06 August 2008

~~Saiful dan Punggongnya~~

Saiful mula resah punggongnya
Di toleh kiri dan kanan
Kelihatan hanya momok gelap
Bakal menoyakkan setiap inci kulit kulitnya

Saiful kian resah
Di balik tabir malam menggila
Jiwanya dikerumuni kepialu
Saraf saraf ditujah gelisah

Saiful meraba punggongnya
Terasa kesal di dada mungkin?
Terasa bangga di jiwa?
Punggung punya cerita
Kini dia bergelar jutawan

Saiful oh Saiful
Kalau bukan kerana punggong itu
Aku tak mahu kejari kamu
Aku tak usung keranda perjuanganmu
Aku tak terusik hati kebencian dalam jiwaku

Saiful oh Saiful
Berkata benarlah kamu sebenar benarnya
Tidak terlambat untuk aku maafkan kamu
Tidak terlambat seisi maya mengampuni kamu
Usah nanti diceraikan nyawa dan badanmu
Tak tertanggung azab itu!

Saiful derita kerana punggongnya?
Atau...
Saiful bahagia kerana punggongnya?

5 comments:

AnakMudaParlimenBatu said...

Pungungnya kini menjadi sebutan ramai, betapa mahalnya punggungnya sehingga najib pun nak tolong dia, nak buat mcm mana punggungnya yang membuat si Saiful terkenal di mata semua rakyat Malaysia, hinanya si Saiful yang gilakan pangkat dan kuasa ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

K0_E said...

bkn najib je yang nk tolog.. si botak a.k.a hamid albar pn backup dier giler2... pak menteri kini menjadi pak turut..
aku xpuas hati dgn si saifool ni, ape cer asik dok menyorok je, kalo berani keluar la.. face the public, n b a man..

Laxmana said...

hahaha!

best aah sajak ni... made in Malaysia ker?

to Saudari Marini : cayalah awak!

to khairilazuar : asyik menjempuut je, hang bila nak bertandang ke laman aku? kah kah kah!

to k0_e : ko pecaye lagi ke yang si say fool ni bleh "be a man"? ;)

p/s : salam kenal buat yang empunya blog...

K0_E said...

to laxmana: " ahahaha... kesilapan teknikal disitu.. xmgkn si saifool ini can be a man.."

Marini_Kamal said...

thanks everyone...

kita kena sentiasa berhati hati dengan percaturan cerita saiful ni...dia tak akan berhenti mengasak agar DSAI masuk ke jeriji besi sekali lagi....

k0_e, sajak nini ni, sajak asli...tak de made in mana mana :)