13 October 2008

~~Rumah Terbuka DSAI~~

Dalam kesibukkan waktu yang sangat mencengkam, ditambah pula dengan rencah politik negara yang semakin menyengitkan, aku makin terus rasa mual. Melihat berita tentang kemercuan Najib bakal menerajui Malaysia sebagai President Umno lantas menjadi Perdana Menteri Malaysia sedikit waktu lagi membuatkan aku bingit dan terus mual.

Aku tak suka bukan membabi buta, aku benci bukan sebab cemburukan Kak Mah yang lantang terus mem'botox' kan wajah dan badan gempalnya tapi aku menujah nujah kezaliman mereka terhadap apa yang telah terjadi. Malas nak sembang pasal gadis Mongolia persis model, semua sudah tahu malah semua benar yakin tentang komplotan menghapuskan gadis ayu itu.

Aku akan pastikan Kak Mah tak duduk diam, montelnya akan bisa ke'laser' dengan sumpahan hingga menjadi sekurus gadis Mongolia. Aku tak mahu pedulikan apa itu ISA, aku persetankan apa itu ketelusan polis dan mahkamah yang kononnya MESRA CEPAT BETUL!!!! Aku akan terus haramkan kaki Kak Mah memijak kediaman rasmi Perdana Menteri.

Sabar....aku sering redakan hati amarah ini dengan bayu kesabaran dan istighfar banyak banyak. Sikit waktu lagi, akan aku mulakan serangan ini. Kita harus hentikan kezaliman itu, hentikan niat dan angan angan kak Mah tidur berlandaskan bantal emas permata hak milik rakyat. Aku malu nak gelar dia isteri Perdana Menteri Malaysia kelak. Aku mual...

Oh ya, mari aku kongsi sedikit kemeriahan dan kehangatan majlis rumah terbuka Pak Anwar dan Yb-Yb PKR ahad lalu. AIC dihadiri dengan rakan rakan serta AJK tertingginya. Dari jam 11pagi hingga ke angka 5 petang, semuanya turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Aku mahu kongsikan gambar sekitar majlis bersama kalian semua.

Tulang belakang AIC, dua dari kiri (Nini dan Farhash) berhempas pulas menghidupkan AIC UK di awal penubuhan Kelab manakala dua lagi itu pula berpatah arang berkerat rotan mengangkat dan merealisasikan AIC Malaysia sejak dari benihnya.


Dari kiri: Saudara Saiful Asyraf (Ask), Saudara Hiro Anwar, Saudari Nini (reformasigirl), Saudara Syukri (matkeri) dan Saudara Niccotyne.


Di mana sahaja, kami sering mengambil peluang untuk membincangkan kemantapan dan srategi AIC di masa akan datang. Keyakinan dan semangat yang disuntik oleh rakan rakan AIC telah menghidupkan Kelab ini.


Nini dan Matkeri sering bertegang urat untuk memastikan AIC terus mantap. Bukan mudah menerajui AIC, banyak rintangan dan kepayahan mendapatkan respon anak muda sejak dari awal hingga kini.


Ha!!!! Najib bakal menang tanpa bertanding? Itulah sms papa buat aku. Spoilt mood raya.

Inilah wajah wajah tulang belakang AIC United Kingdom. Seorang lagi masih di UK dan kami belum pernah gathering bersama. Now we back in town and perkara utama adalah memastikan AIC terus aktif dan berada di paksi perjuangannya. Anyway, AIC UK juga bergerak sangat aktif sepanjang diterajui oleh kami berempat (julailey tidak ada dalam photo kerana masih di UK).
Dari kiri : Hiro Anwar (now still president AIC UK), Farhash & Nini


Bergambar bersama YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu. Selain dari Anwar Ibrahim, aku juga menyokong perjuangan saudara Tian Chua!


Bersalaman dengan bondaku Datuk Sri Wan Azizah. Ucapan pertama yang keluar dari bibirnya ialah "Congratulation Marini. Aunty betul-betul tidak sempat untuk hadir ke majlis pertunangan kamu. InsyaALLAH kahwin nanti aunty hadir. Jaga diri baik-baik dalam menjadi tunangan orang", itulah ucapannya sebelum sempat aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Gambar ini sangat unik bagiku. Tak sangka, Ask sempat merakamkan detik ini. Seperti Datuk Sri Wan Azizah, Pak Anwar juga dari jauh sudah memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis pertunangan aku ahad lepas. Aku tertawa besar bila Pak Anwar 'warning' Mr Kekasih.
Sambil bersalaman, Pak Anwar berkata "Jaga elok-elok ya. Jangan main-main. Ni kira deal la ni? Ingat tu".
Wow!!!! Mr Kekasih sudah kena warning dengan boss. Tersipu malu dia dan menyodong ke tepi menahan segan terhadap DSAI. Manakala Boss pula tak henti henti mengingatkannya agar jangan persia-siakan aku.
Aku mampu gelak besar....hahahahahaha padan muka!!!

9 comments:

LeeSlimShady said...

Hari nie Lee lambat sampai kat kampung baru pasal sebelah pagi ada mesyuarat Agung AMK bahagian Shah Alam.....Sampai kat situ pon jam dah pukul 4.30 petang.....

buffet pon dah habis....yang tinggal pun ala-carte yang ada kat kiosk - kiosk kat tepi tu.....

tu pun kene beratur panjang - panjang ....

ah malas lah....amik yong tau foo
pas makan buat syarat je lah....

pas tu terus balik....

LeeSlimShady said...

Tapi dalam pada tu Lee sempat berbual dengan YB Azmin Ali berkenaan rancangan 16 Sept.....

sedikit penerangan dari Naib PKR kita yang mengatakan rancangan tue masih lagi on track membuatkan hati ini berasa lega......

Halamak Nini nak tau tak...Lee terpilih sebagai perwkilan ke Kongres PKR hujung tahun ni.....

yahoo !!!!!!!

Anonymous said...

Hey...This is the first time im stumbling upon your blog! I was at the open house as well and i was wondering where i had seen u then i remembered that i was with tian when you spoke to him there as well..

Congrats on the superb work at the AI Club. Well done!

Anonymous said...

wah bestnya waktu ini.

sayang sungguh tidak dapat join bersama.

:'(

nayeel aqmar said...

salam...ninie..selamat hari raya maaf zahir batin..wah seronoknya raya kat sana..kat sini biasa aa..kena kerja hehe..alhamdulillah AIC UK masih aktif cume menyepi seketika ..anyway sampaikan salam pada semua...p/s to farhash..balas msg org sini hehehhe..

Hilman Idham said...

nice blog...

Marini Kamal said...

thanks to all yang sudi drop by page nini...

to en.kiki aka bicara sama awan : best woooooo the open house tp kalau lambat hampeh la....makanan dah habis.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Marah Kak Mah kalau baca tulisan Marini.

Marini & yang lain-lain,

Boleh luangkan masa untuk baca artikel saya, "Ekonomi Kuasa Besar Dunia Lumpuh" dalam majalah Dewan Ekonomi, Disember 2008.

Reds said...

nice blog... lawati pandangan saya :
http://tuanbatu.blogspot.com