19 August 2008

~~Kepercayaan Aku Usah Kau Gegar...Kau Bagaimana???~~

Ramai yang bertanya lewat waktu ini tentang apa benarkah tuduhan si MUSANG itu benar belaka? Malah turut ada yang bertanyakan tentang kesanggupan MUSANG LIAR itu mengangkat sumpah laknat pada 15 Ogos lalu. Dari penyokong dan penentang, dari yang percaya kepada tak percaya, dan dari yang dalam parti hingga ke parti Alif Mim Nun Wau, semuanya turut melontarkan persoalan 'apa benarkah kejadian menujah lubung dubur ini?'.

Aku bukan tak mahu mengulas, tapi takut juga jika jika terlebih umpat maka aku pula yang disabitkan hukuman memfitnah dan mengaibkan. Jawapan aku bukan untuk melindungi mana mana pihak, malah jauh benar menyimpang dari menegakkan benang yang basah, di akhirnya pasti aku sendiri melafzkan 'wallahualam'. Gentar juga jika lidah tak bertulang meluncur bicara yang songsang.

Teman dan sahabat perjuangan (tak kiralah perjuangan apa pun), jujurnya kalian bisa melihat dari aspek kebenaran tanpa ada hujahan dari pihak penyokong tegar seperti aku dan yang lain. Tuduhan MUSANG jauh sekali dapat mencari punca keadilannya. Apakah dengan sumpah sudah membuatkan kalian terus terlupa akan kebenaran hakiki. Sumpah hari ini bukan lagi digeruni oleh mereka yang buta matanya dek wang ringgit. Lihat sahaja dari aspek politik, mengapa MUSANG harus mendapat perhatian penuh pihak kerajaan? Setiap apa yang ingin dilakukan seolah sudah dirancangkan. Malah hendak bersumpah di Masjid Wilayah pun seperti sudah ada perancangan, tak perlu 'booking' tempat pun.

Mengenali MUSANG yang baru menjadi sahabat perjuangan kurang lebih 4 bulan dari tarikh dia menjadi 'coffee boy' kepada Pak Anwar, cukup untuk membuatkan aku mengenali siapa manusia ini. Tak perlu diselindungkan sedikit pun wajahnya itu, sesungguhnya dia memiliki perwatakkan yang tidak bisa kita ramal. Akalanya sangat panjang tapi kemahirannya tipis hingga membuatkan dia sering terkandas dalam agenda yang ingin dikecapi.

Maafkan aku jika aku tidak mampu untuk mengangkat sumpah mengiyakan sebarang perlakuan sumbang yang digembar gemburkan. Cukup sekadar aku katakan bahawa Pak Anwar itu insan sangat istimewa hinggakan ALLAH swt tidak mahu henti henti mengujinya. Kecekalannya menghadapi segala dugaan membuatkan aku terpana dan mengangkat tangan menadah langit, memohon agar ALLAH swt sentiasa melindunginya sekeluarga. Wajah tenang yang di paparkan oleh Pak Anwar setiap kali aku bertemu dengannya, malah merenung sayu raut bersih isteri serta anak anaknya membuatkan aku sayu. Penderitaan dan keaiban yang diterima adakalanya terlalu menekan hingga tidak berbaloi untuk diuji. ALLAH maha mengetahui, hanya itu yang berbisik di hati kecil bila aku sering buntu dalam pertanyaan ini.

Apa benarkah SAIFUL dizalimi? Mengapa harus aku percayakan lelaki ini yang hadirnya tidak diundang, perginya tidak dihalang. Isu 1998 tidak lahir dengan bukti, maka aku sedikit pun tidak hairan isu ini dipetik kembali. Apa benarkah Pak Anwar lelaki luar tabii? Selagi tidak ada satu bukti yang mirip menghampiri ke arah itu, aku sangkal segalanya. Aku tak mahu lagi percaya apa pun politik mereka.

