12 March 2012

DIAM

Diam,
Kalau itu bisa buat aku semakin matang
Biar aku terus dalam membina kematangan itu

Diam,
Aku selalu dengar orang tolol berkata
Mana mungkin kau yang cetek ilmu bisa buka rongga mulut
Bercerita berkongsi rasa

Diam,
Anak muda, kanak-kanak jangan banyak cakap
Kau masih mentah menilai
Kau duduk diam-diam ikut sahaja kata yang memerintah

Diam,
Aku mula mual dan semak
Minda mencorak merangka
Melihat kezaliman bertimpa-timpa
Yang kaya terus mengaut kekayaan
Yang miskin makan sampah tepi jalan

Diam,
Kau ingat kau boleh tutup mulut aku?
Hanya kerana kau terlebih usia...oppps
Aku tak akan diam
Aku akan bogelkan kau dengan minda
Aku akan kupas aib kau dengan bukti yang ada

Dan kini kau patut DIAM
Bukan aku yang kena DIAM
Hingga kau tak akan ada kata-kata untuk terduduk DIAM
Aku akan bercakap tanpa DIAM-DIAM lagi

No comments: