03 July 2008

~~Kalau Itu Yang Dipinta, AKU AKAN PERTIMBANGKAN~~

Kalau menyergah tak beri salam, tak manis pula. Maka aku ingin sampaikan salam buat semua, walau hati ini panas dalam pelbagai isu yang memualkan. Beberapa hari ini, tekanan darah aku semakin tinggi dan tinggi. Ini semua gara gara si MUSANG dan GENG 303 nya tu.

Ada juga yang tertanya tanya, siapa pula geng 303 tu Nini? Siapa pula ANAK AYAM? Siapa pula si TALI BARUT? Jawapanku sama juga, dia adalah orang yang sama. Sekejap dia menjadi ANAK AYAM, lepas tu bersalin kulit menjadi geng pengganas yang sangat dahsyat lantas akhirnya menjadi TALI BARUT yang tak lama lagi menjerut lehernya sendiri. Tak percaya? Tunggu sahaja kelibatnya nanti.

Dalam sibuk aku mengatur langkah untuk mendedahkan manusia bertopeng topeng ini, aku digerakkan oleh gegaran telefon bimbitku yang menjerit jerit minta di angkat. Di talian sana, kedengaaran suara Presiden ku, En Shukri. Alamak, apa sebenarnya yang mahu ditanya ketika detik jam mengorak angka 8 dan aku pula sedang sibuk mengisi perut di restoran Nando's One Utama bersama keluarga (papa dan along je takde).

Panggilan itu aku jawab dan nada kurang enak dapat aku dengari, berbual sekitar 5 minit dan akhirnya kami mematikan talian. Secara keseluruhannya, cerita kami tak lain tak bukan mestilah cerita ANAK AYAM itu. Shuk seperti biasa dengan tenang nyatakan padaku bahawa ada beberapa pihak tidak senang dengan tulisanku menghentam ANAK AYAM itu. Kata Shuk lagi, hentikan seketika. WHAT????? HENTIKAN??? Aku boleh berhenti, boleh.... tak percaya???? Jangan begitu, memang aku boleh berhenti TAPI aku tak akan berhenti terus! Ingat tu! Aku katakan pada Shuk, JANGAN SEKAT AKU BERSUARA, AKU TAK AKAN BERHENTI tapi kalau demi kebaikan dan perjuangan ini, jika harus berhenti menulis...maka, aku berhenti MENULIS seketika.

Tapi seperti aku nyatakan, jangan haraplah aku akan berhenti mengejar buntutmu pula. Bukan untuk diliwat kerna aku tak bisa meliwat tapi...AKU AKAN BAKAR PUNGGUNG MU untuk membuktikan bahawa jiwa perjuanganmu itu songsang semata. Keji dan jijik!!! EEEEEEEyeek!

Maaf buat mereka yang tersinggun dengan bicara ini, sekali lagi aku katakan sesungguhnya aku kenal siapa ANAK AYAM! Aku tak mungkin berhenti mengejar dan ANAK AYAM itu pasti terkedek kedek berlari tak cukup tanah (dengarnya, ANAK AYAM baru dapat tanah berbelas ekar). Larilah...aku nak kejar ni, biar kita pusing satu dunia sekalipun, aku tak GENTAR!

2 comments:

Anonymous said...

aku semakin mengerti...

angah said...

salam ..
teruskan menyelongkah..
dulu kita tak percaya kata2 najwan dlm tulisan musang berbulu ayam..
jangan pisang berbuah 2 kali..

salam reformasi...