lain jika bangsa kita sendiri masih menagih dan melukut di tepian gantang.

Jangan kecam Nini dengan katakan tidak punya semangat BANGSA! Nini penuh dengan perjuangan AGAMA, walhal bangsa itu sekadar tiang tiang kecil dalam perjalanan hidup sahaja. Mati Nini di atas nama ISLAM bukan MELAYU yang betuankan Raja dan Perdana Menteri.

Renungkanlah, apa kita masih mahu di momokkan oleh mereka yang punyai acara sendiri dalam mengejar segala impiannya???

Nini hadiahkan dua video yang boleh kita jadikan petunjuk siapa sebenarnya yang menjadi dalang rusuhan dan sahabat sekalian renungkanlah sendiri. Yang buruk itu pastinya datang dari insan lemah seperti Nini dan yang terbaik itu dari Allah swt yang Esa.




1 comment:

hellmy said...

Mmm...selagi suatu cerita tidak bersandarkan kepada fakta atau bukti, ianya masih lagi hipotesis. Tapi peristiwa hitam itu telahpun berlaku dan biarlah ianya berlalu. Mungkin kena deklasifikasi banyak dokumen rahsia kerajaan untuk membongkar cerita sebenar? Jadi,ayuh perjuangkan! :-)