Cukup aku percayakan diriku sendiri, percayakan perjuangan yang tulus ini, percaya pada Pak Anwar yang aku kenali dan aku hormati serta percaya pada setiap qadaq dan qadar yang telah disiratkan padanya. Harus ditekankan di sini, aku tidak sekali kali berjuang atas batang tubuh Pak Anwar, apatah lagi janji janji manisnya, sebaliknya aku berjuanga bersama beliau untuk memastikan anak bangsaku benar benar tidak terjajah mindanya dan terbela generasinya. Mungkin kataku agak retorik bagi mereka yang tidak mengenali apa itu ketulusan perjuangan, tapi aku yakin benar akan diriku dan semangatku. Kau harus lihat sebelum memcau lidah untuk melontarkan nista padaku.

Jawapannya hampir kalian ketahui, aku tidak sekali kali tegar mempercayai MUSANG LIAR yang ketagihkan wang ringgit sebaliknya keteguhan iman Pak Anwar sering membawa aku melihat dunia ini sebenarnya penuh pancararoba. Keamanan pada dirinya dikorbankan, maruahnya digadaikan demi untuk memerdekan jiwa anak bangsa yang sudah mati ditelan janji palsu UMNO. Kasihan pada Pak Onn Jaafar, pasti meleleh airmata darahnya meilihatkan perjuangannya satu ketika dulu menjadi sampah hari ini. Semangat keris di permainkan, semangat bangsa dipijak pijak, yang tinggal hanya semangat emosi pada nama 'aku melayu'.

Bagi kalian yang ingin tahu lebih khusus cerita musang, aku mahu syorkan kalian untuk menjengah laman maya teman teman perjuanganku seperti Najwan Halimi, Matkeri, Adi Hamka dan Khairil Azuar. Kami ini lahir sebagai 'PEMANGKIN PERJUANGAN BANGSA', maka tidak gentar sekali jika dihunus keris keramat UMNO yang tiada hikmat.

5 comments:

Ez the Conspirator said...

http://ezreenemira.blogspot.com/2008/08/saiful-swears-wrong-god.html

I've heard that Saiful swore by Quran with left hand,well,even lefthanders like me won't do that.

And he also swore Allah s.a.w,not s.w.t as supposed to be.

If this is true then we already got a divine sign from Allah s.w.t that this boy is lying.

Anonymous said...

Sesiapa yang selalu diuji, Allah sayangkan dia kerana apa, kerana nak tahu dia sabar atau tidak dengan dugaan yang Allah berikan, ujian bukan sahaja dengan kekayaan tetapi dengan kesusahan juga, DSAI sudah lalui kedua-duanya jadi apa lagi nak cakap, sememangnya Allah sayangkan DSAI. Insallah.....

Biarlah saipool dengan sumpahnya, terima atau tidak, jangan kita pertikaikan, itu dari Allah, yang paling lambat atau cepat kebenaran itu akan timbul jua....

Disini juga aku ingin minta maaf kepada kepimpinan AIC dan rakan2 dalam gerakan ini, aku sekarang tidak dapat 100% utk sama-sama dengan AIC, kerana aku tunggu selepas orang umah bersalin, aku akan aktif semula.


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Kerajaan Rakyat said...

To,
People/Voters of Permatang Pauh,

Give NO vote to BN.

VOTE for Parti Keadilan Rakyat.
VOTE for Anwar Bin Ibrahim.
VOTE better MALAYSIA.


To those who swear for fun,

Hell are inviting you all to join those UMNO leaders that are already there.

Anonymous said...

Kelakarlah bende nih semua, macam mana la orang tua mcm Anwar tu nak paksa saiful ngok ngek yang kuat dan bertenaga mcm tu tahan bontot kat dia.Pikirlah sendiri..

Mohd Nizam bin Mohd Taha said...

Gurauan lucah dari Lepak2 Kedai kopi bersama orang otai..."Si Saiful tu pun satu bangang nak mampos, kalau betul anwar nak liwat kau, kau kemut ler kuat2 bontot kau, jgn bagi anu dia masuk, dia orang tua, mana kuat...." Aku hanya mampu gelak sahaja...

*nini boleh padam posting ini kalau ia 18SXXX :)